Categories
Khidmat Masyarakat

Khidmat Masyarakat: Adik Irsyad Azizan

Marilah kita sama-sama menjalankan kewajipan sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dengan menyumbangkan yang termampu untuk Adik Irsyad bin Azizan yang mengalami penyakit kulit kronik sejak berumur 6 bulan.

Berusia setahun 10 bulan dan berasal dari Kampung Siput, Mukim Siong, Baling, Kedah Darul Aman

Untuk menyumbang,

BSN GIRO – AZIZAN YUSOF : 07112-29-0000-1963-7
No telefon : 013-5049190

Di atas, adalah salah satu projek khidmat Masyrakat Komuniti HKC. Sama-samalah kita membantu meringankan beban mereka yang tidak bernasib baik.

Jika anda mahukan kepastian dan memberi bantuan lain, anda bolehlah terus menelefon nombor yang tertera di atas. Terpulanglah kepada anda berapa yang anda ingin bantu yang penting ikhlas dan kadang kala walaupun amaun itu kecil bagi kita tetapi ia amat besar bagi orang yang menerima.

La ni, BSN pun dah ada cash deposit machine. Kalau yang ada online banking tu, boleh sahaja transfer dengan mudahnya.

Saya tutup entri kali ini dengan Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : “Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan ALLAH dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), ALLAH sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.”
[Surah Al- Baqarah, Ayat 265]

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.