Categories
Diari

Testimonial: Geng Satu Pengembaraan

Alhamdulillah saya berkesempatan menonton filem ini bersama isteri dan Syasya malam tadi. Memang seperti yang diperkatakan oleh Adam dan dipesan oleh Helmi, ia memang berbaloi sampaikan banyak kali tergelak dengan gelagat dalam filem ini. Memang menghiburkan. Syasya pun tidak berkelip mata tengok sampai habis. Saya takut Syasya tidur ja, maklumlah tonton jam 9.30 malam.

Pendek kata memang menghiburkan dan cukup berbaloi pi tengok bersama anak dan isteri. Tadi kat Alamanda penuh! Nasib baiklah saya buat online transaction, jadi mudah sikit.¬†Oleh kerana ia sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat dan cukup menghiburkan, tidak hairanlah filem ini sudah pun mengutip RM1.75 juta dalam masa 4 hari pertama tayangan dan selepas 7 hari, sudah pun mencecah RM2.2 juta. Hmmm… Kalau trend sebegini berterusan saya jangkakan paling kurang boleh kutip RM5 juta dan mungkin mencecah RM8 juta!

¬†Kalau diikutkan saya ni memang jarang ambik tahu sangat bab kartun ni sampailah saya menghadiri World Congress On IT (WCIT) di KLCC tahun lepas. Ada satu booth MDEC yang menempatkan Los Copaque. Dari situ seorang rakan Qfirdaus menceritakan kepada saya perihal Upin dan Ipin. Saya pun tertanya-tanya, best sangat ka cerita tu. Waktu tu depa dah promo filem geng ni. Jangkaan akhir tahun 2008. Jadi saya pun ambik beberapa risalah dan bila balik terus buka youtube dan download. Wife saya dah lama dah tahu. Hehehe… Macam mana lah saya boleh ketinggalan zaman ni. Hehehe…

Syasya pulak memang cukup minat kepada Upin dan Ipin setelah menontonnya. Jadi selepas itu, barulah saya mengambil tahu perkembangan Upin dan Ipin ini serta produk oleh Les Copaque seperti filem Geng ini. Apa pun tahniah kepada animator tempatan yang berjaya membuktikan kemampuan kita setanding dengan animator barat. Syabas!

Masih tidak terlambat untuk anda menonton filem geng ini !

Komen

4 replies on “Testimonial: Geng Satu Pengembaraan”

tu la mmg best cerita ni smpi tiket pun sold out..kesian anak saya nak tgk minggu lepas tak jadik..sib baik esok (ahad) dapat tiket. Nasib baik ada pak sedara dia sudi nak bwkkan..kalu kami mmg takla..sbb hero tak sihat2 pun lagi.

Kutipan dah berjuta2 kan??? Bangga dgn hasil kerja anak tempatan..

Hai, sy Diin dari les copaque production. Thanx kerana menonton dan mnyokong filem serta produk kami.kami d sini sgt gembira kerana berjaya menghiburkan anda sekeluarga. Jgn lupe promot filem kami kat sadare mare yg lain! Doakan kami d sini trus bjaya ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.