Categories
Diari

Earth Hour Updated

Hmmm… Alhamdulillah malam tadi berjaya juga menunaikan misi earth hour dengan memadamkan lampu di rumah selama satu jam. Dengan kurangnya penggunaan tenaga ini akan berkuranglah juga Karbon Dioksida yang dikeluarkan sekaligus mengurangkan sekelumit pemanasan global.

Sebenarnya ada yang masih skeptikal terhadap kempen ini. Ada yang mengatakan, “jimat sejam lepas tu membazir kembali, baik tak payah”. Bagi saya ia adlaah satu proses untuk menyemai kesedaran. Walaupun nampak kecil tetapi apabila sama-sama melakukannya sedikit sebanyak kesedaran akan timbul kerana proses untuk menyemai kesedaran ini amatlah sukar dan ia harus dimulakan secara sedikit demi sedikit kerana banyak faktor persekitaran.

Ada yang menyatakan, “Ada isu yang lebih besar, kenapa tumpu kepada isu kecik macam ni?”

Memang, ada isu lain yang lebih besar tetapi ia tidak bermakna isu-isu kecil harus dilupakan. Isu alam sekitar sebenarnya bukan isu kecil. Is sebenarnya merupakan isu yang amat besar. Lihatlah alam ketika ini begitu kelam kabut. Hujan tambah tambah di KL ni, tak menentu! Sampaikan ribut melanda dan rumah saya pun terkena tempiasnya.

Apa pun, bertitik tolak dari usaha kecil kita semalam, marilah kita sama-sama mengorak langkah bagi melestarikan bumi kita.

Malam tadi waktu tutup lampu jam 8.30 malam, terus Syasya kata kat wife saya, “Syasya tak mau tidor lagi!”. Nak tergelak saya dengar. Hehehe…

Sambutan di Kondo Bayu Tasik

Kemudian bila saya sedang gunakan komputer, Syasya datang kepada saya dan katakan, “Syasya takut!”. Terus saya suruh dia tidur atas bahu saya. Hmmm… Sambutan di sekeliling pun agak memberangsangkan dan dari rumah saya nampak view sebahagian KL yang bergelap.

Sambutan di Kondo Bayu Tasik 2

Apa pun ia cuma langkah permulaan, kita kena terus melangkah!

Komen

One reply on “Earth Hour Updated”

syabas!! walaupun saya di kapit..kawasan yang masih menghijau dan jauh dari pembangunan..kami tetap menyokong kempen ini..bukan setakat lampu rumah…lampu kereta pun tak bernyala malam tadi…(maksudnya tak kuar rumah) hahaha..

selamatkan bumi..sg rejang ni pun semakin keruh warnanya..aduh!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.