Categories
Diari

Hebat sangat ke Ramon Marcote?

 

MOHD FAHMI ISMAIL
2 DISEMBER 2017

HEBAT benarkah aura Ramon Marcote ini apabila namanya menjadi siulan sehingga seluruh pelusuk negeri Kedah termasuklah kedai kopi bawah pokok ketapang di Kodiang, Kedah.

Itu kiasan terbaik yang boleh diterjemah penulis kerana buka sahaja laman sosial, pengguna internet menulis dan membincangkan Roman Marcote hingga larut malam.

Benar, beliau antara individu yang mengendali pasukan Lang Merah pada 2015 hingga mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia, namun dikecewakan Selangor yang berjaya dalam pemburuan Misi 33.

Namun, perkara ini bukan spekulasi semata-mata apabila ada yang dikatakan sanggup menyambut warga Sepanyol ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) seandainya pesawat membawanya tiba di Malaysia!

Setiausaha Kelab Penyokong Hijau Kuning (HKC), Saiful Azrul Che Lah ketika dihubungi memberitahu, peminat sudah tentu meletakkan harapan setinggi Gunung Jerai kepada Marcote bagi meneruskan kecemerlangan Kedah sebagai salah satu gergasi bola sepak Malaysia.

“Pengalaman Ramon yang sudah biasa dengan majoriti pemain dan suasana di Kedah, sudah pasti memberi kelebihan kepadanya untuk mencapai kejayaan.

“HKC juga mengalu-alukan kehadiran Marcote ke bumi jelapang padi dan Stadium Darul Aman,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Presiden Peminat Bola Sepak Kedah (PBK), Ahmad Fazli  Mansor menyifatkan kepulangan semula Ramon sebagai tepat pada masanya.

“Saya pun ada dengar dia nak mai (datang) Kedah. Jika betul berita ini, kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.

“Lagipun, seluruh pemain dah biasa dengan corak latihan Ramon dan saya harap gandingan dia dan Nizam (Mohd Nidzam Adzha Yusof) menjadikan pasukan Kedah lebih mantap dan jitu,” katanya.

Akhbar ini pada Khamis lalu melaporkan perbincangan kini giat dijalankan antara Persatuan Bolas Sepak Kedah (KFA) dan Marcote dalam usaha untuk membawa beliau kembali membimbing Hijau Kuning pada 2018.

Pengarah ECK Sdn Bhd, Puan Sri Ginney Chew berkata, setakat ini beliau difahamkan semua proses rundingan berjalan lancar dan berharap kedua-dua pihak akan mencapai keputusan positif.

Menurutnya, beliau juga berharap penyokong Kedah dapat bersabar untuk menunggu pengesahan rasmi daripada badan induk bolasepak Kedah tersebut.

http://www.sinarharian.com.my/sukan/hebat-sangat-ke-ramon-marcote-1.765129

Categories
Diari

Corat Coret Final Piala Malaysia 2017

Corat Coret Final Piala Malaysia 2017

Saya tak rela ketinggalan Final kali ini setelah tak dapat menghadiri Final Piala FA 2017.

Terpaksa menempuh jadual yang padat pada hari perlawanan.

Pagi – Menghantar dua anak mengikuti rombongan sekolah. Seorang ke melaka dan seorang ke kidzania.

Kemudian, menghantar wife ke event Hai O di Stadium Malawati (sebelah ja Stadium Shah Alam). Jam 11 pagi dah terasa kehangatan perlawanan. Jalan dah jam.

Tengahari sempat bawa anak anak lelaki merasai kemeriahan suasana final di sekeliling stadium.

Kemudian kembali berehat sekejap di Cheras.

05.30 petang – Ambil anak yang baru pulang dari rombongan Kidzania.

07.00 malam – Nak hantar wife balik rumah dari Stadium Malawati tapi jam 08 malam baru dapat hubungi dan jumpa disebabkan line yang sesak.

08.00 malam – pecut balik Cheras

08.25 malam – Ambil anak di Masjid An Najihin, Bandar Sri Permaisuri. Sempat Solat Isyak berjemaah di Masjid.

08.45 malam – Rempit ke Stadium. Sampai ke seat Stadium Shah Alam sewaktu nyanyian lagu negaraku. Tewas 0-2 tetapi tidak terlalu kecewa. Just enjoy the game 

malam rasa lain macam terus balik walaupun ramai yang ajak minum. Terjumpa Hafiz Azreena dan konvoi balik Cheras. Bila terasa lapar terus ajak Hafiz minum. TAPI selepas tengok phone baru perasan tertukar kunci dengan wife. Jadi wife dan anak anak tak dapat masuk rumah dan terpaksa tidur dalam kereta!

Sorry Huda Maktar dan anak anak 

Categories
Diari

Safirul Pulak Dah!

Alhamdulillah sekali lagi saya diundang ke Scoreboard Extra Time TV9 untuk membicarakan perihal perlawanan Akhir Piala FA 2017 di antara Kedah menentang Pahang. (Kedah Menang 3-2!) 

Terima kasih kepada pengurusan Media Prima Berhad terutama Tabah Syazwan yang memberi ruang dan peluang kepada saya bergandingan dengan Saudara Rezal Zamberi Yahya yang kini menjadi Timbalan Presiden PFAM.

Yang menjadi usikan kawan kawan ialah nama saya dipanggil Safirul pulak. Hehehe… Gara gara sedikit kesilapan komunikasi dengan krew tetapi itu cuma perkara kecil. Yang penting apa yang hendak disampaikan dapat disampaikan dan lebih penting, KEDAH JUARA LAGI 🙂

Categories
Diari

Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang ke-89

Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang ke-89

Daulat Tuanku

Patik Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah Sempena Hari Keputeraan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mua’dzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah

Pada hari Ahad, 15 Januari 2017, bersamaan 16 Rabiulakhir 1438 H

D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak), D.K. (Brunei), D.P. (Sarawak), D.U.N.M., S.P.M.K., S.S.D.K., D.H.M.S., D.G.M.K., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adiprana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of St. John.

SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku

Ikhlas dari Patik Rakyat Negeri Kedah Darulaman…

Categories
Diari

Saya Di Media

Alhamdulillah, apabila Kedah layak ke Final Piala Malaysia, mencurah curah permintaan untuk tampil di Media media bagi menghangatkan lagi suasana Final Piala Malaysia 2016 dan Alhamdulillah, Kedah berjaya menjulang Kejuaraan buat kali kelima!

juarapialamalaysia2016

KEDAH JUARA PIALA MALAYSIA 2016

 

scoreboard17092016

Scoreboard Extratime TV9 17/10/2016

mhi28102016

MHI TV3 28/10/2016

astroawani28102016

Astro Awani 28/10/2016

scoreboard14112016

Scoreboard Extratime TV9 14/11/2016 (Mengulas AFF Cup 2016)

 

Categories
Diari

Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang ke-88

Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang ke-88

Daulat Tuanku

Patik Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah Sempena Hari Keputeraan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mua’dzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah

Pada hari Ahad, 17 Januari 2016, bersamaan 07 Rabiulakhir 1437 H

D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak), D.K. (Brunei), D.P. (Sarawak), D.U.N.M., S.P.M.K., S.S.D.K., D.H.M.S., D.G.M.K., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adiprana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of St. John.

SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku

Ikhlas dari Patik Rakyat Negeri Kedah Darulaman…

Categories
Diari

Rindu Alor Setar

Entah berapa lama sudah kutinggalkan Alor Setar. Rasanya terakhir Hari Raya Puasa tahun lepas dan itu pun tiga hari sahaja. Bila teringat, pasti saya akan tonton video ini di youtube.

 

 

[youtube=https://www.youtube.com/watch?v=L3LFcRd-KKc]

 

Categories
Diari

Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang ke-86

Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang ke-86

Daulat Tuanku

Patik Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah Sempena Hari Keputeraan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mua’dzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah

Pada hari Ahad, 19 Januari 2014, bersamaan 17 Rabiulawal 1435 H

D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak), D.K. (Brunei), D.P. (Sarawak), D.U.N.M., S.P.M.K., S.S.D.K., D.H.M.S., D.G.M.K., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adiprana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of St. John.

SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku

Ikhlas dari Patik Rakyat Negeri Kedah Darulaman…

Categories
Al-Fatihah Diari

Chot… Engkau Pergi Dahulu

Sebak untuk saya kenangkan…

Chot

Perginya seorang rakan pada 13 Februari 2013 cukup memberi kesan kepada hati ini. Seorang sahabat yang cukup disenangi ramai dan sentiasa menceriakan keadaan iaitu Mahadzir Haji Azmi yang saya lebih mesra dengan gelaran Chot.

Sejak awal perkenalan saya dengannya menerusi Kelab Penyokong Hijaukuning (HKC), Chot cukup mesra dengan saya apatah lagi saiz badan kami lebih kurang sama sehingga kami membentuk satu pasukan futsal American Football.

Chot12

Sebagai salah seorang penyokong tegar Kedah, Chot banyak membantu saya menggerakkan HKC. Dari segi sokongan, konvoi, pasukan drum, futsal, bolasepak padang dan sebagainya sudah cukup menceritakan betapa komitednya beliau.

Pemergian beliau agak mengejutkan kerana tiada apa-apa amaran penyakit yang dihadapi. Setelah demam lebih kurang seminggu, beliau lebih awal dijemput meninggalkan dunia yang fana ini.

[nggallery id=6]

Apabila ada sebarang aktiviti HKC, saya biasanya akan bawa anak sulung saya Syasya Hana. Syasya memang selalu Chot dukung dan layan dengan cukup mesra. Apabila saya habaq kepada Syasya yang Uncle Chot dah meninggal, Syasya terus menangis hinggakan dia berkeras untuk mengikut saya menatap Arwah Chot buat kali terakhir di rumah mertuanya di Kampung Jiboi, Negeri Sembilan walaupun sehingga tengah malam. Syasya menangis dalam kereta dan bertanya saya mengapa Uncle Chot meninggal dunia awal? Sukar saya nak jawab dalam keadaan beremosi ketika itu apatah lagi dalam kepala sarat dengan kenangan manis pahit bersama arwah. Sukar nak digambarkan perasaan sebenar dalam diri ini ketika itu.

withchot
Salah satu kenangan bersama Chot

Chot… Damailah engkau di sana. Doaku akan sentiasa mengiringimu. Yang pasti semua tetap akan ke sana cuma masanya berbeza. Allah lebih menyayangimu. Engkau pergi dengan memori indah dan amal baik dengan semua sahabat. Pemergian yang cukup mengejutkan semua, namun semuanya adalah ketentuan Allah. Redha dengan segalanya…

Al-Fatihah…

Categories
Diari

Sesekali Teringat: Titi Dua Lapis

Pada kesempatan pulang ke kampung saya di Pendang baru baru ini, saya tidak melepaskan peluang untuk kembali menjejak tempat saya selalu saya jenguk tatkala nak menenangkan fikiran atau sedang berserabut. Tempat ni unik sikit sebab ada sungai di atas dan di bawah. Orang kat kampung saya selalu panggil dengan gelaran “Titi Dua Lapis”.

Sebab  apa dipanggil Titi Dua Lapis? Sebab di atas sebuah sungai ada sebatang titi sungai lagi. OK tengok gambar di bawah ini.

Nampak kan titi tu?

Kalau dari atas titi tadi, inilah yang anda dapat saksikan. Aliran air sungai di bahagian atas.

Dan juga laluan untuk pejalan kaki dan motorsikal. Tetapi kena berhati hati. Nampak kan sungai di bahagian atas dan bawah.

 

Biasanya di waktu petang apabila saya di kampung, saya akan ke sini. Sempat saya bawak Syasya dan Syafi naik motor sambil meneritakan kepada depa dua tentang kawasan ni. Depa faham ka dak, lantaklah. Hehehe… Tak tahulah nanti kalau berubah wajah. Dulu pun lain, sekarang dah lain nanti semakin lain.

Tetapi di sini cukup menenangkan. Terlupa sejenak kesibukan kota. Hmmmmm…

Di bawha ada galeri untuk tatapan anda kawasan sekitarnya…

[nggallery id=5]