Diari Saiful - Keredhaan Allah & Ketenangan Hati: Impian Abadi
Suatu Bingkisan Riwayat Hidup
Suatu Bingkisan Riwayat Hidup
Jan 17th
Saya biasanya mengisi minyak di Sebuah Stesen Minyak di Jalan Cheras.
Beberapa minggu lepas, saya perasan seorang lelaki agak selekeh menjual keropok lekor di tepi laluan Stesen minyak tersebut. Timbul rasa kasihan tetapi saya tak rasa nak beli keropok lekor tersebut. Jadi setelah membeli sedikit barang, saya beli lah sebotol air teh sejuk dan berikan kepada beliau. Beliau amat terkejut dan mengucapkan banyak banyak terima kasih kepada saya.
Lega rasanya melihatkan beliau dapat menikmati sedikit kesenangan walaupun sementara. Setiap kali saya lalu di stesen minyak tersebut, beliau akan melambai mesra kepada saya sehinggakan semalam, beliau menyekat saya dan ingin memberi sedikit keropok lekor kepada anak saya. Terpaksa saya menolak sebab saya tak sampai hati nak terima bukan kerana saya tak suka tetapi nilai yang hendak diberikan itu, terlalu besar bagi diri beliau.
Nyata, beliau hendak membalas jasa saya yang tak seberapa itu dengan sesuatu yang amat bernilai bagi beliau. Sememangnya saya tabik kepada beliau. Dalam kesusahan tetapi masih mampu hendak sedekah dan berbuat kebaikan! Ia banyak menyedarkan diri saya agar lebih banyak memberi.
Sesungguhnya, saya kagum dengan beliau, InsyaAllah saya akan terus membantu beliau.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Jan 15th
Daulat Tuanku
Patik Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah Sempena Hari Keputeraan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mua’dzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Pada hari Ahad, 15 Januari 2017, bersamaan 16 Rabiulakhir 1438 H
D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak), D.K. (Brunei), D.P. (Sarawak), D.U.N.M., S.P.M.K., S.S.D.K., D.H.M.S., D.G.M.K., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adiprana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of St. John.
SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku
Ikhlas dari Patik Rakyat Negeri Kedah Darulaman…
Jan 14th
Saya tertarik untuk mengulas mengenai satu apps yang baru saya jumpa iaitu Pubu ebook. Walaupun ketika ini agak banyak bahan bacaan dalam Bahasa Cina (saya tak pasti mandarin, kantonis atau yang lain) tetapi banyak juga dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
Aplikasi ini pastinya amat menarik bagi kaki buku yang suka membaca kerana terdapat banyak Majalah, Akhbar dan buku disediakan scara digital. Contohnya akhbar Berita Harian, Harian Metro, New StraitsTimes, Majalah Hijab, Wanita, Mastika, URTV, Al-Islam dan juga buku seperti Nabi Ayub AS Dengan Ujian Iblis, Mengurus Waktu Kerja dan banyak lagi. Kandungannya sentiasa ditambah dari semasa ke semasa.
Apa yang menariknya, yuran langganannya hanya RM10 sebulan. Jadi ia ama amat berbaloi.
Cuma buat masa ini langganannya adalah menerusi bil telefon dan hanya Celcom sahaja. Saya dimaklumkan, ia akan diperluaskan lagi dari masa ke masa.
Bagi sesiapa yang berminat, bolehlah mendapatkannya…
Jan 13th
TERLENA
Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena
Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi.
Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar..
Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan.
Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan.
Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia?
Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan “Tok Wan, Atok…Nek” menandakan kita sudah tua.
Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah buat….
Astaghfirullah, ternyata tidak seberapa sedekah dan infak cuma sekadarnya, mengajarkan ilmu tidak pernah ada, silaturrahim tidak pernah buat.
Justeru, apakah roh ini tidak akan melolong, meraung, menjerit menahan kesakitan di saat berpisah daripada tubuh ketika Sakaratul Maut?
Tambahkan usiaku ya Allah, aku memerlukan waktu untuk beramal sebelum Kau akhiri ajalku.
Belum cukupkah kita menyia-nyiakan waktu selama 30, 40, 50 atau 60 tahun?
Perlu berapa tahun lagikah untuk mengulang pagi, siang, petang dan malam, perlu berapa minggu, bulan, dan tahun lagi agar kita BERSEDIA untuk mati?
Kita tidak pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan untuk menghasilkan pahala, maka 1000 tahun pun tidak akan pernah cukup bagi orang-orang yang terlena.
ALLAHU RABBI
Dipetik dari kiriman Whatsapp
Jan 12th
Please click here to support my site. TQ 🙂
Anda pun boleh menjana pendapatan sampingan jika kerap berada di hadapan PC. Cuma klik iklan dan dapatkan wang anda. Selamat mencuba 🙂
Jan 11th
Ringkas sahaja post saya hari ini. Sekadar untuk berkongsi rasa gembira dan ucapan Tahniah kepada Faiz Subri atas kejayaan memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016.
Cuma yang ingin saya tegaskan, beliau tidak perlu berasa malu jika tidak fasih Berbahasa Inggeris kerana yang patut malu adalah rakyat Malaysia tetapi tidak fasih berbahasa Malaysia!
Jan 7th
Hari pertama bekerja di tahun 2017, saya tiba tiba dikejutkan dengan satu mesej SMS yang mengucapkan selamat datang atas langganan ke atas www.gameszone.com.my dan saya akan dikenakan caj sebanyak RM2 seminggu! Amboi! Tiba tiba sahaja… Saya tak pasti macamana boleh dapat mesej tersebut sedangkan saya tak pernah melanggan atau hantar SMS langganan. Ini sudah lebih!
Lalu saya call Celcom Sutomer service dengan mendail 1111 (Bagi pelanggan Celcom) dan mereka mengatakan ada banyak cara langganan boleh dilakukan dan ini adalah pihak ketiga dan mereka tidak boleh berbuat apa apa. Apa lagi, memang benganglah saya sebab tak pernah pun langgan apa apa atau hantar apa apa SMS. Ni cara nak curi duit. Saya dinasihatkan agar menghantar mesej STOP ALL kepada nombor tersebut yang mana saya lakukan.
Tetapi saya tidak puas hati, terus saya hantar emel ke support@gameszone.com.my untuk minta mereka hentikan langganan ‘HARAM‘ tersebut. Alhamdulillah mendapat respon yang baik. Saya akan tunggu 10hb ini sama ada ia berkesan atau tidak. Jika tidak, saya akan buat tindakan selanjutnya. Saya akan kemaskini di sini nanti hasilnya…
KEMASKINI
Alhamdulillah saya dah tak terima apa apa SMS dari gameszone.com.my lagi dah selepas 10hb Januari 2017
Jan 5th
Pagi tadi selepas hantar anak ke sekolah, saya menaiki motor hendak keluar dari simpang untuk belok ke kiri. Kemudian ternampak sebuah lori dari jalan utama. Walaupun jarak yang agak jauh, saya tidak terus masuk ke jalan utama dengan niat, biarlah lori tersebut jalan dahulu lagi pun saya bercuti hari ni, tiada apa yang nak dikejarkan sangat. Lama saya menanti dan apabila hampir dengan saya ia tiba tiba membelok tanpa signal. Hehehe… Apa nak dikata senyum sahaja lah. Pagi pagi ni kena tampil dengan aura positif.
Kemudian saya teruskan perjalanan dan sekali lagi di belakang sebuah lori, tiba tiba lori itu memperlahankan kelajuan dan membelok kiri juga dengan tidak memberi signal. Haish… Macam macam. Hehehe… Senyum sahaja lah. nak buat macamana, marah marah nanti terjejas aura positif pada diri.
Senyum….. 🙂
Komen Terkini