Categories
Diari

E-filing

Hari ini adalah hari terakhir untuk rakyat Malaysia yang berkenaan melaksanakan tanggunjawab masing-masing. Alhamdulillah, saya buat pertama kali mendaftar untuk urusan percukaian. Jumaat lepas, saya dah pun membuka fail cukai setelah tidak dapat berbuat demikian tahun lepas akibat denggi.

Terima kasih juga kepada sahabat yang bertugas di LHDN yang sudi meluangkan masa selama 30 minit untuk membantu saya mengisi e-filling. Kalau tanpa bantuan beliau memang blur jugak nak isi. Nak isi boleh tapi nak isi dengan tepat.

Banyak pelepasan yang boleh kita dapat. Kalau anda rajin beli buku, jangan lupa simpan resit tersebut. Ada lagi macam insurans nyawa dan jugak kalau anak ramai, lagi banyak pelepasan cukai yang diperolehi.

Kepada anda yang masih belum berbuat demikian, cepat-cepat laksanakan tanggungjawab anda kepada negara !

Komen

5 replies on “E-filing”

Salam ukhwah,
Secara kebetulan saya jenguk ke laman saudara dan dari pembacaan saya di beberapa tajuk tulisan saudara, saudara berkerja di PPUKM ke? Kalau yea, kita ni satu tempat kerja la. Tq.

amANI,

Aik gaji besar pun lepas jugak ka? Hehehe…

Fairuz Mohd Rafdzi,

Tepat sekali di PPUKM (Fomerly known as HUKM). Saya rasa kenal dengan saudara. Tak pa, nanti boleh kenal dengan lebih lanjut.

Salam Ukhwah

Amani,

Betul tu. Diri sendiri sahaja dah tolak RM8K. Seorang anak RM1K. Kalau dua RM2K. Kalau ada beli komputer, boleh dapat pelepasan hinggan RM3K. Kalau insurans Nyawa dan KWSP boleh dapat sampai RM6K. Beli buku boleh dapat pelepasan sampai RM1K.

Semua resit-resit ni kena simpan dalam masa 7 tahun dan jika LHDN nak tengok, kena bawak ke LHDN yang berdekatan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.