Saya diberi peluang untuk menghadiri kursus Hitachi SAN Storage di Hitachi Data Centre Singapore pada 21-27 Mei lepas. Seperti yang pernah saya coretkan sebelum ini, Singapura mempunyai nilai sentimental yang tinggi bagi saya. Ada kenangan di sana walaupun sudah hampir 20 tahun berlalu. Agak perit apabila kadar tukaran matawang yang tidak memihak kepada Ringgit. Memang terasa mahal serba serbi.

Banyak ilmu yang dapat saya pelajari walaupun terasa begitu sukar untuk memahaminya. Tenaga pengajar yang cukup berpengalaman seperti Mr. Suresh Rangga serta sahabat sekursus, Azre, Rashdan, Syawal, Sujeet banyak membantu saya yang masih baru dalam bab bab ni.

Kali ni sempat saya menjelajah lebih banyak tempat di sekitar Jalan Sultan. 2007 dahulu banyak berlegar di Orchard Road. Tempat saya menginap dahulu (Sha Villa) pun dah dirobohkan dah. Memang kali ni banyak berjalan di area Kg. Gelam, Masjid Sultan, Bugis Street, Mustafar Centre dan masjid masjid sekitar. Lepas ja waktu kursus, terus kami pi jelajah. Walaupun penat memang enjoy!

Sampai sahaja di Malaysia dah masuk Ramadhan 🙂

Terima kasih kepada semua yang membantu di Singapura 2017. InsyaAllah ada masa, berjumpa lagi…