Categories
Diari

Bisnes Yang Menguntungkan

Biasanya petang hujung minggu, saya dan isteri akan membawa Syasya ke Taman Permainan di Taman Tasik Permaisuri. Saya akan berjogging dahulu sambil isteri melayan Syasya dan kemudiannya bila saya habis berjogging, saya akan mengambil alih tugas melayan Syasya.

Dan biasanya saya akan nampak satu bisnes yang menguntungkan menggunakan modal yang cukup murah dan sedikit kemahiran.

Bisnes yang saya maksudkan ialah menjual belon. Cuma bezanya belon ini dibentuk menjadi patung atau haiwan dll. Apa yang saya perhatikan, sebiji belon yang dibentuk akan dijual pada harga RM2. Modalnya kalau ikutkan hanya RM0.10 atau RM 0.20. Cuma sedikit kemahiran diperlukan untuk membentuk belon tersebut.

Dalam masa tak sampai sejam, saya lihat boleh laku hingga 30 biji belon. Memang menguntungkan! Bagi yang masih dalam proses mencari kerja, rasanya boleh cuba buat kerja ni dulu sebelum dapat kerja tetap atau pun sesiapa yang kehilangan kerja waktu zaman gawat ni. Rasanya, berbaloi kan?

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.