Categories
Diari

Derhakakah?

Derhakakah Tun Perak apabila tidak melaksanakan titah Sultan Melaka membunuh Hang Tuah?

Derhakakah Hang Jebat menuntut bela penindasan ke atas Hang Tuah?

Komen

6 replies on “Derhakakah?”

cikgu nak huraikan situasi tun perak dan hang jebat dgn situasi di perak kah? hehehehe..

siapa jadi hang jebat dan tun perak cikgu?

siapa pula yang bakal jadi hang tuah?

siapa pula yang tersenyum lagak laksamana portugis menanti runtuhnya kota melaka?

dan berapa ratus tahun lagikah melayu dan islam akan diperlekehkan dibumi bertuah ini?

hikayat dulu jebat menderhaka cuma membela tuah..

sekarang muncul spesis jebat yang lain dari dulu ‘membela’ politik kesamarataan yang menguris hati banyak pihak..

“jebat” harini ramai muncul skrg tempelan semata2..memecahbelahkan persaudaraan..sesama kita..sesama agama..

“tuah” bisu seribu bahasa

“laksamana portugis” terus ketawa lihat jebat dan tuah terus bersengketa..

maka akan muncul pula penglipurlara armada ” Francs Light” konon2nya nak jadi hero…

muncul pula stamford raffles ‘melalak’ mengakui gagah perkasa..

hehehe..sejarah akan berulang? banyak kali dah tepuk dada ni..melayu sentiasa lupa dan alpa..

Ariep,

pernahkah dapat penjelasan sebenar apa yang berlaku? Sekarang ni ramai yang hanya mendengar cerita yang dimomokkan oleh media sahaja tanpa memberi peluang kepada orang yang dituduh ruang secukupnya untuk mempertahankan diri !

Mengapa tidak diberi ruang secukupnya untuk membela diri? Nyata wujud ketidakadilan berlaku di sini disebabkan takut kerana salah.

Sebab itu saya tulis artikel Mengapa Kita Ada Dua Telinga.

Yang benar tetap akan benar tetapi akan menghadapi seribu macam kesukaran sebelum ia jelas tertegak kerana kita hidup di akhir zaman. Di mana golongan jahat dipandang mulia sedangkan ulama dipersenda.

Sebab itu kita harus berfikir secara tuntas, kreatif, kritis dan di luar kotak. Melihat segalanya dengan penuh teliti dan memahami apa yang terjadi.

saya bukanlah suka berbicara ttg politik..politik tidak salah namun “orang2” yang berada dalam kekalutan dan kecamuk kuasa ini menyebabkan perpecahan..

saya bukan tidak kreatif atau tidak berfikir diluar kotak, namun media tak kira dari mana2 belah pihak bercelaru..yang jadi mangsa rakyat..

kalaulah mereka ini jujur memperjuangkan rakyat, mereka akan sentiasa sedar keutamaan yang perlu didahulukan..

cikgu, jangan salah anggap ye..saya cuma nyatakan metafora diatas agar kita imbas smula bagaimana tanah air kita tergadai dek percaya kepada orang luar, tidak taat setia kepada bangsa, agama , negara dan sultan..dek tamatkan kuasa dan segalanya ..saya tetap ada telinga untuk

tiada niat tersembunyi..saya tetap saya..tidak suka politik yang menjengkelkan..

mantan MB perak tu ulama kah cikgu? saya tak pasti..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.