Categories
Diari

Sebak

Saya sendiri tidak memahami kenapa saya bertindak begini. Meluahkan apa yang terbuku di hati tentang sesuatu. Terasa kadang kala seperti kita sudah menanam bunga yang peritnya kita jaga tetapi akhirnya dipetik orang.

Ya. Saya cuma manusia biasa yang tiada kuasa magis. Tiada kemampuan. Yang boleh, cuma usaha semampu mungkin tetapi kudrat saya bukanlah seperi adiwira.

Ya, kadangkala itu hakikat kehidupan. Kita kena belajar kuat hadapi sesuatu walaupun amat perit. Walaupun sekuat mana pun kita tetap ada sisi yang kita ada rasa lemah. Sebab kita adalah manusia biasa.

Semalam, tiba tiba saya sebak mengenangkan jika berlaku sesuatu. Saya tak pernah rasa begitu dalam hidup saya. Yang mampu saya lakukan adalah doa. Entahlah, saya cuba berdoa walaupun terasa begitu banyak dosa yang saya lakukan dalam hidup.

Kali ini terasa begitu lemah. Sedaya upaya saya lakukan untuk membantu tetapi saya tiada kuasa yang menentukan hasrat saya dapat dipenuhi. Cuma mampu berusaha, berdoa dan bertawakal sahaja.

Kata ulamak, berdoalah, ada keajaibannya. Dan saya selalu pegang kata kata ni… TERLALU MUSTAHIL BAGI MANUSIA TETAPI TERLALU MUDAH BAGI ALLAH. Berdoalah!

Categories
Diari

Senjakala

Saya suka kan suasana senjakala walaupun orang tua tua tak galakkan di luar ketika senja. Bagi saya pemandangan ketika senja amat memukau jiwa. Cantik. Damai dan dalam keserabutan jiwa ia dapat sedikit menenangkannya.

Menyaksikan keindahan senja sememangnya membuatkan diri terasa sayu dan kagum terhadap kebesaran Allah yang menjadikannya ia amat indah sambil bermuhasabah tentang hidup yang sementara cuma.

Selalu juga saya tertanya tanya banyak perkara yang berlingkar di sekeliling saya. Kadangkala amat membingungkan. Namun saya tetap yakin pada niat yang ditanam sebelum saya memula gerak. Jangan pernah menyesal jika kita lakukan itu kerana Allah.

Dalam hening senja, saya sentiasa hanyut dalam keindahannya sambil memikirkan kembali apa yang telah berlaku.

Apa pun BIARLAH CINTA ITU, CINTA YANG MENDEKATKAN KITA KEPADA-NYA!

Categories
Diari

Melukis Senja


Dedikasi buat seseorang…
Categories
Diari

KEPUASAN

Menyaksikan kegembiraan orang yang kita sayang adalah kepuasan yang amat sukar untuk diterjemahkan dengan kata kata

Categories
Diari

Sesuatu Yang Tidak Disangka

Sesuatu yang berlaku dalam beberapa hari ini, sememangnya amat mengejutkan saya. Ya lah, dalam kesibukan tugas yang begitu membeban saya tidak terfikir ia terkait sekali

Apa boleh dikata, bila direnung dan diperhalusi, saya akur bahawa memang ada kesilapan pada diri saya hingga saya keluar menitis air mata ketika bermuhasabah kesilapan diri walaupun tertanam niat tulus suci.

Dalam sujud pada dinihari pun terasa begitu terkesan. Apa yang berlaku bukanlah disengajakan. Ia peringatan buat diri dalam mengharung hari hari mendatang.

Saya nekad, apa pun yang terjadi… Saya tidak akan lepas tangan dan akan bertanggungjawab sepenuhnya atas apa jua yang akan berlaku. Mudah mudahan Allah permudahkan segalanya.

Sesungguhnya tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah

Saya akan terus berdoa dan berdoa tanpa jemu. Yakinlah bahawa Terlalu mustahil bagi manusia TETAPI terlalu mudah bagi ALLAH.

Categories
Diari

Keajaiban Doa

Saya selalu berpegang kepada kata kata ini… TERLALU MUSTAHIL BAGI MANUSIA TETAPI TERLALU MUDAH BAGI ALLAH.

Jadi berdoa dan terus lah berdoa!

Categories
Diari

Belasungkawa: Subky Haji Latif

Terkesima sebentar apabila saya mendapat berita pemergian beliau. Saya merupakan salah seorang pengkagum corak penulisan beliau. Dari kecil saya sentiasa mengikuti penulisan penulisan beliau dan bagaimana beliau menukilkan sesuatu isu dalam jalan cerita yang tersendiri.

Apa yang ingin disampaikan beliau adalah jelas walaupun disampaikan dengan pelbagai kiasan kiasan.

Beberapa kali terserempak sosok tubuh itu tetapi tidak pernah saya bertegur sapa melainkan menguntumkan senyuman sahaja. Akhirnya beliau telah pergi menghadap Ilahi pada hari ini.

Al – Fatihah

Categories
Diari

FIRDAUS: CINTA DAN HARAPAN

Kemarin hanya tinggal kenangan
Bersama peristiwa semalam
Adakah hari ini yang ku tempuh
Kan bersinar untuk hari esok

Benarlah apa yang telah dikata
Penantian itu satu penyiksaan
Kepastian membunuh kerisauan
Ketabahan mendamai keresahan

Dalam dada ada bara cinta yang menyala
Dalam cinta ada kita berdua
Tiada siapa bisa mengungkai rindu di jiwa
Dengan iman dapat kita membendungnya

Hanya kudrat Tuhan
Yang bisa menyatukan
Dan bisa meleraikan
Cinta sesama insan

Rahmat kasih sayang
Yang amat diharapkan
Untuk kita abadikan
Kasih di alam cinta bahagia

Lagu : Manisman
Lirik : ITO Lara

Categories
Diari

Alkisah Makanan Lambat Sampai

Dua malam lepas saya dan isteri ke sebuah kedai makan untuk menjamu selera. Saya memang kepingin makan lamb chop dan memang ada. Isteri pesan chicken chop. OK…

Makanan isteri sampai dulu. Saya tunggu sambil suruh isteri makan dahulu. Selepas isteri saya selesai makan masih belum sampai lagi lamb chop saya. Isteri saya minta tanya. Selepas bertanya rupa rupanya tukang ambil pesanan terlupa catat pesanan saya. Hmmm… Nak marah atau tak?

Saya fikir balik, kalau marah apa yang saya dapat lagipun saya memang nak makan lamb chop tu (tak tau la sebab apa nak makan. Hehehe). Jadi saya tarik nafas minta dia buatkan selepas pelayan lain datang tanya sama ada nak batalkan atau buat jugak?

Akhirnya sampai lamb chop saya siap tambah extra lagi. Alhamdulillah sedap dan kenyang. Bila nak bayar, dapat lagi diskaun. Alhamdulillah jika kita sabar. Marah tak jadikan keadaan lebih baik 😉

Categories
Diari

Allah Mengujiku

Kadang kala kita rasa begitu down apabila diuji. Ujian datang dalam pelbagai citra. Tetapi peercayalah yang Allah menguji kita kerana ALLAH SAYANG KITA. Mungkin kita tidak memahaminya ketika ini tetapi suatu masa yang tepat nanti, pasti kita akan memahaminya. Bertabahlah duhai hati.

ALLAH MENGUJI KERANA ALLAH SAYANG