Hmmm… Apabila isteri mengandung memang suatu cabaran sebenarnya bukan sahaja bagi si isteri tetapi juga bagi si suami. Isteri saya bila mengandung memang alahannya agak teruk. Bau sikit ja dah tak tahan. Makan pun cuma jamah sikit ja. Lepas tu muntah-muntah. Kalau bab muntah ni biasalah.

Tetapi yang agak merisaukan sewaktu mengandungkan Syasya dulu, isteri saya sampai terpaksa masuk wad. Doktor lihat kandungan bergerak aktif dan maybe itu salah satu faktor penyumbang kepada Syasya yang agak hyper aktif seperti sekarang. Ini membuatkan pergerakan jantung agak pantas dan isteri saya sering berasa penat dan kadang kala sesak nafas.

Sampaikan kena masuk wad dan melalui ujian ECG dan juga kena pasang holter di badan untuk merekodkan denyutan jantung. Saya pun waktu tu memang agak panik tambahan pula sedang sibuk dengan developement phase terpaksalah pulang lewat selalu dan isteri keseorangan di rumah. Duduk pulak rumah apartmen yang jiran-jiran laki bini bekerja, memang agak merisaukan. Ya memang saya amat risau dengan senario sebegitu.

Alhamdulilah akhirnya Syasya selamat dilahirkan di PPUKM, tempat kerja saya. Hehehe… Dan kini apabila disahkan mengandung, simptom-simptom yang sama dah mula kelihatan tetapi taklah seteruk seperti sebelum ini. Kali ni isteri dah bekerja dan tak duduk terperuk di rumah seperti sebelum ini dan dah mula boleh berdikari.

Tetapi bila datang alahan, memang saya turut risau. Saya sering doakan agar alahan seperti kali pertama mengandung tidak berulang. Cuma waktu ni isteri nak sangat buku ’40 minggu Nan Indah’ yang saya belikan kepadanya dahulu tapi la ni apabila seorang rakannya pinjam sewaktu mengandung dan kemudian menghilangkan diri, buku itu turut dibawa pergi. Hmmm… Puas mencari di kedai-kedai buku, dan saya nak kena order terus kepada Karangkraf lepas ni.

Apa pun, sebab itu pengorbanan ibu amat besar nilainya dan darjat seorang wanita akan semakin tinggi apabila semakin ramai anak yang beliau kandungkan. Teringat dahulu sewaktu sekolah rendah. Seorang guru pernah menceritakan betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Katanya, kalau kita nak cuba, kita boleh ambil sebiji buah kelapa dan ikat di perut. Kemudian nak kemana pun kita biarkan ia terikat di perut. Nescaya, selepas satu hari, kita dha tak mahu mengikatnya di perut tetapi seorang ibu sepanjang sembilan bulan mebawa kita pergi kemana sahaja ibu pergi, memang suatu pengorbanan yang amat menakjubkan!

Itulah kekuatan Seorang Wanita yang tidak dapat ditandingi oleh lelaki!