Categories
Diari

Scan Baby

Isnin lepas, saya menghantar wife ke Klinik Sri Permaisuri untuk monthly medical check up. Hmmm… ramainya orang malam tu ditambah pula saya yang agak letih + kurang sihat. Rasa macam nak mintak MC ja tapi memikirkan banyak kerja yang perlu dibereskan, saya gagahkan juga.

Kali ni, Dr scan tapi still tak nampak jantinanya kerana ia dalam keadaan mengiring. Alhamdulillah cukup sifatnya. Memang terasa cukup tersentuh menyaksikan imej di monitor tersebut.

Cuma waktu ni, keadaan baby amat aktif dan kepalanya berada di atas, dalam erti kata lain songsang. Tapi InsyaAllah nanti akan kembali ke tempat asal. Apa pun, banyak perkara yang harus dilakukan selepas ini.

Tak tahu jantina lagi, lebih mendebarkan dan menarik. Saya menerima apa sahaja kurniaan Allah. Alhamdulillah…

p/s: Hmmm… Tak keluaq lagi dah panggil baby. Hehehe…

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.