Categories
Diari

Lagi Tentang Baucer Petrol (gambar)

Just nak tunjuk gambaq ja. Cubalah mana tau ada rezeki… 🙂

baucerpetrolsampulbaucerpetrolNak kan tips?

Contact saya menerusi email saifulazrul@hotmail.com. Tapi saya tak sure ketepatannya… Namun boleh dicuba.

Categories
Diari

Baucer Petrol

Last week, saya beli Lap top kepada wife saya di TechAsia (M) Low Yat. Dalam paker tu antara yang saya dapat free ialah Pendrive. Pendrive jenama Pendrive di bawah company Index Diverstified. Bersama Pendrive tersebut ada sekeping kad warranty yang perlu diisi secara online untuk mendapatkan perlindungan Warranty selama lima tahun. Jadi saya just log ke www.pendrive.com.my dan register Warranty saya.

Kebetulan ada contest register online dan boleh dapat baucer Petrol percuma bernilai RM330. Saya just ignore perkara tersebut sebab saya just nak kan Warranty. Saya Register hari Ahad dan hari Selasa saya dapat call dari miss Suki staff company tersbut memaklumkan kejayaan saya memenangi baucer Petrol RM330. Alhamdulillah… Memang langsung tak disangka. Rezeki lagi…

Baucer Petrol
Baucer Petrol

Nak kan tips? Hubungi saya… Hehehe…

Categories
Diari

Gotong Royong

Hmmm… Last week, cukup memenatkan. Tiga hari cuti memang diisi dengan aktiviti mengemas rumah. Banyak pengubahsuaian dilakukan. Hmmm… Malam pertama lagi saya dah cedera. Pijak kerusi plastik, tapi kerusi tu pecah. Habis tersiat kulit kaki kanan. Aduh sakitnya! Jenuh tahan kesakitan.

Sepanjang operasi terasa kesian pulak kat Syasya yang asyik mai nak kan perhatian. Kami berdua dok sibuk kemas rumah dia pun mai tolong kelam kabutkan lagi keadaan. Antara misi ialah mengubah dapur dan ampaian serta kedudukan susun atur rumah.

Tapi taklah melibatkan kerja-kerja pertukangan sebab rumah sewa ja. InsyaAllah tahun depan akan berpindah ke rumah sendiri.

Ada banyak gambaq rumah tapi seganlah nak boh kat sini sebab bukannya lawa sangat pun. Hehehe… Kalau nak tengok mai ziarah kat rumah dulu. Hehehe…

Categories
Diari

Maaf

Maaf, saya cuti sakit sepanjang minggu ni. Tak dapat nak update blog seperti biasa. InsyaAllah saya akan update dalam masa terdekat. Banyak cerita yang saya mahu kongsikan bersama. Teruskan membaca!

Categories
Diari

Tersilap Tarikh!

Malam tadi, lepas ambil anak dan wife saya bergegas kejan depa cepat-cepat suruh bersiap nak pi Stadium tengok Semifinal Malaysia vs Vietnam kat Stadium Bukit Jalil. Wife saya memang tak ready terpaksalah dia cuba cepat. Dengan minyak tak kereta tak isi lagi kenalah isi minyak kereta dulu. Sudah isi minyak jam dah 8.27 malam. Adoi!

Saya try nak cepat tapi sangkut pulak dalam jam kat Bandar Tun Razak dan Bandar Tasik Selatan. Cabaran betoi dengan ramai pengguna jalanraya dok guna jalan macam depa yang buat undang-undang sendiri ja! Sampai kat area Bukit Jalil nak masuk parking, saya tengok yang dok jaga parking tak dak pun. Aik! Tengok awat Stadium gelap ja. Rupanya saya tersilap tarikh. Patutnya malam esok (hari ini). Hahaha… Naya ja. Hehehe… Wife saya dah menjeling tajam dah. Siap bawak bendera Malaysia lagi tu!

Last sekali pi makan ja kat Food court situ. Tapi service memang out! Order bihun sup, langsung tak panas kuah sup tu! Bayangkan wife saya makan tak luak pun. Kesian kat dia. Saya pujuk dia pi tempat lain, dia tak mau. Hmmm… Dah kena banned dah kedai tu dalam list saya lepas ni.

Then terus balik dan rehat sambil dok teman wife tengok TV. Then tidoq…

Categories
Diari

My First Digital Camera

Assalamualaikum…

Sebelum ni, saya selalu tengok orang begitu asyik dengan kamera depa. Dari awai dulu sewaktu kamera biasa hingga ke zaman kamera digital. Saya tak pernah berpeluang memilikinya. Saya bukanlah orang yang rajin bergambar dan suka bergambar. Saya bukannya teruja sangat dengan kamera.

Tetapi wife saya cukup sukakan kamera dan selalu minta saya tangkap gambar pada waktu waktu tertentu sampaikan kena pinjam dari kawan-kawan atau saudara mara. Serba salah jadinya saya.

Balik raya hari tu, beraya di Kedah. Famili saya memang kalau hari raya, bergambar sefamili bukanlah satu kebiasaan. Biasalah orang susah. Hehehe… Dulu abah cuma ada kamera usang yang bila kami beli kodak bubh dan tangkap gambaq, gambaq rosak. Hehehe… Lepas tu Shaukhi yang beli digital kamera barulah bermula sikit minat kepada bidang fotografi ni.

Jadi, saya pun dah plan dengan wife dan Alhamdulillah kami dah pun memiliki sebuah kamera digital baru iaitu Olympus mju 1040. La ni tengah dok explore fungsi-fungsi yang ada. Yang tu saya tugaskan kepada wife saya yang cukup ciwi dengan kamera tu. Hehehe…

My First Digital Camera
My First Digital Camera

Kira ia masih baru lagi dalam pasaran. Keluar dari kilang 25 Ogos 2008 dan masuk pasaran Malaysia September 2008 dan saya beli pertengahan Oktober 2008. Buat masa ini, ia adalah kategori 10 Megapixel yang termurah dalam pasaran untuk kamera yang berjenama.

Categories
Diari

Rezeki

Assalamualaikum…

Kita buka bicara dengan sepotong kata-kata ini

“No one can predict to what heights you can soar. Even you will not know until you spread your wings!”

Oklah…

Alhamdulillah… Ketika ini rezeki saya melimpah ruah hinggakan saya terasa sedikit takut kerana ia juga adalah ujian-Nya. Sebelum ini memang agak perit berhadapan dengan situasi kewangan yang agak menghimpit apatah lagi hidup di kota kosmopolitan yang cukup mencengkam ditambah pula dengan kenaikan harga barang. Ia ternyata menjadikan saya begitu konservatif dalam pengurusan kewangan. Apa pun Alhamdulillah ia semakin pulih.

Rezeki melimpah ruah pulak la ni. Syukur kepada Allah atas segala kurniaan-Nya. Apa pun saya perlu beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.

Sentuh bab rezeki, teringat pulak anak saya, Syasya Hana yang sedang mengekori saya sewaktu saya bayar harga makanan yang saya dan famili makan. Tiba-tiba seorang makcik anggota RELA mai bagi duit raya RM10 kat Syasya. Terkedu jugak saya waktu tu. Alhamdulillah rezeki…