Categories
Diari

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1429H

Allahuakbar…

Assalamualaikum…

Allahuakbar…

Allahuakbar…

Alhamdulillah, dapat sekali lagi kita merayakan Aidil Adha dan mengerjakan ibadah korban pada tahun ini. Ibadah korban mempunyai pelbagai manifestasi yang boleh kita ambil sebagai panduan dalam kehidupan kita.

Penyembelihan haiwan korban bukan semata-mata perbuatan tetapi sebagai satu simbolik, menyembelih sifat kebinatangan yang ada. Korban juga mengajar kepada kita erti pengorbanan yang mesti kita lakukan untuk menegakkan syiar Islam di bumi Allah ini. Kerana Allah, jiwa dan raga harus kita korbankan.

Pada kesempatan ringkas ini, saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha dan sama-samalah kita menginsafi peristiwa Korban untuk dijadikan panduan dalam kehidupan mendatang.

Semoga sama-sama mendapat Kerahmatan dari Allah.

Allahuakbar…

Allahuakbar…

Allahuakbar…

Wassalam…

Categories
Diari

Menanti WordPress 2.7

Hari ni akan dilancarkan WordPress 2.7

Memang saya menanti dengan penuh debar sebab mengharapkan lagi banyak features yang disediakan (Hehehe… Yang la ni pun tak berapa dan explore).  Apa pun menggunakan wordpress la ni memang dah cukup mudah tak macam zaman saya buat blog secara manual dulu. Banyak kerja. La ni cukup mudah. Harap wordpress 2.7 akan memudahkan lagi para bloggers. Lepas 2.7, 2.8 dijangka akan release pada Febuari 2009 pulak!

Categories
Diari

Alumni UUM

Saya ada terima surat dari Alumni UUM yang memaklumkan akan menerbitkan sebuah buku Alumni bertajuk “25 Tahun Alumni UUM”. Bersama surat tersebut dilampirkan borang biodata dan ucapan ahli alumni kepada pelajar UUM.

Sapa-sapa rakan ex-UUM yang tak dapat boleh layari www.alumni.uum.edu.my. La ni Alumni UUM dah dinaik taraf sebagai Pusat Alumni.

Sebut tentang UUM memang cukup terkenang segala kenangan selama 4 tahun di sana. Penuh suka dan duka tapi kini dah jauh terpisah walaupun sentiasa dekat di hati.

Categories
Rencana

Tips IT

Sedikit Tips Terminologi IT…

Avatar

Avatar ialah satu perwakilan digital yang mewakili user dalam dunia Internet. (A digital representation of a user in a virtual reality site)

Blavatar

Blog + Avatar

Favicon

Satu ikon kecil yang terpapar sebelah alamat URL di pelayar web

 

Semoga sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada kita semua, InsyaAllah…

Categories
Diari

Penangan JDev 11G

Adoi… Pening betul kepala memikirkan tentang JDeveloper 11G ni. Saya mula kenal dengan JDeveloper pada version 9 kemudian version 10.1.2 sebelum saya gunakan version 10.1.3 dengan lebih lanjut. Elok guna 10.1.3 keluaq pulak version 11G Technical Preview dan saya guna version Technical Preview 4. Bila guna Technical Preview 4 dah mula selesa keluar pula Jdeveloper 11G Production Release 1. Adoi nak kena catch up dengan yang baru pulak!

Memang la ni dok bertungkus lumus memahami JDeveloper 11G ni. Dari segi business layer, rasanya tak begitu mendatangkan masalah tetapi di presentation layer memang agak memeningkan. Kalau dulu bila boleh selit coding di presentation layer, rasa macam free untuk buat apa saja tapi bila banyak nak kena configure berbanding coding, dah jadi kekok mencari. 

Saya sedang develope template project. Mulanya nampak simple tapi bila dok start mula, terasa betapa rumitnya nak buat. Kena tahu komponen sebaik mungkin baru mudah nak settle. Semuanya kelihatan baru bagi saya, memang puas nak explore apatah lagi saya kena siapkan awal di presentation layer. Adoi peningnya kepala!

Tambah pula lepas sahaja run kena restart balik PC. Kalau ikutkan requirement PC saya, kira ok la. Pentium IV 3.20GHz, RAM 2.0GHz, Hard Disk 120GB using Windows XP Pro Version 2002 Service Pack 2. Tapi bila kena penangan JDeveloper 11G memang cukup terasa sebab minimum requirement untuk RAM kena dalam 2.0GB. Saya just at minimum level. Processor pulak seeloknya Dual Core baru kena.

Apa pun ini satu cabaran yang harus saya tempuh. Dah mula dapat sikit demi sikit apa yang perlu cuma kekurangan resources sebab benda ni masih baru. Oh lupa nak inform kepada yang tak mengerti apa itu JDeveloper. JDeveloper adalah satu tool untuk membangunkan sistem menggunakan Java sebagai bahasa pengaturcaraan. Ia dimiliki oleh Oracle. Ada banyak lagi tool yang berasaskan java seperti JCreator, Rational dll.

La ni yang saya tengah kaji lanjut adalah komponen Panel Strecth Layer, Panel Splitter dan Panel Collection. Mungkin berguna dalam bahagian yang ingin saya bangunkan. Sesiapa ada idea? Mai tolong saya. Nanti saya belanja. Hehehe…

Categories
Diari

Pelanduk Dua Serupa

Mungkin bagi yang selalu membaca blog saya sebelum ini sudah pun tahu cerita yang ingin saya sampaikan. Ia kembali segar dalam ingatan saya apabila saya menghadiri kenduri adik angkat saya di Felda Jelai 2, Gemas, Negeri Sembilan Ahad lalu.

Mak Angkat saya maklumkan kepada saya yang mulanya dia tersentap menatap wajah saya dan nak luruh jantung tetapi disebabkan dia ingat saya, dia rasa lega kembali. Apa masalahnya? Bagi yang dah baca sebelum ni pasti tahu.

Selesai saya makan, ramai adik beradik keluarga angkat saya berkumpul di meja kenduri. Di suatu sudut saya menyaksikan seorang wanita menangis dan saya kenal benar wanita itu. Serba salah jadinya saya. Saya sukar nak beri reaksi ketika itu dan benar-benar rasa bersalah dan tak tahu nak buat apa tetapi saya tenangkan diri saya.

Wanita itu adalah adik ipar mak angkat saya yang arwah suaminya mereka dakwa sama seperti wajah saya. Hmmm dan ahli keluarga mereka pun mengatakan perkara yang sama. Saya dapat merasai betapa pilunya hati seorang wanita yang kehilangan suami yang amat dikasihi tetapi kemudiannya tersjumpa seorang lelaki yang amat mirip dengan wajah arwah suaminya. 

Kata mereka, cara saya senyum, jalan, bercakap saling tak tumpah seperti arwah. Itu menjadikan saya bertambah serba salah dan saya rasa sedikit sebak. Tapi semua itu adalah kuasa Allah. Allah yang menentukan segala-galanya. Tetapi tangisan wanita itu memang tidak dapat saya lupakan…

Categories
Rencana

Petrol, diesel turun 10 sen esok

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini memutuskan menurunkan harga petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuatkuasa esok. 

-Berita Harian Online-

Ini bermakna harga Petrol akan turun kepada RM1.90 seliter mulai esok.

Categories
Rencana

PERSEKITARAN BOLEH PENGARUHI PERIBADI

NAGEDEF? Saya menyapa sekelompok pelajar dari Afrika yang berbual di Koridor kampus baru Universiti Islam Antarabangsa (UIA), di Gombak. Mereka menjawab dalam keadaan terperanjat:”Anggifirek!”. Ada orang Melayu bercakap bahasa mereka.

Saya menambah:”Nage Jangge?” yang dijawab mereka dengan “Bahnah”. Keempat-empat perkataan asing ini maksudnya “apa khabar”,”baik”,”bagaimana pelajarannya”,”boleh tahan” secara berurutan dalam bahasa Olof yang digunakan di Senegal dan Gambia di Afrika Barat di samping bahasa Perancis dan Bahasa Inggeris.

Saya tahu kumpulan pelajar dari Afrika Barat itu kerana saya memang faham dan boleh bertutur sedikit-walaupun sekarang mulai luntur kerana tidak digunakan-dalam bahasa mereka yang saya perolehi daripada pergaulan saya dengan pelajar Afrika Barat khususnya Senegal ketika di Kuwait dahulu.

Menyentuh soal Senegal, saya teringat seorang pelajar remajanya yang menggemparkan sekolah kami, Religious Institute atau al-Ma’had ad-dini dekat Qurtubah, Kuwait pada akhir dekad ke 70-an. Waktu itu kami dipanggil untuk meyaksikan demonstrasi ujian kemampuan seorang pelajar baru yang disebut ” anak mukjizat” dari Senegal bernama Ahmad Makmum Ndai di bilik pengarah institut.

Maka berkumpullah guru tahfiz al-Quran dan bahasa Arab yang dipengurusi oleh pengarah institut untuk menguji kehebatan Ahmad dengan disaksikan semua pelajar.

Mula-mula dia diuji kemahiran menghafaz 30 juzuk al-Quran oleh tiga guru tahfiz. Ahamad diuji dari permulaan al-Quran, tengah dan penghujungnya dari tiga arah penanya. Bahkan dia diuji dengan permintaan unik seperti meneruskan ayat yang sebelumnya dibaca bahagian akhirnya saja selepas penetapan surah. Ini suatu hal yang luar biasa. Tapi bagi Ahmad ia makanan hariannya.

Lulus tahap pertama masuk ke tahap kedua iaitu pengujian bidang menghafaz rujukan bahasa yang difokuskan kepada kitab Alfiah Ibni Malik dan Maqamat Harirriyah. Kitab pertama adalah kumpulan seribu bait syair yang dikhaskan untuk ilmu nahu manakala kitab yang kedua kumpulan esei hikmah dalam bentuk bahasan yang memuat seluruh perkataan al-Quran kecuali perkataan damdama dalam surah asy-Syams ayat 14. Guru bahasa Arab yang sememangnya Arab bersiap menguji tetapi masing-masing memegang kedua-dua kitab berkenaan kerana mereka tak hafal atau lupa.

Maka dimulalah dengan permulaan kitab Alfiah yang berbunyi kalamuna lafzun mulfiidun kastaqim yang disambung Ahmad sampai ditanya bait yang lainnya dari kiri dan kanan, tengah, depan dan belakang. Kemudian kitab Maqamat Harirriyah dan lulus.

Akhirnyasemua penguji menguji bersama kehebatan Ahmad serentak. Yang seorang bertanya ayat kemudian yang lain menyambungnya dengan Alfiah dan Maqamat atau sebaliknya. Ahmad pun lulus dan mendapat pujian dan akhirnya dijadikan anak angkat Menteri Kesihatan Kuwait, Dr. Abdul Rahman al-Awadhi.

Dengan kehebatan demikian,secara logiknya tidak mungkin dia tergelincir daripada ajaran Islam. Dengan latar belakang remaja al-Quran ini yang hidup dengan disiplin orang tua yang disegani di Senegal sejak turun temurun kerana terkenal dengan keluarga Huffaz, secara alamiahnya tidak mungkin  meninggalkan ajaran Islam.

Tetapi logik dan ilmiah di atas hanyalah sebuah teoti jika persekitaran dibiarkan bermaharajalela apatah lagi dengan berjauhan daripada kawalan keluarga. Contohnya, Ahmad sahabat saya itu.

 Selepas terlepas daripada kawalan keluarga dan hidup di persekitaran ramai pelajar Senegal yang tidak sihat di Kuwait akhirnya Ahmad bertemu dengan teori “cogotonya”. D’Carte yang membawanya untuk melupakan dirinya mencapai suatu realiti . Dia lupakan Alfiah dan Maqamat. Dan dia ketepikan hafaz al-Qurannya. Dalam beberapabulan sahaja Ahmad sudah berubah 180 darjah. Ahmad pada waktu itu bukan lagi Ahmad ketika ia datang dulu. Ahmad sudah menjadi seperti orang barat yang hidup di Timur atau orang Timur yang berkehidupan ala Barat bahkan lebih teruk. Akhirnya dia gagal dalam pelajarannya.

Tetapi, selepas alam persekitarannya berubah lagi, kawan-kawannya banyak yang mencemuhnya. Dia pun sedar dan ingin kembali ke pangkal jalan. Dia kembali belajar di Religious Institute selepas meninggalkannya untuk belajar di Asma’i Secondary School for Boys kerana mengejar angan-angan “cogotanya”. Dengan susah payah dia cuba memulihkan cedera akliahnya dan sampai 1990 kali terakhir kami bertemu di pameran buku tahunan Kuwait dia masih mencuba dengan menerima tawaran dari Kementerian Waqaf Kuwait untuk menjadi imam di salah sebuah masjid di Washington, merika selepas tamat Maktab Pendidikan.

Dia begitu menyesal kerana tertipu oleh kembohongan memburu cita-cita kehidupan bebas yang dipengaruhi persekitarannya.Dia sangat menyesali dirinya kerana tak mengendahkan nasihat dan teguran keluarganya.

Untuk itu, ajakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin lalu agar sekolah melanjutkan aktivitinya dan keluarga memperhebatkan kawalan dan arahannya pada musim cuti sekolah dengan program berfaedah mesti kita ambil kira dengan saksama agar tunas bangsa yang tidak terperangkap dalam gejala sosial yang semakin merunsingkan kita.

(Dipetik daripada Berita Harian Jumaat 15 November 1996 Oleh Abdulrrahman Haqqi Dalam Ruangan Iqra’) dan pernah juga saya siarkan dalam diari saya terdahulu.

Categories
Diari

Jupiter + Venus + Bulan = Senyuman

Malam tadi, sewaktu hendak keluar makan bersama keluarga, saya bawa Syasya ke kereta dahulu sementara wife saya bersiap di atas. Sesampainya di kereta, saya dapati saya terlupa membawa kunci kereta dan terus saya telefon isteri untuk bawa kunci kereta. Jadi sewaktu malam yang boleh dilakukan cuma merenung awan dan kebetulan nampak seperti wajah senyum (lihat foto)

Senyuman
Senyuman (credit to http://herestolife.wordpress.com)

. Saya pun tunjukan kepada anak saya, Syasya Hana dan dia terus nyanyikan lagu Twinkle Twinkle Little Star. Hehehe… Saya nak tunjuk wajah senyuman di angkasa, dia nyanyi lagu pulak. Hehehe… Baru dua tahun dan masih belum mengerti sepenuhnya.

Rasa kagum dengan ciptaan Allah, SubhanAllah Maha Suci Allah cuma saya terlupa bawa kamera dan foto yang ada ini adalah dari web Here’s To Life

Sebenarnya bila saya teringatkan apa yang dapat saya lihat malam tadi, terus saya buat pencarian di Internet dan saya jumpa blog tersebut. Ia menerangkan fenomena tersebut berdasarkan petikan ini “In astronomy-speak, it is called a planetary conjunction — when the planets seem closest to each other. The National Geographic News article ” Planets, Crescent Moon to “Frown” on Skywatchers Dec. 1″“.

Itu cuma secebis keindahan yang Allah ciptakan untuk kita menghayati betapa Kebesaran Allah seharusnya membuatkan kita terasa maha kerdil lantas terus mengabdikan diri kepada Allah. Kita cuma menumpang buat mencari sekelumit bekalan di akhirat kelak. Sama-samalah kita memperingati diri kita sendiri, moga-moga kita berada di landasan yang tepat.

Mungkin ramai yang dapat menyaksikan peristiwa tersebut malam tadi!

Categories
Diari

Penat, Letih dan Sakit Badan

Hmmm… Memang cukup penat tetapi enjoy dan puas. Alhamdulillah perjalanan yang cukup mencabar tetapi semuanya selamat. Saya sebenarnya ke Gunung Ledang pada Sabtu dan Ahad lepas untuk menghadiri family daya Jabatan saya. Pagi Sabtu saya dah kelam kabut berurusan dengan Pejabat pos untuk renew lesen L wife dan booking test di Sekolah Memandu. Patutnya pukul 10 bertolak, saya terpaksa bertolak jam 11.

Hmmm… Jalan nak masuk tol Sungai Besi agak sesak tetapi disebabkan saya gunakan kad Touch n Go, ia jadi lebih lancar. Saya mulanya ingat rakan-rakan konvoi dah lepas Tol Ayer Keroh tetapi rupanya saya yang sampai dulu di Gunung Ledang Resorts. Hmmm… Suasana memang ok tapi best lagi Kalumpang.

Sukaneka Family day memang menguji ketahanan fizikal. Memang sakit badan, nasib baik menang tarik tali. Hehehe… Dah berapa banyak kali dah menang tarik tali. Hehehe.. Tengok badan lah… Kemudian sempat mandi air terjun sekejap. 

Keesokannya, selepas check out saya terus ke Gemas. Saya tak berapa sure jalan biasa, terus masuk tol Tangkak dan keluar Tol Alor Gajah. Lagi jauh jadinya nak ke Gemas. Apa pun Alhamdulillah selamat sampai. Tahniah Aidah dan pasangan. Moga bahagia selamanya. Dah dua tahun lebih saya tak ke Gemas ke  rumah keluarga angkat saya. Sejak tahun 1999, ni kali keempat.

Bila perjalanan balik, ada kemalangan sebelum Tol Seremban Port Dickson. Rasanya 6 biji kereta terlibat dan memang cukup sesak sampaikan saya boleh tarik hand brake lagi. Nasib baik ada DVD, boleh lah rest sat. Kemudian singgah solat di RnR Seremban sebelum bertolak sampai rumah kira-kira jam 10 malam.

Aduh Letihnya… Esok kena kerja!