Alamak… Satu berita yang tak sedap saya dengar. Kebetulan bulan depan saya kena balik kampung memandangkan abang ipar nak kahwin, jadi saya akan lalui tol PLUS. ┬áBila ada kenaikan macam ni memang membebankan.

Yes, memang ia ada harga untuk dibayar tetapi dalam situasi ekonomi sebegini, ia dilihat terlalu mahal. Saya balik Kedah sebelum ni lebih kurang RM108 pergi balik kalau naik 5% dah RM5 kenaikan. Hmmm… Jadi lepas ni, pengusaha bas akan tuntut kenaikan harga bas lah pulak.

Dulu saya balik Kedah kena dalam RM20 ja lepas tu naik RM25 lepas tu naik jadi RM30 dan la ni RM39. Lepas ni lagi lah… Adoi… Nasib baik waktu la ni harga minyak pada paras RM1.80 (Patutnya lebih rendah lagi kalau ikut harga pasaran minyak semasa). Hmmm…