Categories
Diari

Masjid An-Najihin

Alhamdulillah, tadi saya dapat bersolat Jumaat di Masjid yang baru dibuka di Bandar Sri Permaisuri ni. Kalau tidak, saya terpaksa ke Masjid Saidina Osman Al-Affan atau Masjid Zubbair Ibnu Awwam yang mana kedua-duanya bila hari Jumaat, cukup padat. Kalau waktu Solat Fardhu biasa ni, tahu tahulah betapa lengangnya.

Walaupun baru dibuka, nampaknya ia sudah cukup padat dan mujurlah masjid ini mempunyai tiga tingkat ruang solat. Sebenarnya perkembangan Masjid ini, memang saya ambil tahu melalui seorang rakan yang memantau projek pembinaan Masjid ini dan diharapkan dengan pembukaan Masjid baru ini, ia dapat dimanfaatkan oleh semua golongan seperti yang dimaksudkan dalam Khutbah tadi yang berkisar tentang fungsi Masjid.

Hmmm… Saya tak lama jadi anak kariah masjid ini kerana akan berpindah ke Cheras Baru pada  penghujung tahun ini. Cuma, masih sedih bila lihat, masih ramai kaum muslimin yang lebih pentingkan perniagaan daripada Solat Jumaat walaupun masjid sudah pun dekat dengan lokasi perniagaan mereka.

Mari kita refresh semula Syarat Wajib Solat Jumaat:-

Syarat wajib solat Jumaat:

1.Islam – tidak wajib bagi orang kafir.
2.Baligh – tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
3.Berakal – tidak wajib bagi orang yang gila.
4.Merdeka – tidak wajib ke atas hamba abdi.
5.Lelaki – tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
6.Sihat – tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
7.Bermastautin atau bermukim – tidak wajib bagi orang yang musafir.

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya],” – Al-Jumu’ah: 9

Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat manfaat, InsyaAllah…

Categories
Tips Komputer

Tips Komputer: Meningkatkan Prestasi Jdeveloper 11G

Kahmis lepas, setelah dapat beretmu dengan Lim Boon Jien dari Oracle Singapore, saya rasa teruja bertemu beliau yang cukup pakar dalam architecture J2EE dan Jdeveloper. Memang banyak petua yang dapat saya pelajari. Bagi anda yang menggunakan Jdeveloper 11G, sudah pasti akan merasai isu performance PC. Bila anda run Jdeveloper 11G, anda kaan terasa PC anda begitu perlahan memproses dan progress Jdeveloper menjadi amat perlahan sehinggakan anda boleh pergi minum atau buat kerja lain dahulu. Ini merupakan salah satu faktor yang membuatkan saya bencikan Jdeveloper 11G.

Bila diajukan masalah tersebut kepada Boon Jien, beliau memberi tips berikut:-

1. Buka direktori berikut:  G:\Oracle\Middleware\jdeveloper\ide\bin (Terpulang kepada anda, di mana anda install Jdeveloper 11G anda. Dalam kes saya, saya install dalam Drive G)
2. Buka fail ide.conf menggunakan Word Pad @ notepad
3. Kemudian ubah parameter berikut:-

AddVMOption  -Xmx512M (default/nilai lalai) tukar kepada AddVMOption -Xmx999M atau apa-apa nilai mengikut kemampuan memori PC kita.

4. Save file tersebut dan guna Jdeveloper 11G anda. Anda akan rasa sedikit  Jdeveloper anda bertindak dengan lebih laju.

Apa pun, saya dah dapat PC baru yang lebih berkuasa untuk run Jdeveloper 11G ini. Lega sikit nak mula explore Jdeveloper 11G ni…

Oklah entri kali ni khas untuk sesiapa yang menggunakan Jdeveloper 11G sahaja !

Sebelum saya tutup entri saya marilah kita renungi kata-kata ini, “You’ve got to get up every morning with Determination if you’re going to bed with satisfaction” (Anda perlu bangun setiap pagi dengan keazaman jika anda mahu masuk tidur dengan kepuasan.)