Categories
Diari

Balik Kampung

Hingga saat ini, saya masih lagi di pejabat dan masih bekerja. Banyak sungguh yang perlu diselesaikan. Memang masih belum dalam mood raya lagi. Apa pun malam tadi misi untuk servis kereta (tukar minyak hitam, penapis minyak, penjajaran dan pengimbangan (allignment & Balancing) dan lain-lain) berjaya dilaksanakan.

Menurut seorang sahabat, kedai-kedai servis kereta memang sesak dan saya cuba pilih waktu selepas berbuka dan hasilnya agak lengang apatah lagi waktu tu hujan renyai-renyai. Agak lama selepas itu baru kembali sesak. Alhamdulillah dapat  servis kereta dengan mudah. Cuma masih tak sempat nak basuh kereta.

InsyaAllah, selepas berbuka malam ni, saya akan bertolak ke kampung. Hantar sepupu dan adik ipar ke Penang dahulu, kemudian akan ambil barang dari adik di Penang untuk dibawa ke Kedah. Esok pagi, saya kan bertolak dari Kedah ke Penang kembali sebab tahun ni giliran raya kat Penang. Alah, Penang dan Kedah dekat ja, boleh ja pi Kedah kalau ada hal. Hehehe…

Sama-samalah kita berdoa agar perjalanan kita selamat pergi dan pulang. Sama-samalah memandu secara berhemah. Biarlah gaya pemanduan defensif tetapi akhirnya orang yang kita sayang tidak meratapi kehilangan kita. Risau tengok statistik kemalangan jalanraya. Mudah-mudahan semuanya selamat, InsyaAllah…

Malam ni balik Kampung!

Categories
Diari

Balik Kampung

Beberapa minggu lepas, my wife ada maklumkan ada dua guru JQAF di Penang yang nak tukar suka sama suka dengan guru JQAF di Kuala Lumpur. Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Saya pulak rasa kalau dapat balik dok area sana memang best! 

Boleh tengok mak ayah lebih kerap, ziarah adik beradik, kos hidup murah dan boleh lari dari keserabutan kota. Memang pening dok nampak hutan batu sahaja. Tekanan kerja pun tinggi. Macam-macam cabaran hidup di kota yang serba mencabar.

Tapi, saya dah pun berstatus tetap di tempat kerja sekarang. Kalau nak pindah balik tak dak pulak cawangan di sana. Rugi kalau pindah tak bawak sekali tempoh perkhidmatan. Rugi banyak! Nak tak nak kena kekal di sini sampai pencen. Hmmm… Kesian pulak tengok wife yang pada pandangan saya still janggal dengan kehidupan kota. Tapi dah rezeki di sini, kena terima dan InsyaAllah lama kelamaan nanti akan dapat sesuaikan diri dengan kehidupan kota.

Maybe lepas pindah rumah sendiri nanti lebih mudah… Rumah sendiri? Nanti saya coret bila berkelapangan…