Hari ni sempat meluangkan masa untuk membawa anak anak ke Karnival HyppTV di Sunway Velocity alang alang dah dekat dengan rumah saya. Saya pun pengguna HyppTV, bolehlah tengok dengan lebih dekat apa yang ditawarkan.

Banyak aktiviti untuk anak anak yang boleh disertai. Antaranya Fear Factor, soccer shoot, free photo session, be a hero, mewarna dll.

Selepas lengkapkan aktiviti di setiap reruai (booth), anda boleh redeem goodies. Antara hasil yang diperolehi ialah Buku buku, kipas mini, pen dan lanyard.

Banyak juga promosi menarik yang ditawarkan. Masih ada 2 hari lagi berbaki jika anda hendak sertai!