Categories
Diari

Masjid An-Najihin

Alhamdulillah, tadi saya dapat bersolat Jumaat di Masjid yang baru dibuka di Bandar Sri Permaisuri ni. Kalau tidak, saya terpaksa ke Masjid Saidina Osman Al-Affan atau Masjid Zubbair Ibnu Awwam yang mana kedua-duanya bila hari Jumaat, cukup padat. Kalau waktu Solat Fardhu biasa ni, tahu tahulah betapa lengangnya.

Walaupun baru dibuka, nampaknya ia sudah cukup padat dan mujurlah masjid ini mempunyai tiga tingkat ruang solat. Sebenarnya perkembangan Masjid ini, memang saya ambil tahu melalui seorang rakan yang memantau projek pembinaan Masjid ini dan diharapkan dengan pembukaan Masjid baru ini, ia dapat dimanfaatkan oleh semua golongan seperti yang dimaksudkan dalam Khutbah tadi yang berkisar tentang fungsi Masjid.

Hmmm… Saya tak lama jadi anak kariah masjid ini kerana akan berpindah ke Cheras Baru pada¬† penghujung tahun ini. Cuma, masih sedih bila lihat, masih ramai kaum muslimin yang lebih pentingkan perniagaan daripada Solat Jumaat walaupun masjid sudah pun dekat dengan lokasi perniagaan mereka.

Mari kita refresh semula Syarat Wajib Solat Jumaat:-

Syarat wajib solat Jumaat:

1.Islam – tidak wajib bagi orang kafir.
2.Baligh – tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
3.Berakal – tidak wajib bagi orang yang gila.
4.Merdeka – tidak wajib ke atas hamba abdi.
5.Lelaki – tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
6.Sihat – tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
7.Bermastautin atau bermukim – tidak wajib bagi orang yang musafir.

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya],” – Al-Jumu’ah: 9

Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat manfaat, InsyaAllah…

Categories
Diari

Solat Jumaat

Kadang kala, saya agak terlewat ke Masjid Solat Jumaat. Biasanya hari Jumaat waktu rehat adalah dari jam 12.15 hingga jam 2.45 petang. Saya akan bergerak dari ofis ke rumah (untung rumah dekat). Sampai di rumah, saya makan, mandi dan tidur sekejap.

Kemudian barulah saya akan ke masjid untuk solat Jumaat. Tetapi rasa amat kelam kabut dengan situasi sebegini. Sebab itu saya lebih suka keadaan seperti di kampung halaman saya, Kedah. Kalau hari Jumaat pagi tu boleh pi jogging dulu, kemudian boleh berehat bersama keluarga. Tengahari tidur sekejap dan makan. Dapat bersiap awal ke masjid. Jadi segalanya lebih tertur dan mudah nak tumpukan kepada ibadat pada hari Penghulu segala hari. Hmmm… Dah kerja di KL terpaksalah ikut rentak.

Tadi saya terlewat dan saya lihat dekat dah waktu nak solat. Saya keluar dari apartmen saya lihat dari tiga buah kedai mamak. Hanya sebuah yang tutup sementara untuk solat Jumaat manakala deretan Kedai makan Melayu Islam yang berniaga terus menjalankan operasi. Kalau yang organize kedai perempuan tak kisah tetapi lelaki! Pelanggan yang tengah makan pun lelaki Islam Melayu!

Hmmm… Ada enakmen yang membolehkan tindakan/denda diambil terhadap mereka yang sengaja meninggalkan Solat Jumaat. Entahlah… Bila tengok keadaan macam tu rasa amat sedih. Tak tahulah bila Masjid yang baru siap dibina dan dekat dengan deretan kedai makan tu mula digunakan bulan depan, tak tahulah macam mana keadaannya lepas ni. Adakah Solat Jumaat itu akan terus dilalaikan?