Categories
Diari

Kualiti Teras Kejayaan

Apa Saja Yang Susah Akan Menjadi Mudah Sekiranya Semua
Bersatu Berusaha
Kualiti Teras Kejayaan Bertambah Keuntungan
Kerja Seikhlas Hati Sempuerna Pekerjaan
Kita Bantu-Membantu Bertukar-tukar Fikiran
Bersatu Kita Maju
Ke arah Kemakmuran
Kita Tegur-Menegur Kerana Kebaikan
Berusaha Dengan Jujur Mencapai Kejayaan

Bait-bait di atas merupakan senikata lagu Kualiti. 

Alhamdulillah… Saya terpilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat UKM bagi tahun 2007. Majlis penyampaian Anugerah tersebut telah disempurnakan oleh YTM Pro Canselor UKM Merangkap Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Tunku ¬†Naquiuyuddin Ibni Tuanku Jaafar. Memang majlis ni cukup grand macam konvokesyen dulu.

Cumanya letih menanti. Bayangkan saya yang tak berapa sihat mai jam 7.30 di DECTAR. Pukul 9 baru mula. Adoi letihnya menanti! Pukul 12 baru habis. Hmmm… Memang sedikit meletihkan…

Apa pun Alhamdulillah…

apc2007
Sampul Sijil Anugerah
apc2008a
Sijil Anugerah
apc2008b
Ganjaran Anugerah