Categories
Diari

Nyaris

Tadi sewaktu saya pulang ke rumah ketika rehat tenghari sebelum Solat Jumaat, saya berhenti di Lampu isyarat dekat sebuah simpang empat. Ketika itu pada laluan saya, lampu isyarat berwarna merah. Jadi memang kena berhenti.

Bertentangan dengan saya, lampu isyarat hijau dan kereta dari arah tersebut meluncur laju bergerak namun dengan tidak semena-mena ada sebuah motor dari sebelah kanan bergerak laju tanpa mempedulikan lampu isyarat dan dari arah bertentangan ada sebuah BMW meluncur laju. Nampaknya saya mungkin akan melihat satu lagi kemalangan !

Saya merasakan pemandu BMW tersebut tidak perasan motor tersebut melintas kerana mungkin beliau merasakan lampu isyarat hijau tidak akan ada kenderaan dari arah lain yang akan bergerak. Namun nyaris sahaja BMW tersebut nak melanggar motor tersebut. Mungkin beza masa nak bertembung tu dalam satu saat sahaja.

Hmmm… Nasib betul penunggang motor tersebut. Kenapalah langgar isyarat lampu isyarat? Mencari nahas betul. Dan motor tadi dengan selamba memecut sambil pengguna jalan raya yang lain menggeleng-gelengkan kepala menyaksikan aksi tersebut.

Hmmm… Anda fikirlah sendiri…

Categories
Diari

Mak dan Abah OK

Alhamdulillah…

Saya buat keputusan untuk balik Kedah dan terus dapatkan dua hari cuti dan malam Isnin hari tu saya terus pecut balik Kedah. Sampai lebih kurang jam 2 pagi dan lepas tengok kecederaan mak dan abah rasa lega.

Mak lebam lebam di kaki dan abah teruk sikit sebab lebab juga di tangan dan calar-calar. Apa pun tidaklah serius sangat walaupun longkang tu agak dalam dan bantuan dari pekerja-pekerja kedai cuci kereta berhampiran amat pantas dan baik.

Alhamdulillah… Dah lega rasa hati.

Categories
Diari

Mak Abah Eksiden!

Saya sedang study ADF Task Flow Jdveloper 11G, tergamam sekejap saya bila adik saya, Faizol telefon tadi maklumkan mak dan abah eksiden. Cemas hati saya mujurlah adik kata tak serius. Disebabkan adik saya masih belum tengok keadaan mak dan abah terus saya telefon mak.

Mak kata tak luka apa cuma bengkak-bengkak sahaja dan abah pulak calar-calar dan rasa sengal-sengal. Adoi, risaunya saya. Baru pagi tadi saya masukkan entri eksiden, dah kena kepada keluarga saya pulak.

Mak habaq ada sebuah kereta yang tiba-tiba belok tanpa bagi signal dan apa lagi, abah dan mak yang menaiki motor terpaksalah mengelak hingga jatuh ke dalam longkang. Yang bawak kereta tu minta maaf dan uruskan urusan perubatan mak dan abah serta kos membaiki motor.

Saya cukup risau. Rasa macam nak balik Kedah ja! Hmmm… Saya tengah fikirkan sebab saya risau keadaan sebenar mak abah. Kadang kala mak dan abah saja nak lindung sebab tak mahu saya risau macam dulu sampaikan abah operate pun dirahsiakan dari saya dan kebetulan saya balik hari pembedahan tu.

Tengah bercelaru ni…

Categories
Diari

Eksiden

Hmmm… Pagi tadi, sekali lagi saya melihat suatu kemalangan kecil di depan mata.

Di sebuah simpang tiga berhampiran HUKM, ada sebuah kereta nak masuk ke jalan utama dari simpang tersebut. Di belakang kereta tersebut ada sebuah Land Rover yang mengekori perlahan tetapi tiba-tiba ada sebuah kereta Iswara yang saya lihat pemandunya seperti leka terlanggar terus belakang Land Rover tersebut.

Saya lihat kereta Iswara tersebut bahagian depannya banyak yang pecah dan kemek tetapi Land Rover tersebut calar sedikit sahaja. Kuat body Land Rover ni.

Apa pun, berhati-hati di Jalan raya…

p/s: Banyak betul eksiden yang saya lihat depan mata tetapi setakat ni tiada yang melibatkan kehilangan nyawa. Paling sadis eksiden putus kaki depan mata saya. Yang tu ada dalam Diari lama saya. Kena rajin selak. Kejadian di Kulim.

Categories
Diari

Batu Jatuh

Hmmm… Maaf tak dapat update seperti biasa kerana bercuti di kampung ketika ini. Tengahari tadi saya bertolak dari Penang ke Alor Setar. Sebelum persimpangan Sungai Petani Selatan, saya mengekori sebuah Naza Citra. Di depan Naza Citra tersebut ada sebuah kereta Proton Wira. Di depan Proton Wira tersebut adalah sebuah Treller yang membawa muatan batu bata.

Mulanya semuanya ok sampailah tiba-tiba batu sebesar saiz bata dari atas treller tersebut jatuh tapi nasib baik tidak kena Proton Wira tersebut tetapi Naza Citra tersebut gagal mengelak dari melanggar batu tersebut dan batu tersebut berpusing-pusing ke arah kereta saya.

Saya cuba mengelak tetapi gagal dan terlanggar batu tersebut. Alhamdulillah semuanya terkawal dan mujur tayar saya tidak apa-apa dan memang mencemaskan. Kemudian saya terus memintas treller tersebut dan selepas agak lama dan pulih dari kejutan tersebut barulah saya teringat nak ambil nombor pendaftaran treller tersebut tapi dah terlewat.

Selalunya saya memang jarang mengekori treller tapi tadi saya ingatkan ada dua biji kereta di depan, tidak berlaku keadaan yang tidak diingini, rupanya agak bahaya jugak. Lepas ni memang kena lebih jauh dari treller!

Categories
Diari

Eksiden

Hmmm… Tengari tadi sewaktu rehat, saya bergegas ke sekolah isteri saya untuk hantar lap top rakannya. Setelah itu terus saya bergegas nak berehat sekejap di rumah. Saya mengikuti sebuah pajero merah dari sekolah dan keluar dari simpang. Tiba-tiba Pajero tu berhenti dan bagi signal nak buat U-turn, saya hairan  kerana simpang tersebut mana boleh buat U-turn kerana dikhaskan untuk kereta membelok masuk ke Apartmen Sri Penara sahaja. 

Saya pun teruskan perjalanan tetapi tiba-tiba ada sebuah kereta membelok masuk ke Sri Penara dan saya cuba mengelak tetapi tetap bertembung sedikit dengan kereta tersebut. Pedih sikit di kaki tetapi tidak luka manakala kereta tersebut pecah nombor pendaftaran kenderaannya. motor saya tiada kerosakan langsung. Alhamdulillah selamat.

Lalu pemandu terbabit minta maaf kerana salah beliau. Beliau maklumkan terlindung dengan pajero yang nak buat U-turn tu. Silap tak sempat nak ambil nombor pendaftaran pajero tersebut. Apa pun, Alhamdulillah semuanya selamat.

Moral of the story, Jangan buat U-turn ditempat yang tak sepatutnya kerana kadangkala ia menyusahkan orang lain !

Categories
Diari

Motor vs Kereta

Hmmm… baru tadi, saya terpaksa mengharungi hujan lebat untuk pulang ke rumah dari pejabat. Hujan memang lebat tapi dah tak sempat terpaksalah redah. Kebetulan sewaktu balik, saya ternapak sebuah motor tersadai di tepi jalan. Nampaknya macam eksiden.

Kemudian tiba-tiba sebuah kereta cukup laju meluncur di belakang motor saya. Saya memang tak boleh nak laju dah sebab atas permukaan jalan yang licin, memang kena slow. Siapa yang biasa naik motor tahulah kalau brek sewaktu hujan atau pun jalan licin. Pastinya sukar hendak dikawal kalau kelajuan pada tahap yang tinggi. Sebab itu saya memilih untuk tidak begitu laju tetapi kereta itu terus ‘cucuk’ saya. Hmmm… Saya cuma berserah ja dan ke tepi sedikit memberi laluan kepada kereta tersebut. Nasib baik ada selekoh dan kereta itu belok ke selekoh lain selepas itu.

Saya cuma berharap kepada pemandu kereta, cubalah fahami risiko seorang penunggang motorsikal. Sekali sahaja tersilap, melayang nyawa! Sebab itu dalam statistik PDRM, memang mangsa utama kecelakaan jalanraya ialah penunggang motorsikal.

Dan kepada penunggang motorsikal pulak, patuhilah peraturan jalanraya. Paling ketara ramai yang langgar lampu isyarat dan juga mencelah tak kena masa. Pemandu kereta dan motor kena sama-sama berhemah di jalanraya. Tetapi yang sellau jadi mangsa ialah penunggang motorsikal!

Categories
Diari

Aduhai Keretaku!

Bersambung dari Entry Salah Sangka sebelum ni.

Bila habis urusan dengan JPJ, dapat call rupanya dari wife saya.

“Abang, kereta abang bocor, keluar air banyak ni. Macam mana ni?”
“Ha! Aik, macam mana boleh bocor?” 

“Mai la lekas tengok kat pondok pengawal ni”
“Semalam check Ok ja”

“sayang terlanggar divider kat Pondok Pengawal ni,” Kata wife saya dalam nada paling lembut.

“Adoi!” Dalam hati saya… Kena cepat pi sana. Nasib baik JPJ depan rumah ja, kalau tidak lagi kelam kabut. Terus saya berjalan dan membayangkan kereta saya dah kemek dan pecah sana sini.

Elok sahaja saya sampai, tengok kereta saya ok lagi. Nasib baik tak teruk, cuma tangki air wiper sahaja yang bocor. Nasib baik juga pengawal ni pandai bab kereta dan tolong check sama ada radiator saya turut bocor atau tidak. Alhamdulilah cuma tangki air wiper sahaja yang bocor.

Nak marah pun tak boleh, sebab wife saya baru dapat lesen. Nak kena bagi dia confident dan belajar biasakan diri dengan jalanraya. Last week memang silap saya sebab agak risau bila lihat cara pemanduan wife. Maklumlah baru dapat lesen minggu lepas. Silap saya jugak bila bertindak begitu sampai wife sedikit terasa. Lepas tu dah dua kali ke sekolah, saya dah rasa cukup confident.

Bila jadi macam ni saya tak boleh nak kata apa. Kena bagi peluang. Macam sahabat saya Sufri kata, “Kereta Waja tu besar, dia kecik. Jadi dia rasa macam kereta tu bawak dia. Kalau dia naik kancil, baru dia rasa dia bawak kereta sebab sesuai dengan dia.”

Memang benar apa yang Sufri ungkapkan. Apa pun lepas ni kena siap duit nak repair. Maybe 01 Januari 2009 akan dibuka dengan terbangnya duit kepada mekanik. Hehehe…

Sebelum tu, saya nak tayang keadaan kereta saya sewaktu raya tahun lepas. Saya eksiden masa tu… La ni dah ketuk dan ok dah…

keretaeksiden

Bila ada masa nanti saya akan cerita tentang eksiden ni.

Categories
Diari

Eksiden

Hmmm… Rabu lepas selepas waktu pejabat macam biasa saya nak bergerak pulang ke rumah. Sesampainya di Traffic Light depan HUKM saya terpaksa berhenti kerana isyarat merah. Ketika itu yang hijau adalah dari arah Bandar Tun Razak masuk ke HUKM. Tiba-tiba sebuah motor dari arah Velodrom Cheras meluncur laju sedangkan waktu itu isyarat bahagiannya adalah merah.

Saya kebetulan memang sedar situasi itu dan dah dapat agak apa yang akan jadi. Saya berharap ia tak jadi tetapi memang ia terjadi. Motor tadi terus melanggar sebuah motor yang dianaiki oleh remaja perempuan yang nak ke HUKM. Motor dari arah Velodrom itu dinaiki oleh lelaki.

Memang pertembungan itu menarik perhatian ramai. Saya terus parking motor dan mengalihkan motor yang rosak dari tengah jalan agar tidak menghalang lalu lintas. Bagaimanapun yang kemalangan semua dpaat bangun sendiri cuma penunggang perempuan tu yang saya rasa kaca dari spek mata beliau termasuk dalam mata dan mengalami pendarahan di mata kiri.

Yang lain cuma luka di kaki dan tangan tetapi motor agak teruk jugak. Terus remaja perempuan tu menangis. Saya dan yang lain memujuk agar terus ke Jabatan Kecemasan untuk rawatan tetapi beliau tak mahu dan terus menangis serta menelifon bapanya.

Beliau mahu bapanya segera datang menenangkannya. Pengawal keselamatan pun ada untuk bawak remaja tersebut ke Jabatan Kecemasan untuk rawatan tetapi dia tetap tak mahu.

Penunggang lelaki tadi minta maaf dan minta diselesaikan cara baik tetapi remaja perempuan tu menghamburkan makian kepada lelaki terbabit kerana melanggar lampu merah. Memang terlalu marah nampaknya sampai bermacam perkataan keluar.

Sukar jugak untuk ditenangkan dan dia tetap menanti ayahnya hadir. Memang kesian tetapi ada juga rasa kesal sebab apa yang keluar dari mulutnya. Maybe terlalu marah kot.

Yang lelaki tu nampak gelabah sebab kesilapannya. Dia mengatakan yang dia tidak menyedari lampu merah. Hmmm… Dah memang jelas kecuaian beliau. Setelah agak lama, saya pun mengalah terus beredar kerana remaja perempuan itu tetap mahu menanti ayahnya.

Hmmm… Ini adalah antara beberapa kisah kemalangan yang berlaku depan mata saya. 

Pengajarannya di sini, patuhilah peraturan jalanraya. Kadang kala terasa fobia jugak bila lampu hijau, saya tetap selidik dan awasi jalan lain kerana takut ada kenderaan lain melanggar lampu merah.

Berhati-hati di jalan raya. Ingatlah Orang Yang Tersayang.