Categories
Diari

Syasya Terkejut !

Tengahari tadi sewaktu rehat, saya terus ke Tadika Syasya dan ambil Syasya. Bila saya sampai cikgu tadika Syasya tanya, “Want to Take Syasya?”

Saya jawab, “Yes”.

Lalu cikgu Syasya naik atas dan panggil Syasya. Dalam lima minit jugaklah. Bila turun sahaja, cikgu Syasya cakap, “Syasya don’t believe her papa came to take her”. 

Syasya pula menjerit, “Walid! Walid!”

Hehehe… Memang Syasya terkejut sebab selalu saya ambik dia jam 5.30 paling awal. Selalunya lepas habis kelas tadika, dia akan masuk daycare pulak dengan dua kawan dia Iela dan Darwish. Tapi selalunya kawan-kawan Syasya balik jam 3 atau 4 petang. Jadi Syasya akan tinggal seorang dalam sejam setengah kat daycare.

Kesian jugak tapi cikgu dia memang caring dan cikgu dia rajin mengajar Syasya mengeja dan bercerita. Tapi memang setiap hari dalam sejam setengah Syasya tak ada kawan. Hari ni wife saya cuti, jadi better saya ambik dia awal sikit dan memang Syasya patut terkejut.

Malam tadi dok terbayang lagi saya bila Syasya geram sambil marah. Waktu di Alamanda, dia sempat main di tempat permainan kanak-kanak dalam 5 minit ja. Lepas tu kami dah bergegas nak balik sampaikan bila dah naik kereta, dia dok lepas geram dia.

Tak pa Syasya, nanti hari Rabu Walid cuti, Walid akan bawak Syasya pi main mainan 🙂

Categories
Diari

Bertuah Punya Syasya!

Malam tadi, sewaktu saya nak keluar carikan Asam Laksa untuk isteri kira-kira jam 8.30 malam, Syasya sedang mandi. Saya mandikan Syasya tetapi apabila selesai, Syasya tak nak keluar. Puas saya pujuk tapi dia tetap nak main air lagi. Terus saya tutup paip air tetapi dia dah pandai bukak semula.

Jadi lepas saya tutup paip air, terus saya tutup lampu dan pintu bilik mandi bagi gelap. Yang geramnya dia terus sambung main walaupun gelap. Last sekali saya acah kata, “bye, bye, Walid nak pi dah. Ummi jom”

Barulah dia kelam kabut nak keluar. Terus saya pakaikan pampers dan wife saya siapkan Syasya. Lepas tu bila dha balik kira-kira jam 11.30 malam saya rasa macam biasa sahaja tetapi sebelum layan game MU malam tadi saya masuk ke bilik air. Rupanya Syasya tak tutup paip air! Dah lah tu, Syasya bukak dengan kadar paling laju. Adoi! Tunggu bil je la lepas ni…

Selalunya bil air rumah saya cuma dalam RM6 sahaja sebulan sampaikan management ingat meter air rosak. Lepas depa check, depa kata biasa dan tak rosak. Hairan, guna banyak mana pun sebelum ni cuma RM6 sahaja paling tinggi. Tapi malam tadi punya pasal rasanya kenalah tunggu bil…

Bertuah punya Syasya! (Geram dalam sayang. Hehehe…)

Categories
Diari

Permata Hati Part II

Oleh kerana saya memang minat bola, nampaknya minat saya dah turun kepada permata hati saya, Syasya Hana. Kalau game Kedah di sekitar Lembah Klang memang Syasya nak ikut sampaikan dia dah hafal nyanyi lagu biar jasa jadi kenangan.

syasyahana
Syasya Ikut Saya Main Futsal malam tadi

Kalau tengok warna hijau kuning atau bendera sahaja, dia akan sebut “Kedah” atau “Malaysia”. Game Malaysia lawan UAE hari tu pun Syasya turut serta tapi sebab Malaysia main agak boring kot dia tertidoq waktu second half.

Kalau saya pi main bola pun, memang Syasya akan ikut dan bawak bola dia sekali. Tapi kena ada geng jugaklah layan dia main. Tak pa, nanti kat rumah baru, saya nak ajaq dia main badminton pulak. Bola ni tak sesuai sangat kepada budak perempuan. Minat tak pa lah…

Memang pantang tengok bola!

Categories
Diari

Kerisauan

Hati saya dilanda kerisauan apabila isteri saya mengadu senak perut akibat Syasya yang menendang perutnya ketika bergurau dan ketika bermain dengan Syasya.

Syasya boleh dikategorikan sebagai hiper aktif jika bersama dengan saya dan isteri. Dia akan berlari tidak berhenti-henti, memanjat, menjerit dan melompat-lompat. Kalau kami sedang tidur, dengan selamba dia boleh melompat ke atas kami.

Kalau lompat ke atas saya tiada masalah, tetapi atas isteri yang baru hamil. Risau betul. Tapi Syasya kalau ada orang lain selain kami, dia tiba-tiba akan jadi ayu dan pemalu. Berlakon betoi Syasya ni. Hehehe…

Saya dok pikiaq macam mana nak buat. Kalau ikut petua Dr. Fadzilah Kamsah, salah satu cara nak kurang keaktifan ialahdengan memakaikannya pakaian berwarna jingga dan pemakanan seperti buah betik. Ini kerana warna jingga berperanan mengurangkan keaktifan seseorang dan mengawal nafsu juga. Sebab itu sami Buddha memakai pakaian berwarna jingga.

Tapi dari segi pemakanan memang tak jalan sebab Syasya ni jenis kurang makan. Harap kepada susu sahaja. Pakaian nak kena consider. Tapi maybe isteri saya pulak rasa tak kena dengan selera dia pulak jika pakai warna jingga. Hehehe… Tak feminin katanya.

Apa pun, saya dan isteri kena ambil langkah preventif agar Syasya tak melompat ke atas perut isteri saya lagi selepas ini. Sesiapa ada cadangan?

Categories
Diari

Permata Hatiku – Syasya Hana

Sessi Perkenalan

syasyapermatahatiSetakat ini dulu buat masa ini. Nanti saya akan coret lagi…

Bye…

Wassalam