Categories
Diari

Sesekali Teringat: Memori Kelas 09 PPUUM 98/99

 

LELAKI 

SAIFUL AZRUL CHE LAH 
MUHAMMED ERMAN MAT ZOKI 
MOHAMMAD KHAIRU FARHAN MAD SAAD 
MOHD RIZAL SHAMSUDDIN 
MOHD HERDI ISMAIL 
NORAMZAN MOHD NOR 
JEFFREY JISTIN 
JERRY ZACHARY BOEY EDWARD 
MOHD ROSDI SAID 

PEREMPUAN 

NORWATI  ABDUL RAHIM 
MUHAIDA ABDUL RAHMAN 
NORAYATI MOHD ISA 
NURDAHLIA ANGKUJAU 
NURHAFIZZAH ABDUL RAHMAN 
ZAIDAH AHMAD 
JAMALIAH MUSA 
NORIZAN IBRAHIM 
HAFIZAH HASHIM 
NUR HARMILIZA MOHD HAMZAH 
RAFIDAH NOORDIN 
HASLIZA ABDUL HAMID 
HASIYAH ABDUL LATIF 
SHARIZAN AZLEN SULAIMAN 
ANIDA IDRUS 
AMAL IBRAHIM 
SURAYA ABDUL RAHMAN 
FARAH ANISAH BABA 
NURUL NADIA ALI 
NOOR AZLEEN MD SAAD

 

Ahad lepas, seorang rakan Norwati telah mengadakan suatu majlis reunion dengan sebahagian ex-Kelas 09 PMUUM 98/99 di Bandar Baru Bangi. Alhamdulillah walaupun notis panggilan yang singkat, 9 daripada 29 ahli kelas dapat menghadirkan diri beramah mesra antara satu sama lain.

Alhamdulillah ia dapat dijayakan dan dari satu perbincangan, kesemua mahu ada satu medium untuk keep in touch dan untuk itu saya dah set up satu forum untuk semua ahli kelas 09. Bagi ahli kelas 09 yang nak kan link tersebut, sila email saya saifulazrul@hotmail.com. 

Terima kasih Wati yang menjadi penganjur. Harap semua yang lain dapat berforum dan keep in touch!

Categories
Diari

Monitor Baru

Alhamdulillah, mudah sikit untuk saya update blog selepas ini. Masih ingat entri saya yang bertajuk Ribut hingga rosak monitor saya. Saya ambil keputusan untuk bawa monitor tersebut balik Kedah untuk dibaiki dan digunakan di rumah di Kedah. Yang ada kat rumah di Kedah dah berusia 10 tahun dah monitor tu. Dari warna putih dah naik macam warna perang dah. Paparan di skrin pun mengecil. Jadi saya bagi kat adik beradik di Kedah.

Yang di sini, saya beli baru. Cadangnya saya nak beli flat monitor untuk jimatkan ruang. Saya dah survey di DigitalMall PJ 17′ dalam RM418. Tengok yang 19′ dalam RM720. Jadi saya nak angkat yang 17′ RM418 tu.

Tapi, bila saya baca blog sahabat saya Aza, yang memaklumkan beliau membeli secara online 24′ boleh dapat dalam RM700++, saya pun cuba cari online punya. Akhirnya dapat ketemu di Laman Web Dell. Yang 19′, saya dapat RM359. Terus saya ambil sedangkan harga pasaran ialah RM720!

Alhamdulillah, senang sikit nak update. Di Pejabat tak sempat sebab kelam kabut dengan kerja. Di rumah senang sikit. Cuba lah risik kot-kot ada lagi tawaran tu atau lebih murah…

Categories
Diari

Mahal

Semalam, waktu tengahari saya berkunjung ke sebuah kedai makan di Sri Penara. 

“Kakak, Sirap limau dua, bungkus” pinta saya.

Setelah berapa lama, saya bersuara lagi, “Berapa Akak?”

“RM3”

“RM3 !”

“Ya, satu RM1.50. Dua RM3.”

Terkejut jugak sebab sebelum ni saya beli di kedai yang sama RM1.20 sahaja sebungkus.  Hmmm… Ni dah kira cekik darah. Saya pun ambil dan berlalu. Saya senang sahaja. Sekali terkena, saya akan terus boikot kedai tu. Lepas ni kedai lainlah pulak.

Saya sebenarnya tidaklah kisah sangat jika harga mahal kalau kualitinya bagus tetapi sirap limau yang saya beli tadi biasa sahaja. Hmmm… Memang dah masuk dalam list kedai yang saya boikot.

Categories
Tazkirah

Tazkirah Remaja: 11 jenis manusia didoa malaikat

Bersama Mohd Zawawi Yusoh

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”

Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'”

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…'”

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

source: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20090320100227/Article/indexv_html (03/04/2009)

Categories
Diari

Mak dan Abah OK

Alhamdulillah…

Saya buat keputusan untuk balik Kedah dan terus dapatkan dua hari cuti dan malam Isnin hari tu saya terus pecut balik Kedah. Sampai lebih kurang jam 2 pagi dan lepas tengok kecederaan mak dan abah rasa lega.

Mak lebam lebam di kaki dan abah teruk sikit sebab lebab juga di tangan dan calar-calar. Apa pun tidaklah serius sangat walaupun longkang tu agak dalam dan bantuan dari pekerja-pekerja kedai cuci kereta berhampiran amat pantas dan baik.

Alhamdulillah… Dah lega rasa hati.