Categories
Diari

CMMI

Hmmm… La ni jabatan saya sedang melakukan satu kajian jurang perbezaan untuk mendapatkan CMMI. CMMI ialah Capability Maturity Model Integration yang diperkenalkan oleh Software Engineering Institute of Carnegie Melon University (CMU). One of my friends pernah study di CMU ni.

CMMI ni lebih kepada proses. Ia akan melihat sejauhmana keberkesanan proses di dalam sesebuah organisasi dan langkah-langkah memperbaikinya. Ia memang cukup bagus untuk jabatan saya dan saya amat-amat mengalu-alukannya. Kalau ISO 9001:2000 ada 5 requirement tetapi CMMI lebih mendalam dengan 22 requirement. Hmmm… Lepas ni bertambah lah tugas saya. Aduh…

Hari ni saya akan hadapi proses interview oleh salah satu konsultan iaitu mfQAsia. Ada lima tahap dalam CMMI ni dan matlamat awal adalah pada tahap 3. Bagi saya ia merupakan satu cabaran yang harus disahut dan saya melihatnya sebagai sesuatu yang akan memudahkan tugas saya pada masa hadapan walaupun pada permulaannya agak sukar kerana saya rasa banyak yang perlu diperbetulkan. At least ada juga peningkatan. Better late than never.

Hari ni dan esok, saya akan hadapi sesi ini. Saya pun masih lagi belum memahami sepenuhnya tetapi dari segi konsep asas memang nampak ia lebih kepada PROSES yang memudahkan tugas saya pada masa hadapan. Harapnya begitulah…

Categories
Diari

Rebat Tunai Punya Cerita Part III

Tengahari tadi saya terus ke Pejabat Pos Bandar tun Razak dan terus minta borang untuk buat tuntutan rebat tunai setelah secara online gagal kerana dipaparkan maklumat sudah dituntut oleh orang lain. Hmmm… Nak tunggu hasil siasatan yang dijanjikan dah beberapa hari dah. Jadi saya buat tuntutan dulu.

Selepas mengisi borang dan menunggu giliran, akhirnya ia selesai dengan cukup pantas. Alhamdulillah…

Selesai kisah Rebat Tunai harapnya. Bagi sesiapa yang masih belum tuntut sila buat tuntutan sebelum 31 Mac 2009 ini kerana ia akan ditamatkan. Maybe hanya sekali sahaja kaedah ini diperkenalkan dalam hidup kita 🙂

Categories
Diari

Jangan Salah Sangka

Situasi 1

Ketika saya membasuh muka di Tandas  pejabat, tiba-tiba seorang wanita masuk. Tersirap darah saya terkejut ! Lepas tu terus wanita tersebut minta maaf dan maklumkan dia terkeliru dengan arah tandas. Hmmm… Rasanya jelas. Tapi tak apalah saya terangkan kepada dia tandas wanita di sebelah.

Kemudian dia keluar dari tandas saya pun memang nak keluar. Lepas tu ada seorang rakan perasan seorang wanita keluar dari tandas lelaki dengan saya. Dia senyum mengusik.

Situasi 2

Saya bercerita dengan mak cik cleaner di Apartment saya berkenaan kes vandalisma dalam lif. Saya ingat kot topik tu biasa sahaja tetapi Mak cik cleaner tu tiba-tiba menghamburkan kemarahannya terhadap perbuatan vandalisma.

Gaya ceritanya seolah-olah memarahi saya kerana dia bercerita dengan penuh emosi kena mop air kencing tiap-tiap hari. Kemudian dia marahkan orang yang suka buang sampah dalam lif. Bia dia tengah rancak meluahkan perasaannya baru saya perasan yang ada orang ingat dia marahkan saya kerana perbuatan vandalisma.

Hmmm… Saya buat tak tahu sahaja pandangan orang.

Ulasan

Kadang kala apa yang kita lihat dan dengar itu tidak mencerminkan perkara sebenar. Sebab itu kita harus sentiasa bersangka baik kerana banyak perkara yang harus kita lihat secara teliti sebelum membuat keputusan.

Yang paling penting kepada kita ialah bersangka baik tetapi ada batasannya…

Firman Allah swt yang bermaksud :” Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan prasangka buruk, sesungguhnya sebahagian dari prasangka buruk itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati, maka tentunya kamu merasa jijik dan bertaqwalahh kepada Allah swt, sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi maha penyayang“. (Surah Al-Hujurat : Ayat 12)

Jangan Salah Sangka !

Categories
Diari

Rebat Tunai Punya Cerita Part II

Update kisah rebat tunai…

Setelah saya bertanyakan seorang sahabat di Pos Malaysia, beliau terangkan kepada saya yang rebat tunai itu masih belum diberikan kepada penama yang menuntut bayaran tersebut cuma dalam online system terpapar sebegitu. Jika saya ke kaunter pejabat pos, saya masih boleh menuntut rebat tunai tersebut.

Hmmm… Nampaknya saya boleh cuba selepas ini. Harap-harap ok dan selesai, InsyaAllah… 

Categories
Jenaka

Jenaka: Silangkata Atau Sirangkata?

“Amar dan Omar.. dua sahabat sedang bertengkar mengenai perkataan yang betul..

“Yang betul adalah SILANGKATA!” kata Amar

“Bukan.. SIRANGKATA!” Bantah Omar

“SILANGKATA! ” Amar bertegas

“Gila kau! SIRANGKATA yang betul, bodoh!” marah Omar

“OK, kalau begitu, daripada kita bertengkar mari kita minta pendapat dari orang akan melalui jalan ini” cadang Amar…

Omar setuju. Seketika kemudian seorang lelaki tua melintas jalan itu.. mereka terus bertanya..

“Pak.. kami tumpang tanya.. mana yang betul..

SILANGKATA atau SIRANGKATA?” tanya Amar.

“Yang betul SIRANGKATA” jawab orang tua itu.

Omar pun senyum kemenangan..

“Terimakasih bebanyak ya pak” kata Omar pada orang tua itu..

“TERIMA KASIH KEMBARI…” jawab orang tua itu pelat… “