Categories
Diari

Testimonial: Geng Satu Pengembaraan

Alhamdulillah saya berkesempatan menonton filem ini bersama isteri dan Syasya malam tadi. Memang seperti yang diperkatakan oleh Adam dan dipesan oleh Helmi, ia memang berbaloi sampaikan banyak kali tergelak dengan gelagat dalam filem ini. Memang menghiburkan. Syasya pun tidak berkelip mata tengok sampai habis. Saya takut Syasya tidur ja, maklumlah tonton jam 9.30 malam.

Pendek kata memang menghiburkan dan cukup berbaloi pi tengok bersama anak dan isteri. Tadi kat Alamanda penuh! Nasib baiklah saya buat online transaction, jadi mudah sikit. Oleh kerana ia sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat dan cukup menghiburkan, tidak hairanlah filem ini sudah pun mengutip RM1.75 juta dalam masa 4 hari pertama tayangan dan selepas 7 hari, sudah pun mencecah RM2.2 juta. Hmmm… Kalau trend sebegini berterusan saya jangkakan paling kurang boleh kutip RM5 juta dan mungkin mencecah RM8 juta!

 Kalau diikutkan saya ni memang jarang ambik tahu sangat bab kartun ni sampailah saya menghadiri World Congress On IT (WCIT) di KLCC tahun lepas. Ada satu booth MDEC yang menempatkan Los Copaque. Dari situ seorang rakan Qfirdaus menceritakan kepada saya perihal Upin dan Ipin. Saya pun tertanya-tanya, best sangat ka cerita tu. Waktu tu depa dah promo filem geng ni. Jangkaan akhir tahun 2008. Jadi saya pun ambik beberapa risalah dan bila balik terus buka youtube dan download. Wife saya dah lama dah tahu. Hehehe… Macam mana lah saya boleh ketinggalan zaman ni. Hehehe…

Syasya pulak memang cukup minat kepada Upin dan Ipin setelah menontonnya. Jadi selepas itu, barulah saya mengambil tahu perkembangan Upin dan Ipin ini serta produk oleh Les Copaque seperti filem Geng ini. Apa pun tahniah kepada animator tempatan yang berjaya membuktikan kemampuan kita setanding dengan animator barat. Syabas!

Masih tidak terlambat untuk anda menonton filem geng ini !

Categories
Diari

Geng: Pengembaraan Bermula


Sebagai menyambut cabaran Adam.

Petang semalam, saya tempah tiket secara online. Saya bukan kaki wayang dan masuk pawagam (istilah dari P. Ramlee dari perkataan Panggung Wayang Gambar) kali terakhir pun pada 2006 kalau tak salah saya. Waktu tu saya dengan wife dan seingat saya waktu tu jumpa dengan Pesa.

First time masuk pawagam ialah waktu kat Kulim dulu. Waktu kat MRSM PDRM, tu pun masuk guna tandas ja. Hehehe… Betul-betul masuk first time pi pawagam waktu kat Alor Setar dengan Zam dan Boss tengok cerita Saiful Apek. Boleh bilang berapa kali saya masuk pawagam. Hehehe…

Kali ni, saya try luangkan masa untuk Syasya dan harap dia tak tidur awal la sebab movie jam 9.30 malam. Nak tengok wayang ni pun kena cari time yang sesuai. Ada masa movie yang terus habis waktu  solat tambah pula Maghrib dan Asar singkat waktunya.

Malam ni, InsyaAllah saya, wife dan Syasya akan menambah hasil kutipan filem Geng ni. Hehehe… Buat tempahan online memang mudah. Cubalah layari Website GSC. Yang paling penting Syasya terhibur!

Categories
Diari

Gambar Anak Menakan Sulung

Update sikit…

Inilah gambar anak menakan sulung saya yang saya terima dari adik saya, Shaukhi. Rujuk Entri saya semalam.

Cute dan comel !

Categories
Jenaka

Jenaka: Jangan Bagi Ali Mengamuk !

Maka tersebutlah kisah di sebuah kampung bernama Pinang 18, namanya sebegitu kerana hanya terdapat 18 pokok pinang kat kampung tu,kira banyak jugakkan… tinggallah seorang orang yg gila bernama Ali (memang nama sebenar).  Ali tinggal seorang diri setelah kedua ibubapanya meninggal dunia. Pondoknya terletak di hujung kampung. Ada org kata, Ali ni mewarisi sifat gila dari bapanya..

Peristiwa tragis ini berlaku pada hari Jumaat. maka hendak dijadikan cerita, seperti hari2 jumaat yg lain, Ali akan pergi ke masjid utk menunaikan solat jumaat. sungguhpun dia ni gila..tapi dalam bab sembahyang dia tak pernah gila. Oleh itu kengkawan semua, contohilah sikap Ali ni, jgnlah miss solat. nnti kita lebih gila dari org yg gila.

Setelah selesai solat, Ali pun macam biasa nak bali! k rumah dia. Puas dicarinya selipar buruk kesayangannya, tapi tak berjumpa jugak. Benganglah si Ali ni sebab selipar dia dah kena curi. Dengan tergesa2..Ali masuk balik ke dalam masjid dan terus menuju ke microfon. Apalagi…dia pun buat pengumuman dengan suara yg ala2 ganaz lagi brutal…

“Kepada sesiapa yg curik kasut aku, tolong pulang balik, kalau tak aku akan buat macam yg arwah bapak aku buat tahun lepas!!!!”

Maka takutlah orang kampung Pinang 18. Almaklumler…orang giler ni kalau nak mengamuk punyalah dahsyat. Kalau tak guna parang, mesti tak thrill.

Tetiba datanglah seorang budak dengan wajah yg pucat lagi takut menjinjing selipar buruk Ali. Sambil tersengih2 budak tu berkata…

“Alaaa abang ni.. saya nak bergurau pun tak boleh..”
Ali menjegilkan biji matanya tanda geram sesangat kat budak tu. Lintang-pukanglah budak tu lari.

Setelah dapat selipar buruknya..Ali pun bersiap2 utk meninggalkan masjid. Pak Imam yg dari tadi memerhatikan kelakuan Ali cuba mendekatinya. Dengan rasa takut.. Pak Imam pun bertanya…

“Errrr…boleh aku tahu..apa yg arwah bapak ko buat bila dia tak dapat semuala selipar dia”

“Balik kaki ayamler…”jawab Ali dengan selamba rocknyerr…
Sumber: Gelakgiler
Categories
Diari

Alhamdulillah… Tahniah

Alhamdulillah… Ketika Maghrib tadi, adik saya, Mohamad Shaukhi dikurniakan cahayamata sulung perempuan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah. Nampaknya sama hari lahir dengan adik saya sorang lagi, Shukri. Boleh depa celebrate sekali birthday nanti. Hehehe…

Nampaknya Syasya dah ada saingan. Hehehe… Syasya kena ready dipanggil Kak Long la. Ini bermakna cucu kedua dalam family saya. Dua-dua perempuan. Saya pulak, InsyaAllah jika tiada halangan bulan September nanti. Tak tahulah lelaki ka perempuan tetapi yang paling penting selamat dan sihat semuanya.

Tadi adik memaklumkan anaknya terpaksa ditahan di NICU terlebih dahulu. Apa pun Tahniah… Bertambah meriah raya nanti. Saya pun tak pasti bila nak balik Kedah… Tak sabaq nak tengok anak menakan sulung. Hmmm… Nak bagi hadiah apa ya?

Categories
Jenaka

Jenaka: Lajunya Bapak Aku

“Di padang sebuah sekolah, nun jauh disudut kanan, ternampaklah tiga budak sedang bersembang. Mari kita amati dan teliti apa yang mereka sembangkan…

Budak A ” Bapak aku jadi ahli sukan, bapak hangpa kerja apa ”
Budak B dan Budak C menjawab ” Bapak kami pun ahli sukan jugak”.

Maka semua bapak mereka adalah ahli sukan….

Budak A meneruskan cerita..” Bapak aku jadi perejam lembing, punyalah cepat dia berlari sehinggakan setelah lembing direjam, bapak aku berlari dan menangkap lembing tersebut sebelum lembing itu jatuh ketanah ”

” Itu tak heran ” kata Budak B ” Bapak aku lagi tangkas, bapak aku masuk sukan menembak. Punyalah cepat dia berlari sehinggakan selepas peluru keluar daripada pistol, bapak aku sempat berlari dan menangkap peluru tersebut”

“Mari kita dengar cerita bapak aku pulak, aku rasa bapak aku yang paling cepat dalam bab lari ini” kata Budak C. ” Bapak aku kerja di Alor Setar tapi tinggal di Sungai Petani. Bila pejabat tutup pukul 4.30 petang, pukul 3.00 petang bapak aku dah ada di rumah. Bayangkan betapa cepatnya pak aku berlari. ”

sumber: Gelakgiler

Categories
Diari

Selamat Hari Lahir

Selamat Hari Lahir ke-20 diucapkan kepada adik saya Mohd Shukri yang kini sedang menuntut di Uitm Permatang Pauh. Semoga panjang umur dan murah rezeki, InsyaAllah… Belajar rajin-rajin agar dapat bantu mak dan abah.

Selamat Hari Lahir…

Categories
Diari

Ribut

Hmmm… Tadi selepas waktu pejabat, saya agak terkejut kerana kesesakan jalanraya yang amat teruk. Dari Taman Jaya, Bandar Tun Razak hinggalah ke Sungai Besi sesak teruk. Dari laluan Bandar Tun Razak ke Bandar Sri Permaisuri pun teruk tambahan pula lampu isyarat tidak berfungsi. Semua tak mahu mengalah. Jadilah kesesakan jalanraya yang amat teruk hinggakan saya yang naik motor pun tersangkut!

Saya singgah di pasar malam, sempat berbual dengan peniaga di situ yang maklumkan tadi ribut yang amat dahsyat. Katanya di Sungai Besi habis bumbung bumbung gerai terbang. Tak pastilah pulak sebab saya bekerja dalam bangunan dan tak perasan pun ribut. 

Bila saya balik rumah, terkejut sungguh bila tengok bilik tengah rumah saya dah banjir! Bilik yang saya ceritakan tentang komputer saya basah hari tu. Kali ni tingkap dah tutup tapi disebabkan angin terlalu kuat habis basah satu bilik. Langsung tak boleh bukak komputer! Aduh… Sayangnya. Jangan rosak cukuplah. Saya jemur bawah kipas dulu malam ni. Harap semuanya ok.

Buku-buku dalam bilik tengah habis basah. Yang cukup menghairankan saya, air bertakung sampai atas almari! Hmmm… Memang serik kalau jadi macam ni. Seingat saya jadi dahsyat macam ni waktu tahun awal 2006 dulu. La ni 2009 jadi balik dua kali!

Apa pun, Alhamdulillah sebab ia ujian kecil ja. Ada yang kena ribut sampai hilang tempat tinggal. Lepas ni kena buat kerja mengeringkan bilik tu!

Categories
Diari

Penangan Jdeveloper 11G Part II

Adoi, memang berbisa penangan Jdeveloper 11G ni. 18 Febuari ni adalah due date yang diberikan oleh My Boss untuk siapkan tugasan. Hmmm… Maknanya esoklah. Ketika ini pun saya masih lagi di pejabat cuba mencari solution yang sepatutnya sampai pening kepala dengan bermacam konsep dan architecture yang perlu saya fahami.

Team saya bertungkus lumus mempelajari teknologi yang masih baru di Malaysia ni. Rasanya kami satu-satunya group yang develope software menggunakan Jdeveloper 11G di Malaysia dan di dunia pun baru lagi. Memang pening nak dapatkan resource dan expertise. Asyik-asyik kena tanya pakcik google. Adoi… 

Banyak cabaran dan halangan yang perlu ditempuhi. Paling utama ialah tugasan lain yang diberikan. Nak maintain fasa 1 lagi, nak masuk meeting itu dan ini lagi. Saya sampaikan dah bosan sebab asyik meeting ja. Kalau nak buat programming kena ada kosentrasi yang tinggi tapi elok nak dapat ilham ada yang call minta tolong itu ini. Adoi, bila nak dapat buat ni. Mulai semalam, saya dah bertekad nak ketepikan dulu kerja lain sebab nak kena kejar dateline. Kalau kerja semata-mata buat development, tak kisah sangat tapi dengan banyak lagi tugasan lain, memang membebankan…

Satu lagi masalah ialah resource PC saya. La ni processor memanglah 3.2GHz tapi bukan core 2 duo. RAM walaupun 2GB tapi bila gunakan Jdeveloper 11G, minimum requirement ja dah 2GB! Kalau minimum 2GB, kena ada kurang kurang 3GB atau 4GB baru boleh lakukan tugas dengan selesa. Apa yang jadi la ni, saya asyik kena restart PC sebab dah sampai limit dan hang. Memang tension buat kerja macam ni.

Apa pun, saya kena cuba selesaikan walaupun memang amat mencabar dan tertekan. Dok kat rumah pun asyik terfikir benda ni ja. Hmmm… Kalau tak dapat jugak selesai, terpaksalah tahan telinga bila My Boss marah. Adoi, ngerinya saat itu!

Categories
Diari

Eksiden

Hmmm… Tengari tadi sewaktu rehat, saya bergegas ke sekolah isteri saya untuk hantar lap top rakannya. Setelah itu terus saya bergegas nak berehat sekejap di rumah. Saya mengikuti sebuah pajero merah dari sekolah dan keluar dari simpang. Tiba-tiba Pajero tu berhenti dan bagi signal nak buat U-turn, saya hairan  kerana simpang tersebut mana boleh buat U-turn kerana dikhaskan untuk kereta membelok masuk ke Apartmen Sri Penara sahaja. 

Saya pun teruskan perjalanan tetapi tiba-tiba ada sebuah kereta membelok masuk ke Sri Penara dan saya cuba mengelak tetapi tetap bertembung sedikit dengan kereta tersebut. Pedih sikit di kaki tetapi tidak luka manakala kereta tersebut pecah nombor pendaftaran kenderaannya. motor saya tiada kerosakan langsung. Alhamdulillah selamat.

Lalu pemandu terbabit minta maaf kerana salah beliau. Beliau maklumkan terlindung dengan pajero yang nak buat U-turn tu. Silap tak sempat nak ambil nombor pendaftaran pajero tersebut. Apa pun, Alhamdulillah semuanya selamat.

Moral of the story, Jangan buat U-turn ditempat yang tak sepatutnya kerana kadangkala ia menyusahkan orang lain !