Categories
Diari

Jalinan Kasih

Tempohnya cuma lebih kurang tujuh bulan. Namun ikatan yang terjalin sudah cukup erat hinggakan saya sendiri terasa betapa eratnya jalinan yang telah terjalin. Itu antara perasaan saya terhadap hubungan Syasya dan gurunya yang bakal kembali ke negara asalnya.

Ketika mula, saya menghantar Syasya ke tadika, saya agak terkejut kerana seorang guru Syasya tidak boleh berbahasa Melayu. Saya terfikir, rakyat Malaysia jenis apa tak tahu berbahasa Melayu. Rupanya beliau bukan dari Malaysia.

Mulanya saya risau, takut-takut sukar untuk Syasya. Namun setelah lama memerhati, saya lihat Syasya cukup selesa dengan dua orang guru yang mengasuhnya iaitu seorang guru Melayu dan guru yang saya maksudkan di atas. Saya ringkaskan sebagai Teacher L.

Kedua-dua guru inilah yang saya lihat benar-benar menjaga Syasya dengan baik. Setelah guru berbangsa Melayu itu ditukarkan ke cawangan lain, ada pengganti iaitu seorang cikgu India Muslim tetapi saya masih melihat Teacher L sebagai yang paling serasi dengan Syasya. Mungkin juga Syasya adalah murid yang paling muda di tadika tersebut.

Saya seronok dengan keadaan itu walaupun ada perbezaan dari segi budaya, agama dan lain-lain tetapi semua itu dihormati sebaik mungkin dan minggu lepas saya terima mesej dari isteri saya bahawa Teacher L akan kembali ke negara asalnya. Waktu itu Syasya sudah beberapa hari tidak ke tadika. Hari Jumaat Syasya bersama saya ke Pulau Pangkor sehingga hari Ahad.

Hari Isnin Syasya demam dan tidak ke tadika. Hari Selasa, demam Syasya masih belum benar-benar sembuh tetapi saya dan isteri terpaksa hantar ke tadika kerana saya ada simulasi MyHIX di Cyberjaya dan isteri pula bertugas. Bila sampai di tadika, Teacher L maklumkan bahawa minggu ini adalah minggu terakhir beliau bertugas dan beliau amat rindukan Syasya. Kalau Syasya tak datang juga, beliau nak telefon saya suruh hantar juga Syasya. Saya rasa terharu dalam keadaan sedemikian.

Ketika mengambil Syasya petang itu, Teacher L mencium Syasya sepuas-puasnya. Saya rasa betapa beratnya nak pisahkan seorang penjaga Syasya yang cukup dedikasi. Teacher L maklumkan kepada saya, yang komputer dan handset beliau dipenuhi oleh gambar Syasya kerana Syasya baginya amat istimewa.

Bila Syasya balik rumah, saya ceritakan kepada Syasya tentang perpisahan tetapi Syasya memang tidak mengerti tentang perpisahan. Syasya masih lagi terlalu kecil untuk memahami erti perpisahan. Dia tidak tahu yang Teacher L akan kembali ke negaranya yang beribu-ribu kilometer jauhnya.

Kemudian, atas menghargai jasanya, isteri saya bertungkus lumus menyediakan sedikit kenangan sebagai tanda perpisahan dan semalam adalah hari terakhir Teacher L di tadika tersebut dan ketika saya ambil Syasya pada petangnya, Teacher L agak terkejut sebab saya ambil Syasya awal. Beliau seolah tidak puas bersama Syasya dan mencium serta mendukung Syasya sepuasnya. Nampak seolah beliau cukup terharu dan berat meninggalkan Syasya.

Bila saya bertanya, mengapa nak balik ke negara asal, beliau maklumkan yang beliau sudah mendapat kerja di sebuah bank dan akan cuba balik bercuti di Malaysia jika ada masa lapang. Hmmm… Terasa betapa eratnya erti kasih sayang walaupun ada perbezaan yang cukup besar!

p/s: Kuiz tanpa hadiah. Apakah negara asal Teacher L?

Categories
Diari

Menu Yang Tak Disangka-Sangka

Hmmm… Syasya memang jenis yang susah nak makan. Kalau ajak Syasya makan memang cukup liat. Isteri saya cukup risau bila Syasya tak makan atau makan sedikit.

Malam semalam, saya ke sebuah restoran bersama isteri dan Syasya. Lepas pesan makanan, saya teringat nak makan telur separuh masak. Saya pesan dua biji. Saya risaukan Syasya yang demam, jadi saya pesan air suam untuk Syasya.

Bila sampai air suam dan Syasya minum terus dia tunjukkan isyarat bagus tanda sedap! Lepas tu dia kata, “Sedap!”. Air suam pun sedap? Hehehe…

Kemudian bila sampai roti canai saya dan telur separuh masak. Syasya beria-ia nak telur separuh masak itu. Tengok-tengok habis satu setengah bijik telur separuh masak tu!

Hmmm… Pujuk makan nasi tak nak, telur jugak kegemaran dia.

Tadi bila keluar makan, menu yang sama kami pesan dan Syasya habiskannya! Tak sangka langsung menu Syasya telur separuh masak dan air suam. Kalau beri nasi atau makanan lain memang liat dia nak makan, tapi telur separuh masak dan air suam, sekejap sahaja!

Categories
Diari

Hobi Baru Syasya

Sabtu lepas selepas ke Karnival Drypers di Taman Tasik Titiwangsa, ada pula Pesta makanan di situ. Jadi memang favouritelah nak menambah bulat lagi perut ni. Hehehe… Pi gerai-gerai di sana tertarik dengan satu gerai yang jual makanan. Bukan makanan manusia tetapi makanan haiwan.

Makanan ikan, hamster, kura-kura dan lain-lain. Syasya pula bila tengok haiwan, memang cukup excited. Jadi Syasya cukup berminat kepada kura-kura dan ikan. Mulanya nak belikan ikan kepada Syasya tetapi memandangkan Syasya ni lasak, kalau dia tolak akuarium, senang ja ikan tu mati. Akhirnya belikan Syasya kura-kura. Kura-kura ni nyawa liat sikit.

Syasya cukup teruja dan selalu jenguk kura-kuranya. Hmmm… Dia dok panggil turtle, puas dok habaq bukan turtle tetapi tortoise. Cuma Syasya ni suka sangat goncangkan akuarium dan besen kura-kura sampaikan kura-kura pening asyik bergoyang ja.

Satu set ada dua ekor kura-kura, satu akuarium kecil + batu + makanan = RM20. Kira oklah tu…

Apa pun, Syasya dah ada hobi baru !

Categories
Diari

Syasya Kecik… Syasya Besar

Semalam

Kadang kala bila kepenatan, cukup seronok melayan keletah anak. Syasya semalam bila saya kata kepada dia, ” Syasya tak boleh main, Syasya kecik lagi…”

Lalu Syasya jawab, “Syasya dah besar!” Sambil menunjukkan jari sejengkal (Ibu jari dan jari telunjuk). Bagi Syasya kalau dia tunjuk jari sejengkal, itu maksudnya besar. Kalau kecil dia akan rapatkan jari telunjuknya dan ibu jari.

Hari ini…

Isteri saya cakap kepada Syasya, “Syasya tak boleh hisap jari, baby kecik boleh lah hisap jari”.

Memang kegemaran Syasya hisap jari. Puas nak betulkan dan tegur.

Lalu Syasya jawab, “Syasya Kecik, boleh hisap jari!”

“Semalam Syasya cakap, Syasya besar,” Tegur saya. 
“Syasya kecik lah,” Jerit Syasya lagi.

Adoi, macam-macam… Pandai betoi nak bagi alasan dan nak teruskan tabiatnya tu.

Syasya Oh Syasya… 

Categories
Diari

Cerita Apa?

Semalam, Syasya bercerita kepada isteri saya… (sila baca dalam pelat kanak-kanak)

“Kaki atashhh, jatuh, potong-potong, darah, mati, kaki tak dak, mata tak dak, telinga tak dak”

Wife saya hairan, apa yang diceritakan oleh Syasya. Siap Syasya boleh ceritakan dalam bentuk lagu lagi!

Nak tahu apa ceritanya?

Sila tekan CTRL + A (Kalau Tak Nampak).

Syasya ceritakan kisah dia pi tengok Tok Wan Sembelih lembu. Waktu nak jatuhkan lembu sebelum disembelih, kaki lembu ternaik ke atas, kemudian jatuh dan Tok Wan sembelih lembu keluar darah dan mati. Mata tiada dan telinga tiada tu masa proses melapah.

Itu yang sebenarnya Syasya nak ceritakan. Hehehe… Memang seronok tengok keletah si comel ni!

Categories
Diari

Syasya Terkejut !

Tengahari tadi sewaktu rehat, saya terus ke Tadika Syasya dan ambil Syasya. Bila saya sampai cikgu tadika Syasya tanya, “Want to Take Syasya?”

Saya jawab, “Yes”.

Lalu cikgu Syasya naik atas dan panggil Syasya. Dalam lima minit jugaklah. Bila turun sahaja, cikgu Syasya cakap, “Syasya don’t believe her papa came to take her”. 

Syasya pula menjerit, “Walid! Walid!”

Hehehe… Memang Syasya terkejut sebab selalu saya ambik dia jam 5.30 paling awal. Selalunya lepas habis kelas tadika, dia akan masuk daycare pulak dengan dua kawan dia Iela dan Darwish. Tapi selalunya kawan-kawan Syasya balik jam 3 atau 4 petang. Jadi Syasya akan tinggal seorang dalam sejam setengah kat daycare.

Kesian jugak tapi cikgu dia memang caring dan cikgu dia rajin mengajar Syasya mengeja dan bercerita. Tapi memang setiap hari dalam sejam setengah Syasya tak ada kawan. Hari ni wife saya cuti, jadi better saya ambik dia awal sikit dan memang Syasya patut terkejut.

Malam tadi dok terbayang lagi saya bila Syasya geram sambil marah. Waktu di Alamanda, dia sempat main di tempat permainan kanak-kanak dalam 5 minit ja. Lepas tu kami dah bergegas nak balik sampaikan bila dah naik kereta, dia dok lepas geram dia.

Tak pa Syasya, nanti hari Rabu Walid cuti, Walid akan bawak Syasya pi main mainan 🙂

Categories
Diari

Bertuah Punya Syasya!

Malam tadi, sewaktu saya nak keluar carikan Asam Laksa untuk isteri kira-kira jam 8.30 malam, Syasya sedang mandi. Saya mandikan Syasya tetapi apabila selesai, Syasya tak nak keluar. Puas saya pujuk tapi dia tetap nak main air lagi. Terus saya tutup paip air tetapi dia dah pandai bukak semula.

Jadi lepas saya tutup paip air, terus saya tutup lampu dan pintu bilik mandi bagi gelap. Yang geramnya dia terus sambung main walaupun gelap. Last sekali saya acah kata, “bye, bye, Walid nak pi dah. Ummi jom”

Barulah dia kelam kabut nak keluar. Terus saya pakaikan pampers dan wife saya siapkan Syasya. Lepas tu bila dha balik kira-kira jam 11.30 malam saya rasa macam biasa sahaja tetapi sebelum layan game MU malam tadi saya masuk ke bilik air. Rupanya Syasya tak tutup paip air! Dah lah tu, Syasya bukak dengan kadar paling laju. Adoi! Tunggu bil je la lepas ni…

Selalunya bil air rumah saya cuma dalam RM6 sahaja sebulan sampaikan management ingat meter air rosak. Lepas depa check, depa kata biasa dan tak rosak. Hairan, guna banyak mana pun sebelum ni cuma RM6 sahaja paling tinggi. Tapi malam tadi punya pasal rasanya kenalah tunggu bil…

Bertuah punya Syasya! (Geram dalam sayang. Hehehe…)

Categories
Diari

Permata Hati Part 3

Malam tadi, saya dan isteri terasa begitu kesian kepada Syasya. Syasya menangis meronta-ronta tak mahu telinganya dikorek untuk buang tahi telinga. Syasya menjerit, “Sakit! Sakit!” Sekuat-kuatnya sambil menangis. Kesian pulak rasanya. Tapi langsung tak korek lagi dah kata sakit. Hehehe…

Saya mintak wife, tangguh dulu korek telinga Syasya sebab Syasya meronta tak mau, lagi pun takut bila Syasya meronta nanti bahaya pulak. Isteri saya bertegas nak korek jugak sebab dah banyak dah tahi telinga. Aduh serba salah jadinya saya. Jadi saya terpaksa pegang tangan dan kaki Syasya dan wife saya pegang kepala. Syasya meronta lagi.

Alamak kesiannya. Syasya mengalah sekejap. Elok kami nak korek telinga dia, dia tunjuk ke arah buku sambil merayu, “nak baca!”. Syasya memang pandai alih topik. Hehehe… Kami kata “OK”.

Lepas tu kami nak korek lagi, dia kata, “Nak tidor” (Maksudnya nak baring). Kemudian bila nak korek lagi, dia kata, “Nak Word World! (Kartun Kat Channel 613 ASTRO).

Adoi, pandai betoi alih topik. Bila nak korek lagi, dia bagi alasan lain pulak. Hmmm… Boleh pulak tu sambil tengah nangis bila kami mengeluh, dia terus gelak. Aih, macam main-main ja! Hehehe… Macam macam lah Syasya ni.

Last sekali kami tak jadi korek. Kena cari alternatif lain pulak, maybe ubat titik ka. Sebelum ni, Syasya ok ja kalau korek telinga. Hmmm…

Saya search di Internet, macam-macam yang saya jumpa. 

Anda ada penyelesaiannya???

Categories
Diari

Keputusan Pakaian Beragam

syasya1

Hmmm… Nampaknya ada yang lebih baik daripada syasya2Syasya dalam pertandingan pakaian beragam kelmarin. Semuanya dah ok cuma ada yang sama konsep dengan Syasya iaitu bertemakan ‘Angel‘. Dan pesaing Syasya pula lebih lengkap dari segi costume di mana pesaing Syasya memakai pakain lengkap siap bergincu dan boh pipi merah lagi. Hehehe…

syasya3syasya4

Syasya kalau boh gincu sat ja hilang. Apa pun bukannya kemenangan yang dicari. Cuma nak bina keyakinan diri Syasya bila berhadapan dengan orang ramai dan keyakinan untuk dia mencuba.

syasya91

Kalau ikutkan Syasya adalah peserta kedua termuda dalam pertandingan kali ni. Baru dua tahun dan dari segi fizikal pun nampak Syasya antara paling kecil. Hmmm… syasya5Syasya pun nampaknya enjoy cuma awal-awal tu Syasya kaku sikit sebab baru bangun tidur, bila dah cergas, memang susah nak control. Hehehe…

InsyaAllah nanti Umi dan Walid akan beri Syasya lebih banyak pendedahan lagi dalam pelbagai bidang. Kita akan cuba lagi! Apa pun Tahniah Umi dan Walid ucapkan kepada Syasya yang cukup sporting…

Hari keluarga Apartmen semalam memang meriah walaupun sambutan sederhana sahaja tetapi memang sudah cukup. Saya pulak tidaklah begitu aktif dalam Persatuan Penduduk kerana saya plan berpindah ke kediaman baru pada pertengahan tahun depan. InsyaAllah di rumah tetap, saya akan aktif sebagai ahli persatuan penduduk.

syasya6

Majlis ditutup oleh Ahli Pemegang Amanah Yayasan Pelajaran Bandar Tun Razak. Mr. YK Chew yang turut menyumbang RM1k kepada Persatuan Penduduk.

syasya10

Syasya… Next time we will try again!

Categories
Diari

Syasya Masuk Pertandingan Pakaian Beragam

pakaianberagam4

Tempohari, saya dan isteri nak masukkan Syasya dalam acara pakaian beragam sempena Hari Usahawan Sekolah Kebangsaan Seri Tasik. Semua pakaian dan dibeli dan dah ready tetapi pada hari yang dimaksudkan, Syasya jatuh demam. Cancel!

pakaianberagam3Hari ni, hari Terbuka Apartmen saya, jadi memang dah plan nak masukkan Syasya dalam acara pakaian beragam. Siap dah renew sikit prop dan buat rehearsal sikit.

Saja seronok seronok di samping nak bina keyakinan diri Syasya di khalayak ramai.

Harap kali ni tiada halangan melintang, InsyaAllah…