Categories
Diari

Selamat Hari Lahir

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada adik Bongsu saya, Mohamad Farizzudin yang hari lahirnya jatuh pada hari ini 26 Disember. Bukan hari Tragedi kan? Hehehe… Patutnya lahir pada 08 Januari tetapi dia nak keluar awal lagi. Hehehe…

Selamat menghadiri Kem PLKN pada keesokkan harinya di Kem Sri Melati, Perlis. Semoga ia dapat mematangkan lagi adik bongsu saya ni. Nampaknya terlepaslah game Kedah selama Tiga bulan. Hehehe…

Semoga Panjang Umur dan Murah Rezeki, InsyaAllah…

Categories
Diari

Selamat Hari Lahir Sayang

Hari ni 25 Disember 2008.

Jatuhnya hari Krismas tetapi ia istimewa untuk isteri saya kerana ia merupakan hari ulangtahunnya yang ke-26. Siap dia boleh melawak lagi yang birthday beliau, beliau beri cuti kepada satu dunia. Hehehe…

birthday26huda

Selamat Hari Lahir Sayang. Tak banyak yang dapat saya berikan. Cuma sebuah telefon bimbit Philips 392 sahaja yang dapat saya hadiahkan dan juga sebuah kek Secret Recipee yang beliau amat gemari.

Syasya pun berjaga sampai detik 12 tengah malam. Selepas doa ringkas terus Syasya yang paling excited nak tiup lilin. Macam birthday dia pulak. Satu lagi, dia pun pandai nyanyi lagu “Happy Birthday”. Ni mesti dari kartun Magic English yang dia dok selalu tengok.

syasyajaga

Selamat Hari Lahir Sayang…

Semoga Panjang Umur dan Murah Rezeki dan dipereratkan kasih dalam Keberkatan dan Keredhaan Allah, InsyaAllah…