Categories
Diari

Jangan Salah Sangka

Situasi 1

Ketika saya membasuh muka di TandasĀ  pejabat, tiba-tiba seorang wanita masuk. Tersirap darah saya terkejut ! Lepas tu terus wanita tersebut minta maaf dan maklumkan dia terkeliru dengan arah tandas. Hmmm… Rasanya jelas. Tapi tak apalah saya terangkan kepada dia tandas wanita di sebelah.

Kemudian dia keluar dari tandas saya pun memang nak keluar. Lepas tu ada seorang rakan perasan seorang wanita keluar dari tandas lelaki dengan saya. Dia senyum mengusik.

Situasi 2

Saya bercerita dengan mak cik cleaner di Apartment saya berkenaan kes vandalisma dalam lif. Saya ingat kot topik tu biasa sahaja tetapi Mak cik cleaner tu tiba-tiba menghamburkan kemarahannya terhadap perbuatan vandalisma.

Gaya ceritanya seolah-olah memarahi saya kerana dia bercerita dengan penuh emosi kena mop air kencing tiap-tiap hari. Kemudian dia marahkan orang yang suka buang sampah dalam lif. Bia dia tengah rancak meluahkan perasaannya baru saya perasan yang ada orang ingat dia marahkan saya kerana perbuatan vandalisma.

Hmmm… Saya buat tak tahu sahaja pandangan orang.

Ulasan

Kadang kala apa yang kita lihat dan dengar itu tidak mencerminkan perkara sebenar. Sebab itu kita harus sentiasa bersangka baik kerana banyak perkara yang harus kita lihat secara teliti sebelum membuat keputusan.

Yang paling penting kepada kita ialah bersangka baik tetapi ada batasannya…

Firman Allah swt yang bermaksud :” Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan prasangka buruk, sesungguhnya sebahagian dari prasangka buruk itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati, maka tentunya kamu merasa jijik dan bertaqwalahh kepada Allah swt, sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi maha penyayang“. (Surah Al-Hujurat : Ayat 12)

Jangan Salah Sangka !

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.