Categories
Diari

Alhamdulillah, Pembedahan Berjaya

Alhamdulillah, Pembedahan berjaya. Syukur Ya Allah…

Doakan abah kembali sihat seperti sedia kala, InsyAllah

Abah kena banyak berehat…

Categories
Diari

Semoga Abah Sembuh

 

Pagi nanti, Abah akan dibawa masuk ke Dewan Pembedahan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Memang mendebarkan bagi saya walaupun saya bekerja di Hospital kerana risaukan faktor usia yang hampir mencecah 67 tahun. Lagi pula, saya tak dapat pulang menjenguk kerana anak anak pun kini tak sihat. Hafie demam campak dan Syaza menghidapi HSP. Apa itu HSP? Nanti akan saya terangkan dalam post lain.

Cuma dari jauh, saya mendoakan Abah selamat dan pembedahan buah pinggang Abah berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi. InsyaAllah akan disusuli dengan solat hajat mendoakan kejayaan pembedahan dan ia dapat menyembuhkan penyakit yang abah hidapi.

Masih terlalu banyak impian saya untuk Abah masih belum tercapai.

Sama sama doakan… 

Terima Kasih

Categories
Tips Komputer

Tips: Hentikan Langganan Gameszone.com.my

Hari pertama bekerja di tahun 2017, saya tiba tiba dikejutkan dengan satu mesej SMS yang mengucapkan selamat datang atas langganan ke atas www.gameszone.com.my dan saya akan dikenakan caj sebanyak RM2 seminggu! Amboi! Tiba tiba sahaja… Saya tak pasti macamana boleh dapat mesej tersebut sedangkan saya tak pernah melanggan atau hantar SMS langganan. Ini sudah lebih!

Lalu saya call Celcom Sutomer service dengan mendail 1111 (Bagi pelanggan Celcom) dan mereka mengatakan ada banyak cara langganan boleh dilakukan dan ini adalah pihak ketiga dan mereka tidak boleh berbuat apa apa. Apa lagi, memang benganglah saya sebab tak pernah pun langgan apa apa atau hantar apa apa SMS. Ni cara nak curi duit. Saya dinasihatkan agar menghantar mesej STOP ALL kepada nombor tersebut yang mana saya lakukan.

 

Tetapi saya tidak puas hati, terus saya hantar emel ke support@gameszone.com.my untuk minta mereka hentikan langganan ‘HARAM‘ tersebut. Alhamdulillah mendapat respon yang baik. Saya akan tunggu 10hb ini sama ada ia berkesan atau tidak. Jika tidak, saya akan buat tindakan selanjutnya. Saya akan kemaskini di sini nanti hasilnya…

KEMASKINI

Alhamdulillah saya dah tak terima apa apa SMS dari gameszone.com.my lagi dah selepas 10hb Januari 2017

Categories
Diari

Lampu Signal

Pagi tadi selepas hantar anak ke sekolah, saya menaiki motor hendak keluar dari simpang untuk belok ke kiri. Kemudian ternampak sebuah lori dari jalan utama. Walaupun jarak yang agak jauh, saya tidak terus masuk ke jalan utama dengan niat, biarlah lori tersebut jalan dahulu lagi pun saya bercuti hari ni, tiada apa yang nak dikejarkan sangat. Lama saya menanti dan apabila hampir dengan saya ia tiba tiba membelok tanpa signal. Hehehe… Apa nak dikata senyum sahaja lah. Pagi pagi ni kena tampil dengan aura positif.

Kemudian saya teruskan perjalanan dan sekali lagi di belakang sebuah lori, tiba tiba lori itu memperlahankan kelajuan dan membelok kiri juga dengan tidak memberi signal. Haish… Macam macam. Hehehe… Senyum sahaja lah. nak buat macamana, marah marah nanti terjejas aura positif pada diri.

Senyum….. 🙂

Categories
Diari

Monte Bayu

Home Sweet Home

Sedikit sedutan video kawasan rumah saya…

 

Categories
Diari

Selamat Tahun Baru 2017

Categories
Diari

Berlapang Dada lah

 

Mutakhir ini, terlalu banyak perbalahan antara manusia berlaku. Kegagalan menguruskan perbezaan menjadi antara faktor. Fitrah manusia mahukan dirinya dianggap betul tetapi tidak salah untuk kita mengenetepikan ego kerana tak semua yang melalui fasa kehidupan sama seperti kita. Sudah pasti sisi pandangan mereka berbeza dengan kita.

Sama sama lah kita berlapang dada atas apa jua perbezaan. Kita raikan dengan penuh hikmah. InsyaAllah sama sama dirahmati Allah, InsyaAllah.

 

*Nota: Imej adalah dari carian google

 

Categories
Diari

Peritnya Persediaan Sekolah Anak

Sewaktu kecil dahulu, bila nak buka sekolah, saya sering idamkan peralatan dan pakaian sekolah baru. Bila abah dah beli memang terasa begitu seronok dan gembira. Tapi lama kelamaan, saya lihat wajah Abah macam menyembunyikan sesuatu.

Kemudian, fahamlah saya tentang sukarnya untuk mencari sumber kewangan demi memuaskan anak anaknya. Saya hampir tak masuk ke MRSM kerana ketiadaan wang tetapi Mak Njang saya telah memberi beberapa ratus ringgit untuk saya mendaftar dan membeli semua keperluan maktab.

Bila di sana, Alhamdulillah Pak Cik saya juga sering memberi bantuan kewangan kepada saya. Dan sebab itu saya dah kurang meminta kepada Abah sampaikan ada Cikgu yang perasan seluar saya dah terlalu ketat. Terima Kasih Cikgu Jarini Jusoh yang berikan sehelai seluar kepada saya. Katanya suami beliau tersalah beli.

Kemudian di tingkatan 4, saya mendapat biasiswa Kerajaan Negeri Kedah. Dan ketika ini, saya banyak membeli keperluan saya dengan wang kemenangan hadiah hadiah peraduan. Rasanya beratus ratus hadiah saya menang dengan jumlah wang mencecah ribuan ringgit. Peralatan alat tulis memang terlebih lebih.

Dapatlah serba sedikit meringankan beban Abah yang terpaksa menyara enam anak. Memang berat.

KINI, saya pula merasai detik detik itu. 4 anak bersekolah! 1 masih kecil. Memang bulan Disember menjadi begiti rumit. Banyak perkara perlu dilihat. Anak anak masih belum mengerti erti kesukaran dalam situasi ekonomi sekarang. Fuh! Memang mencabar!

Perbelanjaan tadika yang paling mahal. Kemudian peralatan dan kelengkapan sekolah anal anal di sekolah kebangsaan. Boleh pengsan jadinya. Hehehe… Apa pun usaha kena usaha walaupun banyak cabarannya.

Kalau ada jutawan Arab nak sponsor, boleh bagi thru Paypal saya saifulazrul@gmail.com. Hehehe… Gurau ja tapi kalau ada betul betul jutawan nak bagi, OK ja. Hehehe…

Buat para ibu bapa yang lain, bertabahlah 🙂

Categories
Puisi Pilihan

Puisi Pilihan: Kalah Atas Sejadah

KALAH DI ATAS SEJADAH

Di atas sejadah
Sedang mengadap Allah
Dan
Fikiranmu menerawang tanpa arah.

Gila!
Engkau bagai tidak tahu engkau sedang berdepan dengan siapa
Dia Tuhan!
Bukan raja!
Bukan sultan!
Dari Dia engkau diciptakan
Kepada Dia engkau akan dikembalikan.

Dia al-Qahar!
Dia berhak buat hidupmu menderita
Dia boleh buat matimu begitu azab lagi terseksa
Dia berkuasa mencampakkanmu ke neraka dengan darjah penyeksaan yang sentiasa bertambah berlipat ganda!

Sayang sekali!
Kadang engkau lupa dia ar-Rahman
Engkau tidak pandai mengambil kesempatan
Tidak pandai meminta belas kasihan
Tidak pandai merayu sedangkan Dia tertunggu-tunggu permintaanmu
Engkau menuntut kebahagiaan dari makhluk sedangkan Dialah yang berkuasa menghantarkan kebahagiaan dalam pelbagai bentuk!

Justeru
Begitulah
Jangan kau hairan andai hidupmu resah gelisah
Jangan kau persoalkan mengapa hidupmu terbelenggu masalah juga musibah lalu tak henti-hentinya engkau berkeluh kesah.
Engkau tahu kenapa?
Kerana engkau telah kalah di atas sejadah!

-Bonda Nor

*Nota: dipetik dari sebaran whatsapp

Categories
Diari

Zoo Johor: Amat Berbaloi

Ketika menanti masa untuk daftar masuk Hotel di Johor Bahru ini, saya tak pasti ke mana hendak dituju. Isteri saya pula sudah pun masuk ke Dewan untuk berkursus dan saya dengan lima orang anak mencari ke mana hendak dituju.

Kemudian terjumpa dengan Zoo Johor. Bila tengok harga tiket, terus saya bawa anak saya masuk. Apa tidaknya, ia amat murah!

 

Dewasa RM2. Kanak kanak RM1!

Memang murah dan berbaloi baloi. Saya puji Kerajaan Negeri Johor yang mengendalikan Zoo ini. Amat berbaloi.

 

Anak anak pun gembira melihat haiwan haiwan yang jarang mereka saksikan. Antaranya Harimau, Singa, buaya, badak air, Unta, Kuda, Gajah, Seladang, Burung Unta, Rusa, Ungka, Beruang, Ular, Kucing Batu, Landak dll

 

Terima Kasih Zoo Johor!