Categories
Rencana

Asal Usul Alor Setar

 

Alor Setar sudah sekian lama berfungsi sebagai pusat pentadbiran negeri Kedah. Pada 2 Jun 1990 bandar ini merayakan ulang tahunnya yang ke-250. pembukaan Alor Setar bermula di kawasan tebing Sungai Kedah yang diapit oleh kuala sungai Anak Bukit dan kuala Alor Malai. Kawasan tebing Sungai Kedah itu sepanjang kira-kira satu perempat kilometer. Kawasan itu hanya perkampungan kecil yang terdiri daripada beberapa buah rumah kayu beratap rumbia semasa Sultan Muhammad Jiwa Azilin Muazzam Shah pertama kali menjejaki kaki di situ. Namun demikian, Sultan Kedah yang ke-19 itu sangat tertarik hati pada kedudukan kampung tersebut. Baginda kemudian berkenan untuk memindahkan pusat pemerintahan Kedah dari Istana Bukit Pinang ke kampung itu. Sejak dari itu kampung tersebut mula membangun dan terus menjadi tumpuan penduduk negeri Kedah.

‘Alor’ yang dimaksudkan pada nama Alor Setar ialah alur atau anak sungai yang kini dikenali sebagai Alor Malai cuma disebut ‘alor’. Perkataan ‘alor’ itu tidak digunakan sebagai nama tempat tetapi sebagai pernyataan rupa bumi di situ. Maka kawasan di kuala alur itu disebut ‘kuala alor’. Apabila orang Cina sampai ke situ mereka menambahkan perkataan ‘Malai’ di hujung ‘alor’ untuk membayangkan bahawa kawasan di tebing alur itu didiami oleh orang Melayu. Pada masa sebelum Siam menyerahkan Kedah kepada Inggeris pada tahun 1990, pangkalan di Kuala Alor itu sudah maju dan sibuk. Orang Melayu menggunakan pangkalan itu untuk memunggah barang dagangan yang dibawa dari Kuala Kedah. Perahu-perahu yang singgah di pangkalan itu dikatakan ditambat pada mana-mana pokok yang berdiri di tebing alur. Akan tetapi ceritanya berlainan ketika orang Melayu baru memulakan perkampungan di situ. Ketika itu perahu tidak banyak dan di tebing kuala alur itu terdapat sebatang pokok setar (juga disebut kundang) yang sangat tegap kedudukan pokok setar di tebing itu memudahkan pendaratan. Pada pokok setar itulah lazimnya perahu-perahu yang menggunakan pangkalan itu ditambat. 

Akhirnya perkataan ‘setar’ sempena nama pokok itu dicantumkan dengan ‘kuala alor’ untuk menghasilkan nama Kuala Alor Setar. Perkataan ‘kuala’ kemudian digugurkan daripada nama itu apabila kawasan perkampungan itu meluas dan pergantungan penduduk pada pangkalan itu menurun. Sehingga kini tiada seorang pun yang mengetahui bagaimana percantuman nama itu berlaku dengan lebih tepat. Menurut satu cerita, percantuman itu berlaku semasa seorang penduduk kampung itu berbual dengan kenalan barunya di Kuala Kedah. Selepas selesai menjual hasil kebunnya dipekan itu, dia berehat ditepi sungai untuk memulihkan tenagannya sebelum mudik ke kampungnya semula. Di situ dia didatangi seorang pemuda yang sedang mencari perahu untuk ditumpang balik ke kampungnya yang tidak jauh dari Kuala Kedah. 

“Hendak ke mana?” Tanya pemuda itu. “Kuala Alor,” jawab pemilik perahu itu. “Kuala alur?! Alur mana?” Tanya pemuda itu lagi. Termenung sebentar pemilik perahu itu. Kuala Alor yang mana lagi? Kemudian dia menjawab: “Kuala Alor… dekat pokok setar di hulu sungai!” “Ah, kuala alur setar!” Sejak dari peristiwa itu nama Kuala Alor Setar mula digunakan, tetapi tidak lama selepas itu ‘Kuala’ digugurkan.

source: http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?ttl_id=41&spesifik_id=143§ion=sm03 (25/11/2008)

Categories
Diari

Selamat Hari Lahir

Selamat Hari Lahir ke-24 buat adik saya Mohd Faizol. Dalam family saya semua lahir di Kedah kecuali Faizol yang lahir di Hospital Temerloh Pahang. Waktu tu kami dok kat Jerantut pada tahun 1984. Elok sahaja bagun pagi, saya perasan yang mak dan abah saya tak ada. Jadi saya gerakkan adik saya, Shaukhi.

Lepas tu abah balik dan bawak pi makan Roti Canai sambil abah habaq, kami dapat adik baru. Lepas tu tahun 1985, kami kembali ke Kedah dan semua adik-adik yang lain lahir di Kedah. Faizol ni anak ketiga dari enam beradik.

Memandangkan dia seorang sahaja yang lahir di Pahang, dia sahaja yang lain sikit. Adik beradik yang lain semua agak berisi tapi Faizol memang kurus. Paksa dia makan lebih, lepas tu muntah balik. Hehehe…

Selamat Hari Lahir, Semoga Berjaya dalam hidup!

p/s: Ralat… Saya jadualkan semula sebab terbalik pulak tarikh lahir adik saya ni. Hehehe… Sorry…

Categories
Diari

Tahniah Sayang

Alhamdulillah,  18 November lalu, isteri saya yang tersayang selamat berkonvokesyen bagi Kursus KPLI JQAF Ambilan Januari 2007 dan memperolehi keputusan Cemerlang. Alhamdulillah segala kesibukan yang dilalui kini berkurang sedikit. Kalau tidak, cuti sekolah ja memang kena masuk Maktab. Hari Sekolah memang kena mengajaq. Tu tak termasuk kena berkursus lagi. edit-konvo-copy

Memang banyak cabaran yang harus dilalui dan kadang kala memang rasa cukup perit tetapi segalanya berbaloi dengan segulung sijil yang dikecapi. Untuk berjaya, bukan sedikit pengorbanan yang harus dilalui. Semuanya harus ditempuhi dengan penuh ketabahan.

Sekarang tumpuan lebih banyak boleh diberikan kepada mendidik anak bangsa dan keluarga. Alhamdulillah Tahniah dari abang. Teruskan kejayaan dalam pengajaran pulak!

Semoga menjadi seorang Pendidik yang Berdedikasi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara, InsyaAllah…

Abang doakan…

Categories
Diari

Tahniah Bang Lang

Alhamdulillah dan Tahniah buat Abang Ipar saya Abdul Muiz dan Kak Suziela yang selamat dikurniakan Cahaya mata kedua seorang bayi lelaki di Pusat Pakar Shah Alam pada jam 6.35 petang 22 November 2008. Ketika menerima perkhabaran gembira tersebut, saya dan keluarga berada di Zoo Taiping. Tak dapat nak pi jenguk awal-awal.

Cadang nak pergi ziarah hari Ahad (semalam) tapi saya pulak demam + keletihan drive. Drive dari Lumut – Sitiawan – Ayer Tawar – Taiping – KL. Sampai KL kira-kira jam 4.30 pagi. Dah la waktu dok pusing zoo kena dukung Syasya ja. Memang penat.

Bang Lang saya ni kenduri kahwin sekali dengan saya di sebelah wife saya (tapi Bang Lang saya nikah 3 minggu awal). Anak sulung kami pun beza dalam tiga minggu jugak. Tapi la ni Bang Lang dah dapat anak kedua dah. Saya pun dalam proses setelah wife saya menamatkan pengajiannya. Semuanya rezeki yang Allah tetapkan.

Tahniah Bang Lang. Maaf kami lambat pi ziarah.

Categories
Diari

Selamat Hari Lahir

Selamat Hari Lahir ke-22 buat Adik saya, Mohd Fazli yang kini dalam proses menjadi seorang warga pendidik. Selepas tamat Ijazah Perguruan nanti bolehlah jadi seorang guru yang berdedikasi seperti yang diimpikannya. Dalam Keluarga Fazli adalah anak keempat. Tarikh lahir cuma selang sehari dengan Faizol.

Fazli ni kalangan famili dok panggil si putih sebab waktu kecik-kecik dulu memang putih melepak. Sampai la ni dah kurang lah sikit keputihan kulit dia. Satu lagi, dia tengah kaya la ni sebab dapat duit insurans kemalangan hari tu. Mai sikit 🙂

Apa pun, Semoga Panjang Umur dan Murah Rezeki, InsyaAllah…

Categories
Rencana

Alor Star dipilih Bandar Raya Masa Depan Asia

ALOR STAR Alor Star dipilih sebagai Bandar Raya Masa Depan Asia dalam kategori bandar raya kecil di rantau berkenaan, baru-baru ini oleh majalah terkemuka antarabangsa, itu bagi tahun 2007 dan 2008.

Pengiktirafan ke atas ibu negeri Kedah itu mengambil kira beberapa kategori termasuk potensi ekonomi, pelaburan dan perniagaan di bandar raya berkenaan.

Menurut majalah tersebut, Alor Star berada di tangga pertama bagi kelompok enam bandar raya kecil terbaik di Asia diikuti Newcastle (Australia) di tangga kedua, Jeju (Korea Selatan), Taoyuan (Taiwan), Gifu (Jepun) dan Ipswich (Australia).

Sementara itu, bagi anugerah Bandar Raya Masa Depan kategori bandar raya Asia, ia diraih oleh Hong Kong diikuti Singapura, Taipeh (Taiwan), Melbourne (Australia), Dalian (China), Shijiazhuang (China), Bandaraya Quezon (Filipina), Bandaraya Cebu (Filipina), Guangzhou (China) dan Bandaraya Davao (Filipina).

Bagi lima kelompok terbaik kategori potensi ekonomi, Hong Kong berada di depan diikuti Singapura, Dalian (China), Guangzhou (China) dan Quezon (Filipina).

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika ditanya mengenai kedudukan tersebut, berkata, ia adalah satu penghargaan kepada negeri Kedah yang terbukti berjaya dalam menarik ramai pelabur.

”Ia perkembangan yang baik untuk Kedah dan kita mengharapkan anugerah tersebut akan memastikan negeri ini terus menjadi daya tarikan kepada pelabur,” katanya. 

source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_07.htm (24/11/2008)

p/s: Nanti saya akan komen tentang “Alor Star”

Categories
Diari

Saya Kembali!

Hmmm… Agak lama saya tak update diari saya. Sebenarnya kesibukan tugas, kepadatan jadual dan percutian + kurang sihat sedikit membataskan saya untuk menulis.

Saya sebetulnya baru sahaja pulang dari Pulau Pangkor bercuti merangkap honeymoon sekali lagi bersama keluarga (Wife + anak) dan terasa cukup penat tetapi puas. 

InsyaAllah saya akan mula update kembali selepas ini.

Categories
Diari

Vandalisma

Saya sering berasa tidak selesa ketika mengambil dan menghantar anak saya ke rumah pengasuh di Flat Sri Penara Bandar Sri Permaisuri. Sebabnya ialah terlalu kerap lif blok A rosak. Terlalu kerap. Diulangi sekali lagi terlalu kerap! Hinggakan saya terpaksa menaiki tangga. Macam saya masih lagi OK sebab hanya ke tingkat 5 tetapi bagaimana pula dengan yang berada di tingkat 17?

Saya bukan tidak biasa menghadapi kesusahan malah sejak kecil pun saya dah cukup kerap bergelumang dengan kesusahan. Namun jika kesusahan itu ciptaan sendiri, ia cukup saya benci. Kerosakan lif sebenarnya disebabkan sikap vandalisme penduduk Sri Penara sendiri terutamanya kanak-kanak.

Kalau saya naik lif saya terpaksa memilih lif yang boleh ditekan nombor lima. Ada lif yang tidak dapat ditekan nombor lima nya! Untuk pengetahuan di Sri Penara setiap blok ada tiga lif beroperasi. Biasanya hanya dua sahaja yang beroperasi. Satu lif dikhaskan untuk ke semua tingkat dan dua lif untuk ke tingkat genap. Bayangkan kalau lif ke tingkap genap rosak, kasihan penduduk yang mendiami tingkat genap.

Banyak pengalaman yang saya pernah lalui dengan Lif yang rosak ni. Salah satunya bila nak turun tak dapat ditekan Label “G” (Ground Floor). Jadi sampai sahaja ke tingkat 3 ia berhenti dan terus naik kembali ke tingkat 17! Bayangkan berapa lama kena tunggu! Saya tak pasti mengapa ada insan yang sanggup melakukan vandalisma!

Saya cadangkan kepada pengurusan Penara agar meletakkan kamera Litar Tertutup (CCTV) dalam Lif agar dapat dikesan sesiapa yang melakukan vandalisma ini. Ia juga terjadi di Lif Apartmen saya tetapi terkawal dan tak sampai menyusahkan secara kerap. Tetapi di Sri Penara memang agak kritikal. Sesuatu harus dilakukan. Jika tidak bila ada kes kecemasan, memang cukup menyusahkan!

Bukan sahaja di Sri Penara tetapi juga harta benda awam di mana-mana pun harus sama-sama kita pelihara demi kepentingan bersama.

Categories
Diari

Parkir

Semalam saya ke Pekan Sungai Besi untuk membeli Mesin Jahit kepada isteri saya. OKlah selepas telefon kedai Singer yang saya dapat nombor telefonnya dari website Singer, terus saya ke Pekan Sungai Besi. Sesampainya di sana, sudah kelihatan beberapa peniaga sibuk mengemaskan payung pasar malam mereka. Hmm… Hari Sabtu memang ada pasar malam di Sungai Besi.

Setelah menjumpai kedai yang dimaksudkan, saya pun parking di suatu sudut di tepi jalan. Saya tengok ramai yang parking begitu. Oklah, terus saya masuk ke kedai dan menyelidik barang yang dihajati. Kebetulan depan Kedai Singer tersebut terpampang papan kenyataan memaklumkan zon parkir berbayar DBKL.

“Alamak! Saya tak letakkan tiket parkir pun…”

Terus saya bertanya kepada Tuan Kedai, “DBKL tak kacau ke kalau parking tak letak tiket parking?”

“Tak… Benda Allah tu pun rosak (sambil menunjukkan kepada mesin tiket parkir). Orang masukkan duit tapi resit tak keluar, kadangkala langsung tak berfungsi. Jadi macamana?”

“Lega!” saya bersorak dalam hati. Hehehe…

Mesejnya DBKL kena prihatin hal ini. Kalau tak prihatin, saya pun tumpang gembira parkir free. Hehehe… 

Categories
Diari

Lagi Tentang Baucer Petrol (gambar) Part II

Hmmm…

Dah masuk dah dalam list nama saya dalam website Pendrive.com.my.

menangbaucer
saiful
Boleh rujuk di http://www.pendrive.com.my/winner_list3.htm

Alhamdulillah Rezeki…