Categories
Diari

Nombor Ekor

Hmmm… Beberapa malam lepas saya keluar dari rumah untuk membeli makanan. Di hadapan Apartment saya ada sebatang jalan dan di sebearang jalan itu terdapat seorang penjual akhbar Berbahasa Cina menjual akhbar Cina edisi malam.

Kemudian sewaktu saya nak melintas jalan, saya tengok ada mamat Bangla menghampiri penjual tersebut. Saya terus perhatikan sebab maybe Mamat Bangla ni pandai Bahasa Cina dan nak beli paper Cina tapi rupanya bila sampai di situ di mengambil sehelai kertas kecil dan membayar 30 sen.

Lalu saya terus menjenguk kat tempat tu, kertas apa yang harganya 30 sen ruapa-rupanya keputusan nombor ekor! Hmmm.. Teringat pulak zaman saya sekolah rendah dulu. Waktu darjah satu dan satu semester darjah dua saya naik bas sekolah. Bas Pak Mat.

Sewaktu darjah satu, saya bersekolah pagi. Sewaktu darjah dua, saya bersekolah sesi petang. Ketika balik, Bas akan melalui Jalan Telok Wan Jah dan abang konduktor bas akan berhenti beli keputusan nombor ekor. Waktu tu harganya 10 sen kot. Kertas yang lebih kurang sama dengan yang saya tengok beberapa hari lepas. Antara tempat yang ada jual waktu tu, di Jalan Datuk Kumbar dan depan Kolej Sultan Abdul Hamid.

Seingat saya begitulah. Cuma bila tengok Mamat Bangla tu beli teringat zaman dulu dan ingatkan zaman dah berubah, orang tengok Internet. Hehehe… Apa pun tikam nombor ekor adalah Haram di sisi Islam. Tak berkat!

Komen

5 replies on “Nombor Ekor”

Biasa dilihat di sini juga. Orang panggil Mapiau.

Ada satu pakcik yang berniaga burger dan kuih-kuih tempatan. Lewat petang dia mula berniaga. Di gerai dia juga ada menjual surat khabar cina lewat petang dan juga bersama atau berasingan dengan kertas keputusan nombor ekor ini.

Pakcik ini Melayu Islam. Dah nama pakcik pasti ada isteri dan anak-anak kan. Dah cemana?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.