Categories
Diari

Tersilap Tarikh!

Malam tadi, lepas ambil anak dan wife saya bergegas kejan depa cepat-cepat suruh bersiap nak pi Stadium tengok Semifinal Malaysia vs Vietnam kat Stadium Bukit Jalil. Wife saya memang tak ready terpaksalah dia cuba cepat. Dengan minyak tak kereta tak isi lagi kenalah isi minyak kereta dulu. Sudah isi minyak jam dah 8.27 malam. Adoi!

Saya try nak cepat tapi sangkut pulak dalam jam kat Bandar Tun Razak dan Bandar Tasik Selatan. Cabaran betoi dengan ramai pengguna jalanraya dok guna jalan macam depa yang buat undang-undang sendiri ja! Sampai kat area Bukit Jalil nak masuk parking, saya tengok yang dok jaga parking tak dak pun. Aik! Tengok awat Stadium gelap ja. Rupanya saya tersilap tarikh. Patutnya malam esok (hari ini). Hahaha… Naya ja. Hehehe… Wife saya dah menjeling tajam dah. Siap bawak bendera Malaysia lagi tu!

Last sekali pi makan ja kat Food court situ. Tapi service memang out! Order bihun sup, langsung tak panas kuah sup tu! Bayangkan wife saya makan tak luak pun. Kesian kat dia. Saya pujuk dia pi tempat lain, dia tak mau. Hmmm… Dah kena banned dah kedai tu dalam list saya lepas ni.

Then terus balik dan rehat sambil dok teman wife tengok TV. Then tidoq…

Categories
Diari

My First Digital Camera

Assalamualaikum…

Sebelum ni, saya selalu tengok orang begitu asyik dengan kamera depa. Dari awai dulu sewaktu kamera biasa hingga ke zaman kamera digital. Saya tak pernah berpeluang memilikinya. Saya bukanlah orang yang rajin bergambar dan suka bergambar. Saya bukannya teruja sangat dengan kamera.

Tetapi wife saya cukup sukakan kamera dan selalu minta saya tangkap gambar pada waktu waktu tertentu sampaikan kena pinjam dari kawan-kawan atau saudara mara. Serba salah jadinya saya.

Balik raya hari tu, beraya di Kedah. Famili saya memang kalau hari raya, bergambar sefamili bukanlah satu kebiasaan. Biasalah orang susah. Hehehe… Dulu abah cuma ada kamera usang yang bila kami beli kodak bubh dan tangkap gambaq, gambaq rosak. Hehehe… Lepas tu Shaukhi yang beli digital kamera barulah bermula sikit minat kepada bidang fotografi ni.

Jadi, saya pun dah plan dengan wife dan Alhamdulillah kami dah pun memiliki sebuah kamera digital baru iaitu Olympus mju 1040. La ni tengah dok explore fungsi-fungsi yang ada. Yang tu saya tugaskan kepada wife saya yang cukup ciwi dengan kamera tu. Hehehe…

My First Digital Camera
My First Digital Camera

Kira ia masih baru lagi dalam pasaran. Keluar dari kilang 25 Ogos 2008 dan masuk pasaran Malaysia September 2008 dan saya beli pertengahan Oktober 2008. Buat masa ini, ia adalah kategori 10 Megapixel yang termurah dalam pasaran untuk kamera yang berjenama.

Categories
Diari

Rezeki

Assalamualaikum…

Kita buka bicara dengan sepotong kata-kata ini

“No one can predict to what heights you can soar. Even you will not know until you spread your wings!”

Oklah…

Alhamdulillah… Ketika ini rezeki saya melimpah ruah hinggakan saya terasa sedikit takut kerana ia juga adalah ujian-Nya. Sebelum ini memang agak perit berhadapan dengan situasi kewangan yang agak menghimpit apatah lagi hidup di kota kosmopolitan yang cukup mencengkam ditambah pula dengan kenaikan harga barang. Ia ternyata menjadikan saya begitu konservatif dalam pengurusan kewangan. Apa pun Alhamdulillah ia semakin pulih.

Rezeki melimpah ruah pulak la ni. Syukur kepada Allah atas segala kurniaan-Nya. Apa pun saya perlu beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.

Sentuh bab rezeki, teringat pulak anak saya, Syasya Hana yang sedang mengekori saya sewaktu saya bayar harga makanan yang saya dan famili makan. Tiba-tiba seorang makcik anggota RELA mai bagi duit raya RM10 kat Syasya. Terkedu jugak saya waktu tu. Alhamdulillah rezeki…

Categories
JSF

Java Server Faces Part 1

Java Server Faces @ JSF @ Faces merupakan satu standard baru untuk ruangkerja (framework) Java untuk membangunkan antaramuka untuk aplikasi web.

Kelebihan utamanya ialah ia memudahkan pembangunan antaramuka yang biasanya merupakan satu tugas yang cukup sukar untuk dibangunkan dalam aplikasi web.

Bagi sesiapa yang sudah biasa membangunkan antaramuka menggunakan komponen seperti servlet dan Java Server Page (JSP) pasti mengakui hakikat bahawa ia akan berdepan dengan masalah penyelenggaraan (maintenance) dan juga pelbagai masalah lain terutamanya anatarmuka yang kompleks dengan kehendak pengguna.

JSF membantu para pembangun aplikasi web dengan menawarkan satu kaedah pembangunan yang lebih pantas (Robust), dan dibangunkan berdasarkan pengalaman pembangun yang mempunyai banyak pengalaman membangunkan antaramuka dalam aplikasi web.

JSF diilhamkan melalui Java Community Process (JCP) oleh sekumpulan peneraju teknologi yang dianggotai oleh Sun Microsystems, Oracle, Borland, BEA dan IBM serta sekumpulan pakar Java dan pakar pembangun web.

Idea asal untuk membangunkan JSF ini dimulakan pada tahun 2001 di mana Amy Fowler bertindak sebagai peneraju untuk merintis jalan ke arah JSF yang ada kini. Pada tahun 2002 peranan meneraju spesifikasi JSF telah diambilalih oleh Ed Burns dan Craig McClanahan.

JSF direkabentuk untuk memudahkan antaramuka pembangunan aplikasi web java melalui:-

1.   Menyediakan komponen terasing, pembangunan antaramuka web yang bebas client yang memudahkan pembangunan aplikasi web.

<!2.  Memudahkan capaian dan pengurusan data dari antaramuka web pengguna.

<!3. Mengawal antaramuka secara automatik menangani pelbagai permintaan (request) dan pelbagai client secara teratur dan mudah.

<!4.   Menyediakan pelbagai ruangkerja (framework) yang mesra untuk pelbagai latar dan kemahiran pembangun.

Selain daripada itu ia juga menggabungkan pelbagai elemen yang dikutip dari pengalaman pembangun kepada satu standard pembangunan antaramuka aplikasi web yang komprehensif. Lebih menarik ia langsung tidak menjejaskan pembangunan aplikasi.

Hmmm… Saya la ni dok sibuk explore Jdev11G Release 1. So saya nak review balik, saya tulis semula input yang saya baca menerusi The Complete Reference Java Server Faces oleh Chris Schalk dan Ed Burns Terbitan McGraw Hill.

Selamat Menambah ilmu!

Categories
Hari Raya

Selamat Hari Raya (2)

 

Salam Aidilfitri 1429H
Salam Aidilfitri 1429H
Categories
Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H

 

Salam Aidilfitri 1429H
Salam Aidilfitri 1429H

Tidak terlambat rasanya untuk saya dan keluarga (Huda & Syasya Hana) untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H. Maaf Zahir Batin. Semoga Aidilfitri kali ini lebih bermakna dan penuh dengan pelbagai hikmah serta semoga memperoleh Ketaqwaan, InsyaAllah

Categories
Alu-Aluan

Rumah Baru!

Alhamdulillah, setelah bermula sejak sekian lama di alam siber ini (1998), saya rasa perlu untuk saya berpindah ke rumah baru untuk meneruskan kembara saya di alam siber ini. Saya sudah cukup lama berehat dari dunia blog ini sejak saya mulakan pada tahun 2001 di Laman Lama saya tetapi semakin lama saya berehat semakin terasa rindu untuk kembali aktif seperti dahulu. Mungkin saya tak akan sekatif dulu kerana halangan masa, kerjaya dan keluarga tetapi saya akan cuba menulis apa jua yang terlintas di hati saya seperti dahulu.

Sokongan anda semua amat saya tagih agar saya terus bersemangat mengemaskini diari saya ini. Buat permulaan maybe ada banyak kekurangan dan InsyaAllah saya akan cuba perkemaskan selepas ini…

Wassalam