Categories
Khidmat Masyarakat

Khidmat Masyarakat: BANTUAN KECEMASAN GEMPA BUMI & TSUNAMI SULAWESI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

YBhg. Prof./ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/Puan,

 

 

Tabung kutipan bencana Sulawesi bagi membantu mangsa bencana gempa bumi dan tsunami Sulawesi telah dilancarkan di UKM Kampus Kuala Lumpur mulai 02 Oktober 2018 hingga 12 Oktober 2018. Tabung-tabung akan diletakkan di dalam Surau Ibnu Sina dan di sekitar bangunan Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

Sumbangan juga boleh dilakukan melalui cek dan perbankan internet seperti berikut:

No. Akaun Bank Islam   : 14256010004133
Atas nama                      : Surau Ibnu Sina Hopital UKM 
Rujukan                          : Tabung Bencana Sulawesi

(Sila Whatsapp resit ke En. Zamri: 019-3234686) 

Hasil kutipan sumbangan akan diserahkan kepada pihak MERCY Malaysia pada 12 Oktober 2018.

Keprihatinan dan jasa baik YBhg. Prof./ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/Puan dalam memberi sumbangan amatlah dihargai.

Sekian makluman, terima kasih.

Categories
Diari

Lonely Shepherd

Bila malam ketika memandu, saya selalu melayan sinar.fm yang dikendalikan oleh Jamal Jamaluddin. Paling saya tertarik adalah dengan iringan irama merdu Lonely Shepherd oleh Georghe Zamfir. Sungguh indah dan mengasyikkan. Hayatilah…