Categories
Diari

Anda Dapat ini?

Selepas pulang dari kerja semalam, saya buka peti surat di apartmen saya. Saya lihat satu sampul TNB beralamatkan rumah saya. Aik! Kenapa TNB hantar surat kepada saya? Ada tertunggak ka? Setahu saya, selalunya saya bayar tepat pada masanya.

Bila dibuka, rupa-rupanya Bil elektrik!

Eh, cara baru ka TNB hantar bil elektrik ke rumah ka? Selalunya bil tu tak dimasukkan dalam sampul surat pun. Ni siap bersampul dan bergam lagi.

Anda dapat begini jugak ka?