Memang amat mengejutkan dan cukup tragis. 

Sama sama lah kita doakan kesejahteraan roh mereka agar ditempoatkan di kalangan orang orang yang soleh dan beriman dan diberi ganjaran yang sepatutnya, InsyaAllah…

AL-FATIHAH

إنا لله وإنا إليه راجعون
اللّٰهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

الفاتحة…

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ
“Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu”

“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.”

 

Pusaran air disyaki punca bomba lemas 

“Anggota di lokasi cuba mengeluarkan kesemua mangsa dan bantuan kecemasan turut diberikan namun kesemuanya gagal diselamatkan.

“Kita dapati terdapat penghadang banjir di lokasi dan hujan yang lebat mengakibatkan aliran air deras dan melimpah ke tebing.

“Bagaimanapun, kita akan lakukan siasatan dalaman supaya dapat elakkan kejadian ini daripada berulang pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Serdang, malam tadi.

Empat anggota PPDA Pelabuhan Klang yang lemas adalah Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25 dan Yahya Ali, 24, manakala Adnan Othman,33 dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari,25 adalah anggota PPDA Shah Alam

Katanya, semua mayat akan dibedah siasat hari ini.

“Semua jenazah kemudiannya ke Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam untuk solat jenazah dan akan diberikan penghormatan terakhir.

“Pengebumian akan dilaksanakan di lokasi masing-masing dan setiap balai yang terbabit akan bersedia untuk memberikan bantuan yang diperlukan bagi melancarkan urusan.

“Kejadian ini sememangnya amat tidak dijangka dan kami mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terbabit dalam tragedi ini.

“Pertama kejadian sebegini berlaku selepas kami pernah kehilangan dua penyelam di dasar laut beberapa tahun lalu,” katanya.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2018/10/383042/update-pusaran-air-disyaki-punca-bomba-lemas-metrotv#cxrecs_s (04/10/2018)