Categories
Diari

Frendz Massage Theraphy: Kentalnya Semangat OKU

Saya terpanggil untuk memuatkan betapa kentalnya semangat seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) yang amat gigih berusaha demi kelangsungan kehidupan. 

 

2016-11-28-13-39-22

Encik Izadin Abdul Razak, seorang OKU Penglihatan cukup tabah dalam mengendalikan Frendz Massage & Theraphy Centre sebagai ikhtiar kehidupan. Saya menyeru semua untuk sama sama menyokong perniagaan yang dijalankan oleh beliau. Gigihnya beliau dalam kehidupan boleh menjadi inspirasi kepada kita semua.

2016-11-28-13-38-50

Tempat ini merupakan tempat isteri saya berbekam dan Alhamdulillah perkhidmatannya amat berbaloi. Anda boleh cuba kunjunginya di No. 11-1 Jalan Danau Lumayan, Pusat Perniagaan Danau Lumayan (Sebelah Gamat Emas), Bandar Sri Permaisuri 56000 Kuala Lumpur.

Categories
Diari

Tip Menghubungi Orang Yang Sibuk

Sedikit tips untuk mereka yang ingin berhubung dengan Orang yang sibuk terutamanya ahli politik atau pun selebriti dengan Syarat tipssudah anda sudah mengetahui nombor telefon mereka.

Untuk telefon terus, biasanya mereka sukar angkat disebabkan mesyuarat, perbincangan, aktiviti dll. Jika anda Whatsapp pun sukar untuk mereka balas. Saya pernah bertemu seorang ahli politik yang cukup sibuk. Katanya, dia tak sempat untuk membaca Whatsapp yang dikirimkan kepadanya kerana baru tinggal 2 jam dah lebih seribu mesej masuk. Katanya, kalau melalui SMS, lebih cepat beliau baca kerana mesej melalui SMS tak banyak dan beliau akan beri respon yang lebih pantas.

Saya gunakan cara ini (hantar SMS) untuk berurusan dengan seorang selebriti dan berhasil berbanding menghantar Whatsapp yang sampai sekarang masih belum beliau baca.

Jadi, Cubalah hantar SMS berbanding Whatsapp untuk urusan urusan penting.

 

Categories
Diari

Sumbangan Kepada UKM – Give2UKM

Sedikit hebahan bagi sesiapa yang ingin beramal dan mempunyai rezeki lebih untuk disumbangkan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Memandangkan saya staff UKM, memang saya promosikan perkara ini. Hehehe…

Anda boleh klik link di bawah untuk melakukan sumbangan.

 

>>>Give2UKM<<<

( http://give2ukm.ukm.my/#donate )

 

Terima kasih atas sumbangan anda!

 

Anda boleh menyumbang dengan pelbagai cara (online payment) bermula dari minimum RM5 dan kesemua sumbangan akan digunakan untuk pembangunan UKM.

 

Semoga dirahmati Allah dan dikurniakan rezeki berlipat lipat ganda, InsyaAllah

 

give2ukm

Categories
Diari

Saya Di Media

Alhamdulillah, apabila Kedah layak ke Final Piala Malaysia, mencurah curah permintaan untuk tampil di Media media bagi menghangatkan lagi suasana Final Piala Malaysia 2016 dan Alhamdulillah, Kedah berjaya menjulang Kejuaraan buat kali kelima!

juarapialamalaysia2016

KEDAH JUARA PIALA MALAYSIA 2016

 

scoreboard17092016

Scoreboard Extratime TV9 17/10/2016

mhi28102016

MHI TV3 28/10/2016

astroawani28102016

Astro Awani 28/10/2016

scoreboard14112016

Scoreboard Extratime TV9 14/11/2016 (Mengulas AFF Cup 2016)

 

Categories
Rencana

Rohingya: Kelemahan Umah Akhir Zaman

Saya teringat bait bait lagu Jep Sepahtu

Selamat Malam Rohingya

Terkedu saya dibuatnya. Saya harus akui, betapa lemahnya iman saya menghadapi isu ini. Tak mampu nak bertindak secara berkesan sedangkan saudara seagama di sana berperang dengan kezaliman yang dahsyat. Suluruh dunia seolah olah mengabaikannya. Tak tergamak untuk saya letakkan gambar gambar kezaliman dalam ini…

Hormat saya pada Tokoh Keamanan Aung San Suu Kyi musnah!

Tokoh Buddha, Dalai Lama pun menggesa agar Aung San Suu Kyi memainkan peranan agar meredakan semula pertelingkahan ini (Rujuk SINI). 

Beliau sepatutnya menggunakan pengaruh beliau setelah mengambil alih pemerintahan Myanmar. Tentera Burma dikerah pula menghujani peluru dan bom. Aduh sadisnya. Tokoh Keamanan apakah ini? Tarik baliklah pengiktirafan itu!

Kini, Rohingya diasak lagi (Rujuk SINI).

Saya tak mahu persoalkan apa yang pemimpin Islam seluruh dunia lakukan tetapi saya mahu soal apa yang kita sudah lakukan untuk saudara kita di sana. Saya harus akui, betapa lemahnya kita. Amat menyedihkan. Moga syurga buatmu saudaraku.

Sedang dalam kekacauan ini, jelaslah betapa lemahnya Umah di Akhir Zaman. Astagfirullahalazim

SELAMAT MALAM ROHINGYA

Selamat malam Rohingya
Meski lena mu di sisi mayat
Jangan menangis sahabat
Ini Tuhan mengujimu

Selamat malam Rohingya
Dunia sedang tidur lena
Kami doakan untuk mu
Sejahteralah selalu

Selamat malam Rohingya
Meski lena mu di sisi mayat
Jangan menangis sahabat
Ini Tuhan mengujimu

Selamat malam Rohingya
Dunia sedang tidur lena
Kami doakan untuk mu
Sejahteralah selalu

Selamat malam Rohingya
Esok kan ada matahari
Berbanyaklah berdoa
Jangan kau terlepas talinya

Selamat malam Rohingya
Meski lena mu di sisi mayat
Jangan menangis sahabat
Ini Tuhan mengujimu

 

Categories
Diari

YouGov: Peluang Anda Tambah Pendapatan Sampingan

Anda mahukan pendapatan sampingan?

Bagi yang biasa di depan PC, sudah tentu mahukan peluang menambah pendapatan secara online. Jika anda mahukannya, Layari YouGov ( https://my.yougov.com ).

yougov2

 

>>> KLIK SINI UNTUK MENDAFTAR <<<

 

Apa Itu YouGov?

YouGov adalah satu organisasi yang mengumpulkan pandangan orang ramai terhadap sesuatu trend terkini/perspektif pasaran bagi membantu pemain pemain industri melihat corak pasaran terkini untuk diambil tindakan lanjut. Menariknya, anda akan diberikan mata selepas melengkapkan kajian pasaran (mata adalah bergantung kepada jenis kajian). Selepas anda mengumpulkan 5000 mata, anda akan dibenarkan untuk menebus ganjaran anda melalui 4 kaedah iaitu E-Voucher Lazada bernilai RM75 atau, Air Asia BigPoint berjumlah 2500 mata atau menerusi PayPal bernilai SGD25 atau pun derma kepada UNICEF.

yougov

Anda hanya perlu lengkapkan kajian yang diberikan, kemudian apabila mata anda mencecah 5000 mata, anda boleh menebusnya dengan cara pilihan anda. Cubalah! Bukannya susah sangat…

Jangan kata saya tak habaq ­čÖé

Categories
Diari

Coin Deposit Machine

Saya tertarik untuk memberikan pendapat tentang Coin Deposit Machine (Mesin Deposit Syiling).cdm

Apabila anak anak saya nak beli apa yang mereka hajati, bermakna mereka perlu menggunakan wang mereka sendiri sebab Walid depa la ni tengah ‘kering’. Hehehe… Jadi depa setuju… Depa pun keluarkanlah duit tabung depa bagi kat saya. Alamak! Majoriti duit syiling!

Mujur saya teringat tentang Coin Deposit Machine yang diletakkan di cawangan cawangan bank terpilih. Dan saya semak, yang terdekat dengan rumah saya adalah di CIMB Taman Mutiara. Sebelum ini, saya biasanya ke bank dan bawak ke kaunter untuk deposit. Kemudian float period adalah selama seminggu. Dengan CDM ini, floating periodnya adalah DUA (2) hari sahaja tetapi berdasarkan pengalaman saya, cuma dua jam sahaja, dah dikreditkan ke dalam akaun saya. Memang mudah.

resitcdm2

Antara sebab diperkenalkan Coin Deposit Machine ni ialah selain memudahkan, Bank Negara mahukan kitaran duit syiling ini kembali dalam kitaran perbankan kerana sebelum ini duit syiling hanya terperap dalam tabung dan terkeluar daripada kitaran perbankan. Jadi Bank Negara terpaksa mengeluarkan kos untuk menghasilkan syiling tambahan untuk memastikan kitaran duit syiling stabil. Itu antara sebab kemudahan ini diperkenalkan.

Cuma masih ada beberapa kelemahan dalam interface Coin Deposit Machine ini yang dapat saya kenalpasti dan saya akan beri feedback kepada pihak CIMB untuk penambahbaikan. Satu lagi, biasanya mesin ini diletakkan dalam hall bank, jadi anda perlu hadir ke bank pada waktu pejabat bagi memudahkan urusan.

Selamat Mencuba!

 

Update!

Saya baru sahaja menghadapi situasi terpaksa menunggu lama untuk membayar barang di TESCO Taman Midah disebabkan pembeli di hadapan saya membayar RM41.70 menggunakan wang syiling! Penat cashier mengira. Rasanya jika mereka tahu adanya coin Deposit Machine ini, ia akan membantu…

Categories
Diari

Ketahui Rekod Kredit CTOS Anda

Hmmm… 

Memang untuk mengetahui rekod kredit CTOS anda, cukup mendebarkan apabila kita berurusan dengan pihak Bank tetapi dalam masa terhad, CTOS menawarkan 100,000 laporan CTOS percuma!

Anda boleh ke ctos ( http://www.ctoscredit.com.my )

Daftarkan akaun di situ. Cuma yang leceh sikit kena muat naik MyKad depan dan belakang. Yang lain mudah sahaja. Kemudian anda boleh request untuk dapatkan Laporan CTOS anda yang akan dijana dalam masa sejam. Jadi di situ, anda boleh ketahui status CTOS anda untuk tindakan lanjut.

ctos2

Berikut adalah score saya. Memang tengah tengah ja. Hehehe

ctos

 

Anda boleh cuba sebelum promosi tamat. Selepas ini, anda perlu membayar RM25 untuk semakan!

Categories
Diari

Ulasan: Lampin Pakai Buang Genki

Saya membaca satu iklan untuk mencuba pek percubaan Lampin Pakai Buang terbaru jenama Genki. Produk Jepun

 genki2

Amat mudah, cuma emel butiran lanjut dan mereka akan menghantarnya kepada alamat kita terus. Saya emel pada 02 November 2016 dan menerimanya pada 10 November 2016. [Promosi telah ditutup]

 

genki3

 

HASILNYA?

Alhamdulillah… Saya amat berpuas hati kerana ia amat sesuai dengan Anak kelima saya yang biasanya apabila tidur malam, saya dan isteri terpaksa menukar lampin pula pada waktu Subuh bimbang bocor kerana jumlah kencing anak saya ini memang banyak. Tetapi selepas menggunakan Genki, ia mampu bertahan sehingga 12 JAM tanpa bocor!

Memang cukup puas hati.

Kulit bayi pun tidak ada ruam atau melecet. Daya serapannya cukup baik.

KESIMPULANNYA… Memang berpuas hati.

GENKI MEMANG TERBAIK.

 

Cuma mungkin agak sukar sikit nak cari di pasaran.

Categories
Diari

De’ Pondok Homestay

De’ Pondok Homestay adalah pilihan terbaik bagi mereka yang berkunjung ke Pulau Pinang dan ingin merasai kehidupan dikelilingi dengan suasana Pondok. Ketenangan kehidupan Kampung yang mendamaikan. Kampung Masjid Baru, Sungai Bakap.

 Hubungi 011-18564010
FB: De’ Pondok Homestay, Sungai Bakap