Categories
Diari

6 Tahun: Suatu Bingkisan Ringkas

Alhamdulillah, semalam genap enam tahun saya merantau ke Kuala Lumpur ini. Cukup banyak yang telah saya pelajari dan juga kesilapan yang telah saya lakukan. Sesungguhnya ia merupakan suatu pengalaman yang amat berharga dan tidak ternilai. Mulanya saya tidak berhasrat untul berada lama di kota yang penuh dengan pelbagai cabaran ini tetapi akhirnya, mungkin saya terpaksa mengakui yang rezeki saya sememangnya di sini.

6 tahun bukanlah suatu tempoh yang singkat. Kalau anak-anak dah nak masuk darjah satu. Begitu juga dengan pengalaman yang saya kutip selama ini. Dalam persekitaran yang serba individualistik ini, sebenarnya masih lagi terdapat  suasana kejiranan yang saya inginkan tetapi tidak banyak. Apa yang perlu kini ialah, saya mencari jalan bagaimana untuk mengatasi semua ini dengan penuh bijaksana.

Paling saya risaukan ialah perkembangan anak-anak saya. Bagaimana pendekatan yang terbaik untuk membesarkan mereka dalam suasana sebegini. Sememangnya langsung tidak sama dengan suasana saya membesar dahulu. Peningkatan kes-kes jenayah dan kebejatan sosial yang lain harus saya lihat dengan penuh teliti agar ia tidak menjangkiti anak-anak saya.

Lantas saya sudah pun merangka perancangan-perancangan tertentu untuk itu dan saya sentiasa berdoa agar ia berjaya. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang.

Dari segi kerjaya, terlalu banyak yang saya tidak berpuas hati tentang pencapaian saya. Saya kena berusaha dengan lebih gigih dan tekun. Banyak yang perlu saya perbaiki. Jika perlu ‘melompat’ untuk mencari cabaran baru, saya perlu lakukannya. Buat masa ini, saya akan terus berjuang. Mudah-mudahan berjaya, InsyaAllah…

Sekadar coretan ringkas setelah enam tahun berkelana di sini…

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.