Categories
Rencana

Alor Star dipilih Bandar Raya Masa Depan Asia

ALOR STAR Alor Star dipilih sebagai Bandar Raya Masa Depan Asia dalam kategori bandar raya kecil di rantau berkenaan, baru-baru ini oleh majalah terkemuka antarabangsa, itu bagi tahun 2007 dan 2008.

Pengiktirafan ke atas ibu negeri Kedah itu mengambil kira beberapa kategori termasuk potensi ekonomi, pelaburan dan perniagaan di bandar raya berkenaan.

Menurut majalah tersebut, Alor Star berada di tangga pertama bagi kelompok enam bandar raya kecil terbaik di Asia diikuti Newcastle (Australia) di tangga kedua, Jeju (Korea Selatan), Taoyuan (Taiwan), Gifu (Jepun) dan Ipswich (Australia).

Sementara itu, bagi anugerah Bandar Raya Masa Depan kategori bandar raya Asia, ia diraih oleh Hong Kong diikuti Singapura, Taipeh (Taiwan), Melbourne (Australia), Dalian (China), Shijiazhuang (China), Bandaraya Quezon (Filipina), Bandaraya Cebu (Filipina), Guangzhou (China) dan Bandaraya Davao (Filipina).

Bagi lima kelompok terbaik kategori potensi ekonomi, Hong Kong berada di depan diikuti Singapura, Dalian (China), Guangzhou (China) dan Quezon (Filipina).

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika ditanya mengenai kedudukan tersebut, berkata, ia adalah satu penghargaan kepada negeri Kedah yang terbukti berjaya dalam menarik ramai pelabur.

”Ia perkembangan yang baik untuk Kedah dan kita mengharapkan anugerah tersebut akan memastikan negeri ini terus menjadi daya tarikan kepada pelabur,” katanya. 

source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_07.htm (24/11/2008)

p/s: Nanti saya akan komen tentang “Alor Star”

Komen

One reply on “Alor Star dipilih Bandar Raya Masa Depan Asia”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.