Categories
Diari

Pelanduk Dua Serupa

Mungkin bagi yang selalu membaca blog saya sebelum ini sudah pun tahu cerita yang ingin saya sampaikan. Ia kembali segar dalam ingatan saya apabila saya menghadiri kenduri adik angkat saya di Felda Jelai 2, Gemas, Negeri Sembilan Ahad lalu.

Mak Angkat saya maklumkan kepada saya yang mulanya dia tersentap menatap wajah saya dan nak luruh jantung tetapi disebabkan dia ingat saya, dia rasa lega kembali. Apa masalahnya? Bagi yang dah baca sebelum ni pasti tahu.

Selesai saya makan, ramai adik beradik keluarga angkat saya berkumpul di meja kenduri. Di suatu sudut saya menyaksikan seorang wanita menangis dan saya kenal benar wanita itu. Serba salah jadinya saya. Saya sukar nak beri reaksi ketika itu dan benar-benar rasa bersalah dan tak tahu nak buat apa tetapi saya tenangkan diri saya.

Wanita itu adalah adik ipar mak angkat saya yang arwah suaminya mereka dakwa sama seperti wajah saya. Hmmm dan ahli keluarga mereka pun mengatakan perkara yang sama. Saya dapat merasai betapa pilunya hati seorang wanita yang kehilangan suami yang amat dikasihi tetapi kemudiannya tersjumpa seorang lelaki yang amat mirip dengan wajah arwah suaminya. 

Kata mereka, cara saya senyum, jalan, bercakap saling tak tumpah seperti arwah. Itu menjadikan saya bertambah serba salah dan saya rasa sedikit sebak. Tapi semua itu adalah kuasa Allah. Allah yang menentukan segala-galanya. Tetapi tangisan wanita itu memang tidak dapat saya lupakan…

Komen

One reply on “Pelanduk Dua Serupa”

Majlis Ilmu Di Masjid Baitul Aman

Kesemua Majlis Ilmu seperti jadual dibawah ini akan diadakan di Masjid Baitul Aman 102 Jalan Damai di Jalan Ampang, Kuala Lumpur:
Majlis Bacaan Ratib Al-Haddad serta Syarahan dan Huraiannya setiap Selasa malam Rabu selepas Solat Maghrib
Hari Sabtu 20 Dec 2008 mulai Solat Maghrib sehingga jam 9:30 malam huraian buku berjudul ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’
Hari Ahad 21 Dec 2008 mulai Solat Maghribhuraian buku berjudul ‘Dakwah yang Sempurna dan Peringatan yang Utama’
http://pondokhabib.wordpress.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.