Categories
Diari

Karnival Drypers 2009

Hari kedua cuti, saya dan isteri serta Syasya ke Taman Tasik Titiwangsa. Memang berhajat nak ke Karnival Drypers beli lampin pakai buang anak. Kot- kot ada harga menarik.

Elok sahaja sampai, nampak macam tak meriah ja tapi bila petugas karnival mai tegur dan ajak join, memang rasa excited. Boleh main beberapa permainan secara percuma dan kalau berjaya dapat hadiah pulak tu. Tak berjaya pun dapat hadiah. Awal-awal lagi dah dapat topi Drypers untuk Syasya.

Mulanya depa akan bagi satu kertas. Di setiap stesen, kita kena dapatkan sticker dan dilekatkan di kertas tersebut. Jika penuh stiker tersebut, anda dapat tukarkan dengan cenderahati yang disediakan oleh penganjur. Ada enam stesen yang harus dikunjungi.

Mula-mula main baling gelang. Dapat hadiah mini sofa Drypers.

Kemudian masukkan bentuk dalam kotak yang sepadan. Yang ni dapat bantal Drypers.

Lepas tu, jig saw puzzle. Yang ni dapat sample Drypers. Badut pulak akan bagi belon yang dibentuk menjadi pedang dan beruang.

Lepas tu boleh naik trak Drypers. Situ disediakan ruang anak-anak bermain permainan, ruang untuk ibu menyusu dan ruang salin pampers berhawa dingin. Yang bestnya waktu tu boleh tukar lampin dengan percuma. Yang best lagi, boleh try lampin yang macam seluar tu. Hmmm… Seronok Syasya hari ni dapat main macam-macam.┬áLepas tu, saya beli Drypers dapat pulak free gift iaitu Beg Drypers.


Kemudian, Syasya dapat pulak satu peluang bergambar di kaunter fotografi. Gambar ni depa akan terus print dan bagi kepada kita dan layak menyertai pertandingan bayi comel.

Ni pulak gambar Syasya yang dah diprint

Lepas semua dah selesai, boleh pi tuntut cenderahati dari penganjur. Macam-macam Souveneir depa bagi.

Bagi yang berminat, nanti ada lagi. Nantikan kemunculan warga Drypers di tempat yang telah diajdualkan. Rugi kalau tak pi. Macam-macam ada !