Categories
Diari

Nombor Ekor

Hmmm… Beberapa malam lepas saya keluar dari rumah untuk membeli makanan. Di hadapan Apartment saya ada sebatang jalan dan di sebearang jalan itu terdapat seorang penjual akhbar Berbahasa Cina menjual akhbar Cina edisi malam.

Kemudian sewaktu saya nak melintas jalan, saya tengok ada mamat Bangla menghampiri penjual tersebut. Saya terus perhatikan sebab maybe Mamat Bangla ni pandai Bahasa Cina dan nak beli paper Cina tapi rupanya bila sampai di situ di mengambil sehelai kertas kecil dan membayar 30 sen.

Lalu saya terus menjenguk kat tempat tu, kertas apa yang harganya 30 sen ruapa-rupanya keputusan nombor ekor! Hmmm.. Teringat pulak zaman saya sekolah rendah dulu. Waktu darjah satu dan satu semester darjah dua saya naik bas sekolah. Bas Pak Mat.

Sewaktu darjah satu, saya bersekolah pagi. Sewaktu darjah dua, saya bersekolah sesi petang. Ketika balik, Bas akan melalui Jalan Telok Wan Jah dan abang konduktor bas akan berhenti beli keputusan nombor ekor. Waktu tu harganya 10 sen kot. Kertas yang lebih kurang sama dengan yang saya tengok beberapa hari lepas. Antara tempat yang ada jual waktu tu, di Jalan Datuk Kumbar dan depan Kolej Sultan Abdul Hamid.

Seingat saya begitulah. Cuma bila tengok Mamat Bangla tu beli teringat zaman dulu dan ingatkan zaman dah berubah, orang tengok Internet. Hehehe… Apa pun tikam nombor ekor adalah Haram di sisi Islam. Tak berkat!

Categories
Diari

Nombor Ekor

Petang semalam ketika saya dan isteri serta Syasya makan di sebuah gerai di Taman Tenaga, Cheras isteri saya terpandang sesuatu. Kebetulan gerai yang kami makan bertentangan dengan sebuah kedai nombor ekor.

“Ramainya orang Melayu!” Celah isteri saya.

“Biasa la,” jawab saya.

“Memang orang ramai orang Melayu dok tikam nombor” sambung saya lagi. Saya pun memerhati ke kedai tersebut dan memang jelas dari raut wajah memang orang Melayu. Ramai pulak tu hingga terpaksa beratur ke luar kedai. Sedih melihatkan situasi tersebut.

Lalu teringat ada seorang kawan yang menceritakan ada orang Islam yang tikam nombor. Depa tau kata haram. Tapi depa kata bukan nak buat makan. Kami nak modify kereta dan renovate rumah. Tak makan aih!

Lalu saya jawab kepada kawan saya, “habaq kat dia, kalau dapat duit tu modify kereta pun kalau Haram jadi tak berkat dan silap-silap boleh eksiden teruk hingga hilang nyawa. Rumah pun boleh runtuh!”

Kalau tak berkat tu macam-macam boleh jadi…

Lalu teringat saya kepada kisah saya tersesat ketika nak ke RRI Sungai Buloh. Saya tersesat masuk ke Kampung Baru Rawang. Bila saya masuk ke kampung tu saya nampak hampir 95% bangsa Cina. Tetapi di suatu tempat di kampung itu saya jumpa ramai orang Melayu iaitu di KEDAI NOMBOR EKOR!