Categories
Diari

Aduhai Komputerku

Tadi sewaktu saya balik dari pejabat selepas hujan lebat reda, terus saya masuk ke bilik tengah untuk on komputer. Kemudian saya keluar dari bilik dan kemas sikit rumah dan selang beberapa lama saya masuk balik ke bilik tetapi tengok Monitor gelap ja.

Terus saya reset dan onkan semula sambil keluar dari bilik dan ke peti ais untuk minum. Kemudian saya masuk balik tengok gelap lagi monitor ni. Aik, tak kan Syasya main kot. Check sekali lagi, Ya Allah! air bertakung atas meja dan saya dapati monitor saya basah dan air dah masuk ke dalam. Macam mana saya tak boleh perasan dari awal tadi. Adoi! Kena jemur dulu lah monitor ni. Jangan rosak sudahlah…

Hmmm… Awat tak tutup tingkap aih… Saya tanya wife dan yang bestnya kami dua-dua tak mengaku siapa yang bukak tingkap tu. Hehehe… ¬†Hmmm… Nasib baik CPU dan modem ok ja. Kalau nak online lepas ni dari rumah, kenalah pakai lap top wife saya.

Harap-harap ia tak rosaklah…

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.