Categories
Diari

Earth Hour Updated

Hmmm… Alhamdulillah malam tadi berjaya juga menunaikan misi earth hour dengan memadamkan lampu di rumah selama satu jam. Dengan kurangnya penggunaan tenaga ini akan berkuranglah juga Karbon Dioksida yang dikeluarkan sekaligus mengurangkan sekelumit pemanasan global.

Sebenarnya ada yang masih skeptikal terhadap kempen ini. Ada yang mengatakan, “jimat sejam lepas tu membazir kembali, baik tak payah”. Bagi saya ia adlaah satu proses untuk menyemai kesedaran. Walaupun nampak kecil tetapi apabila sama-sama melakukannya sedikit sebanyak kesedaran akan timbul kerana proses untuk menyemai kesedaran ini amatlah sukar dan ia harus dimulakan secara sedikit demi sedikit kerana banyak faktor persekitaran.

Ada yang menyatakan, “Ada isu yang lebih besar, kenapa tumpu kepada isu kecik macam ni?”

Memang, ada isu lain yang lebih besar tetapi ia tidak bermakna isu-isu kecil harus dilupakan. Isu alam sekitar sebenarnya bukan isu kecil. Is sebenarnya merupakan isu yang amat besar. Lihatlah alam ketika ini begitu kelam kabut. Hujan tambah tambah di KL ni, tak menentu! Sampaikan ribut melanda dan rumah saya pun terkena tempiasnya.

Apa pun, bertitik tolak dari usaha kecil kita semalam, marilah kita sama-sama mengorak langkah bagi melestarikan bumi kita.

Malam tadi waktu tutup lampu jam 8.30 malam, terus Syasya kata kat wife saya, “Syasya tak mau tidor lagi!”. Nak tergelak saya dengar. Hehehe…

Sambutan di Kondo Bayu Tasik

Kemudian bila saya sedang gunakan komputer, Syasya datang kepada saya dan katakan, “Syasya takut!”. Terus saya suruh dia tidur atas bahu saya. Hmmm… Sambutan di sekeliling pun agak memberangsangkan dan dari rumah saya nampak view sebahagian KL yang bergelap.

Sambutan di Kondo Bayu Tasik 2

Apa pun ia cuma langkah permulaan, kita kena terus melangkah!

Categories
Diari

Earth Hour

Sama-sama kita padamkan lampu malam ini selama sejam bermula jam 8.30 malam. Kempen ini bermula sejak tahun 2007 lagi apabila Sydney memulakannya pada 31 Mac 2007. Penutupan lampu selama sejam ini dapat menjimatkan tenaga yang cukup banyak sekaligus dapat membantu bumi yang semakin rakus diratah manusia.

InsyaAllah, saya akan join kempen ini.

Apa pun, ia sebenarnya adalah antara secebis langkah melestarikan alam sekitar. Kita harus menyedari ia bukan sahaja pada perbuatan menutup lampu itu tetapi simboliknya, ia bermula dari kita di rumah. Contoh paling mudah. Kalau kita ada akhbar di rumah dan sudah tidak lagi digunakan, bagaiman kita melupuskannya?

Adakah kita lakukan kitar semula? Atau terus buang dalam tong sampah.

Alhamdulillah saya dah mulakan di rumah dengan mengitar semula barangan yang tidak diperlukan. Saya mulakan dengan kertas/akhbar dan tin. Biasanya akhbar saya jual dapatlah RM7-8. Dia kira sejengkal RM1. Kalau tin biasanya selepas cukup seguni, saya akan bagi kepada makcik cleaner. Bila dia jual, dapatlah sikit mak cik cleaner tu tambah side income.

Apa pun, Earth Hour perlu dilihat dari sudut yang luas. Bukan sekadar keseronokan semata-mata tetapi ia jauh melangkaui kesemua itu.

Marilah sama-sama kita jayakannya!

Fakta Menarik:

INFO:

* Menurut WWF Thailand, bandaraya Bangkok dapat mengurangkan penggunaan elektrik sehingga 73.34 megawatt bersamaan 41.6 tan karbon dioksida pada Earth Hour tahun lalu.

* Toronto, Kanada menjimatkan 900 megawatt elektrik dalam sejam.

* Ireland berjaya mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak 1.5 peratus pada malam itu.

* Di Dubai, lampu yang menerangi kebanyakan kawasan dipadamkan manakala lampu jalan dimalapkan hingga 50 peratus. Hasilnya, 100 megawatt sejam elektrik dijimatkan.