Corat Coret Final Piala Malaysia 2017

Saya tak rela ketinggalan Final kali ini setelah tak dapat menghadiri Final Piala FA 2017.

Terpaksa menempuh jadual yang padat pada hari perlawanan.

Pagi – Menghantar dua anak mengikuti rombongan sekolah. Seorang ke melaka dan seorang ke kidzania.

Kemudian, menghantar wife ke event Hai O di Stadium Malawati (sebelah ja Stadium Shah Alam). Jam 11 pagi dah terasa kehangatan perlawanan. Jalan dah jam.

Tengahari sempat bawa anak anak lelaki merasai kemeriahan suasana final di sekeliling stadium.

Kemudian kembali berehat sekejap di Cheras.

05.30 petang – Ambil anak yang baru pulang dari rombongan Kidzania.

07.00 malam – Nak hantar wife balik rumah dari Stadium Malawati tapi jam 08 malam baru dapat hubungi dan jumpa disebabkan line yang sesak.

08.00 malam – pecut balik Cheras

08.25 malam – Ambil anak di Masjid An Najihin, Bandar Sri Permaisuri. Sempat Solat Isyak berjemaah di Masjid.

08.45 malam – Rempit ke Stadium. Sampai ke seat Stadium Shah Alam sewaktu nyanyian lagu negaraku. Tewas 0-2 tetapi tidak terlalu kecewa. Just enjoy the game 

malam rasa lain macam terus balik walaupun ramai yang ajak minum. Terjumpa Hafiz Azreena dan konvoi balik Cheras. Bila terasa lapar terus ajak Hafiz minum. TAPI selepas tengok phone baru perasan tertukar kunci dengan wife. Jadi wife dan anak anak tak dapat masuk rumah dan terpaksa tidur dalam kereta!

Sorry Huda Maktar dan anak anak