Categories
Diari

Andai Dapat Diundurkan Ruang Waktu

Entah mengapa dalam kesibukan yang menghimpit diri, saya tiba-tiba terkenangkan kisah lama. Saya terasa cukup letih ketika ini. Seharian di pejabat sudah cukup memenatkan. Apabila pulang ke rumah hendak melayani kerenah Syasya dan Syafi hingga membuatkan banyak perkara tertangguh. Lebih letih kalau isteri saya ajak keluar. Kalau Syasya tidur, terpaksalah saya dukung Syasya sambil membawa barang-barang lain.

Itu tidak termasuk lagi aktiviti sosial saya yang lain yang terpaksa dikorbankan sementara. Paling saya rindu latihan badminton yang sudah lama ditinggalkan. Terasa nak join semula tetapi rakan-rakan lain lebih senang training petang berbanding malam manakala saya pula ketika petang masih sibuk di pejabat dan nak kena ambil Syasya lagi. Memang benar-benar rindukan aktiviti bersukan. Malam pula, tak banyak yang nak bersukan. Cuma futsal dua kali seminggu sahaja yang dapat saya join.

Dalam kesibukan dan keletihan itu, saya terkenang masa-masa lalu terutamanya ketika masih belajar.  Bagi anda yang mengikuti diari saya sejak 2001 pasti mengetahui kisah-kisah yang saya pernah coret dan tiba-tiba saya mahu menenangkan fikiran dnegan membaca semula diari lama dan tiba-tiba suasana berubah.

Hmmm… Perjalanan lepas sudah pun berlalu, saya perlu meneruskan kembara dan kembali fokus terhadap matlamat yang saya gariskan. Cuma kini, sebolehnya saya mahu segera pindah ke rumah sendiri untuk meneruskan matlamat saya dan mencorak persekitaran yang lebih sempurna. Nanti saya cerita tentang rumah yang bakal saya duduki.

Apa pun, kenangan-kenangan lepas tetap kukuh di ingatan dan sesekali ia akan mengusik diri. Bila teringat kadang kala ia bagaikan satu sumber inspirasi untuk terus berjuang. Ya terus berjuang!

InsyaAllah, saya akan terus memperbaiki apa yang sikap dan terus merencana perubahan demi perubahan…

p/s: Entah mengapa secara tiba-tiba ia berkait-kait hinggakan saya terkenang banyak cerita lama…

Categories
Diari

Penat, Letih dan Sakit Badan

Hmmm… Memang cukup penat tetapi enjoy dan puas. Alhamdulillah perjalanan yang cukup mencabar tetapi semuanya selamat. Saya sebenarnya ke Gunung Ledang pada Sabtu dan Ahad lepas untuk menghadiri family daya Jabatan saya. Pagi Sabtu saya dah kelam kabut berurusan dengan Pejabat pos untuk renew lesen L wife dan booking test di Sekolah Memandu. Patutnya pukul 10 bertolak, saya terpaksa bertolak jam 11.

Hmmm… Jalan nak masuk tol Sungai Besi agak sesak tetapi disebabkan saya gunakan kad Touch n Go, ia jadi lebih lancar. Saya mulanya ingat rakan-rakan konvoi dah lepas Tol Ayer Keroh tetapi rupanya saya yang sampai dulu di Gunung Ledang Resorts. Hmmm… Suasana memang ok tapi best lagi Kalumpang.

Sukaneka Family day memang menguji ketahanan fizikal. Memang sakit badan, nasib baik menang tarik tali. Hehehe… Dah berapa banyak kali dah menang tarik tali. Hehehe.. Tengok badan lah… Kemudian sempat mandi air terjun sekejap. 

Keesokannya, selepas check out saya terus ke Gemas. Saya tak berapa sure jalan biasa, terus masuk tol Tangkak dan keluar Tol Alor Gajah. Lagi jauh jadinya nak ke Gemas. Apa pun Alhamdulillah selamat sampai. Tahniah Aidah dan pasangan. Moga bahagia selamanya. Dah dua tahun lebih saya tak ke Gemas ke  rumah keluarga angkat saya. Sejak tahun 1999, ni kali keempat.

Bila perjalanan balik, ada kemalangan sebelum Tol Seremban Port Dickson. Rasanya 6 biji kereta terlibat dan memang cukup sesak sampaikan saya boleh tarik hand brake lagi. Nasib baik ada DVD, boleh lah rest sat. Kemudian singgah solat di RnR Seremban sebelum bertolak sampai rumah kira-kira jam 10 malam.

Aduh Letihnya… Esok kena kerja!