Categories
Rencana

Isteri Super

INTIM… Mansura bahagia di sisi suami, Yusuf.

SANDAKAN: “Walaupun kegarangan suami boleh diumpamakan seperti sang harimau yang pantang dicabar, itu tidak bermakna mereka tidak boleh dijinakkan.
“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.
Ibu berusia 65 tahun yang melahirkan 23 cahaya mata ini mengakui payudara isteri memainkan peranan utama bagi menawan suami dan mengelaknya beralih cinta kepada wanita lain.
“Sebagai isteri, kita harus tahu menjaga penampilan diri dari luar dan dalam selain sentiasa bergurau setiap masa, terutama di bilik tidur.
“Bayangkan perasaan suami apabila melihat tubuh kita kendur di sana sini, sudah pasti hilang selera untuk bersama dan menjadi alasan mencari pucuk muda yang lebih gebu,” katanya tanpa berselindung.
Mansura berkata, jika aset wanita itu sentiasa padat, kerukunan rumah tangga dan hubungan suami isteri sentiasa hangat.
Kesempatan menemui Mansura secara bersemuka membuktikan kebenaran kata-katanya.
Meskipun boleh dianggap nenek, tubuh Mansura seakan-akan tidak ditelan waktu dan kelihatan sihat seperti wanita berusia 30-an.
Penulis juga hanya menggeleng kepala sebaik diberitahu wanita berkenaan berusia 65 tahun dan memiliki 23 anak selain bercucu dan cicit.
“Payudara perlu dijaga sebaik-baiknya dan antara caranya ialah memakan jamu dan bersenam.
“Jamu boleh dibuat sendiri menggunakan barang yang mudah didapati di pasar seperti ibu kunyit, asam jawa, lada putih, sirih, manjakani, gula, garam dan telur ayam kampung,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini, baru-baru ini.
Mansura berkata, pemakanan jamu membolehkan badan lebih sihat dan bertenaga serta menegangkan otot kendur, terutama sistem peranakan.
“Saya tidak pernah mengamalkan ilmu songsang atau susuk kerana ia perbuatan syirik,” katanya.
Selain 23 anak, termasuk enam yang meninggal dunia sebaik dilahirkan, Mansura turut dikurniakan 60 cucu dan empat cicit.
“Bayangkan selepas melahirkan anak, saya boleh berjalan seperti biasa keesokannya dan ke pasar seminggu selepas itu. Ramai tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya,” katanya.
Mansura berkata, dia berkahwin dengan Yusof ketika berusia 13 tahun dan terus bunting pelamin, namun kurang bernasib baik apabila beberapa anaknya meninggal selepas dilahirkan.
“Anak pertama mak cik sepatutnya berusia 52 tahun tetapi meninggal dunia sebaik dilahirkan, manakala paling bongsu berusia 15 tahun dan menuntut di Sekolah Menengah Batu Sapi,” katanya.
Mengikut perkiraan kasar, pasangan itu memperoleh anak sulung iaitu Junaidah, 46, ketika Mansura berusia 19 tahun dan melahirkan anak ke-23, Jefry Aman, 15, pada usia emas 50 tahun. Malah ketika berusia 30 tahun, dia mempunyai lapan anak.
Menurut Mansura, ramai wanita kini mengabaikan penjagaan diri dan enggan mengikuti nasihat orang tua yang dianggap kolot serta ketinggalan ramai.
“Selain petua ketika bersama, suami isteri perlu bertolak ansur kerana alam berumah tangga mempunyai 1,001 cabaran dan dugaan.
“Ketika suami marah, kita sebagai isteri perlu berdiam diri dan jangan sesekali melawan kerana ‘harimau’ yang mengamuk pantang dicabar,” katanya.
Mansura berkata, perkara sama perlu dilakukan suami apabila melihat isteri dalam keadaan marah.
“Sebagai orang tua, saya hanya mampu memberi nasihat kerana sedih mendengar pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sudah naik turun mahkamah untuk bercerai.
“Sedih melihat isteri yang masih muda dan cantik terpaksa menjadi janda pada usia muda,” katanya.
Mansura juga berkata, kewangan bukan masalah utama jika tahu menguruskannya.
“Saya tidak kaya dan hanya menetap di rumah kayu, tetapi suami tetap sayang dan sentiasa membahagiakan saya. Sebagai balasan, saya kini mengambil alih tugasnya mencari rezeki berikutan kesihatannya kurang baik kebelakangan ini,” katanya.
Senarai nama anak pasangan Mansura dan Yusuf
1. Junaidah, 46, suri rumah (perempuan)
2. Jainal, 43, polis bantuan (lelaki)
3. Halimah, 42, suri rumah (perempuan)
4. Junaida, 41, suri rumah (perempuan)
5. Zubaidah, 39, suri rumah (perempuan)
6. Maisah, 37, berniaga (perempuan)
7. Hamidah, 36, berniaga (perempuan)
8. Mohd Dalfa, 35, pemandu lori (lelaki)
9. Mohd Alfiah, 32, berniaga (lelaki)
10. Hassan, 30, jurujual (lelaki)
11. Hussin, 26, tidak bekerja (lelaki)
12. Masnah, 27, suri rumah (perempuan)
13. Halimah, 25, – meninggal dunia ketika usia 15 tahun (perempuan)
14. Hafizah, 23, suri rumah (perempuan)
15. Mohd Rafi, 21, pekerja swasta (lelaki)
16. Norasikin, 18, penganggur (perempuan)
17. Jefry Aman, 15, pelajar (lelaki)
Nota: Enam lagi tiada nama kerana meninggal dunia sebaik dilahirkan.

sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Kekalmenawanpikatsuami/Article/artikelMA (09/01/2011)

Categories
Diari

Cabaran Baru

Alhamdulillah di tempat kerja saya berlaku penstrukturan semula.

Saya juga turut terlibat dan bermakna saya perlu berpindah ke unit lain. Syukur apa yang saya hasrat dan doakan berjaya. Cuma cabaran baru ini lebih mencabar dan saya kena pantas belajar. Saya amat mengharapkan tunjuk ajar rakan rakan sekerja untuk menguasai ilmu-ilmu baru.

Dan yang paling penting, saya dapat meneruskan beberapa perancangan yang telah lama saya ingin lakukan tetapi tidak begitu berkesempatan. InsyaAllah ia akan membolehkan saya mencapai apa yang saya inginkan. Semuanya Harus dimulakan dengan sikap yang positif!

Categories
Diari

Berani Bunuh Diri

Ahad lepas, saya pulang dari Pulau Pinang menuju kotaraya. Lebih kurang jam 5 petang saya bertolak dan saya dah berniat nak isi minyak di mana-mana Hentian Rehat yang ada stesen Minyak. Yang pertama di Gunung Semanggol @ Bukit Merah. Tu dia… Penuhnya dengan penunggang motorsikal! Beratus-ratus jumlahnya. Lalu saya batalkan hasrat untuk mengisi minyak di situ.

Saya meneruskan perjalanan ke hentian rehat yang lain keadaan sama berlaku. Sampai Hentian Sungai Perak, saya terpaksa mengalah dan perlu juga mengisi minyak. Kenalah beratur panjang apatah lagi hampir semua stesen minyak dipenuhi dengan begitu banyak penunggang motorsikal. Tak kan lah ramai sangat yang menganjurkan konvoi. Ketika itu hujan rintik dan dapat saya lihat kelakuan mereka. Nampak cukup bebas dan yang perempuan pula bergurau dengan lelaki perkara yang tak sepatutnya. Gerun sungguh saya melihat situasi tersebut.

Selepas mengisi minyak, saya meneruskan perjalanan.

Keadaan macam balik selepas musim perayaan. Agak sesak lebuhraya dan dalam benak saya, mesti PLUS banyak untung dan bolehlah turunkan sikit kadar tol. Hehehe… Kalau macam saya yang dok balik Utara dari Tol Jalan Duta ke Alor Setar Utara pergi balik dah hampir cecah RM110. Banyak tu…

Apabila sampai selepas Tanjung Malim, sekumpulan Mat Rempit mula menunjukkan belang mereka. Mereka menunggang dengan kelajuan tinggi dalam kesesakan jalanraya tersebut dan mencelah dengan cukup rapat. Barangkali mereka cukup pakar menyukat ruang yang diperlukan untuk motor mereka melepasi kenderaan lain tanpa ada kemalangan. Kemahiran mereka amat mengkagumkan. Cukup berani mencelah kesibukan lebuhraya dengan berkelajuan tinggi! Ada orang kata mereka Berani Mati tetapi bagi saya bukan lagi berani mati tetapi BERANI BUNUH DIRI!

Kalau terdapat sedikit kecuaian sahaja, sudah pasti nyawa jadi taruhan. Segalanya dah tak bermakna lagi. Yang cukup menghairankan saya, begitu ramai yang merempit. Kereta saya pun nyaris bergesel dengan motor mereka. Fuh! Saya pula yang seram sejuk. Tak tahulah apa yang bermain dalam fikiran mereka. Langsung tak memikirkan risiko.

Berani sungguh! BERANI BUNUH DIRI…