Categories
Diari

Peritnya Persediaan Sekolah Anak

Sewaktu kecil dahulu, bila nak buka sekolah, saya sering idamkan peralatan dan pakaian sekolah baru. Bila abah dah beli memang terasa begitu seronok dan gembira. Tapi lama kelamaan, saya lihat wajah Abah macam menyembunyikan sesuatu.

Kemudian, fahamlah saya tentang sukarnya untuk mencari sumber kewangan demi memuaskan anak anaknya. Saya hampir tak masuk ke MRSM kerana ketiadaan wang tetapi Mak Njang saya telah memberi beberapa ratus ringgit untuk saya mendaftar dan membeli semua keperluan maktab.

Bila di sana, Alhamdulillah Pak Cik saya juga sering memberi bantuan kewangan kepada saya. Dan sebab itu saya dah kurang meminta kepada Abah sampaikan ada Cikgu yang perasan seluar saya dah terlalu ketat. Terima Kasih Cikgu Jarini Jusoh yang berikan sehelai seluar kepada saya. Katanya suami beliau tersalah beli.

Kemudian di tingkatan 4, saya mendapat biasiswa Kerajaan Negeri Kedah. Dan ketika ini, saya banyak membeli keperluan saya dengan wang kemenangan hadiah hadiah peraduan. Rasanya beratus ratus hadiah saya menang dengan jumlah wang mencecah ribuan ringgit. Peralatan alat tulis memang terlebih lebih.

Dapatlah serba sedikit meringankan beban Abah yang terpaksa menyara enam anak. Memang berat.

KINI, saya pula merasai detik detik itu. 4 anak bersekolah! 1 masih kecil. Memang bulan Disember menjadi begiti rumit. Banyak perkara perlu dilihat. Anak anak masih belum mengerti erti kesukaran dalam situasi ekonomi sekarang. Fuh! Memang mencabar!

Perbelanjaan tadika yang paling mahal. Kemudian peralatan dan kelengkapan sekolah anal anal di sekolah kebangsaan. Boleh pengsan jadinya. Hehehe… Apa pun usaha kena usaha walaupun banyak cabarannya.

Kalau ada jutawan Arab nak sponsor, boleh bagi thru Paypal saya saifulazrul@gmail.com. Hehehe… Gurau ja tapi kalau ada betul betul jutawan nak bagi, OK ja. Hehehe…

Buat para ibu bapa yang lain, bertabahlah 🙂