Categories
Diari

Solat Jumaat & Bersalaman Dengan Agong

Hmmm… Tadi saya menunaikan Solat Jumaat di Masjid Zubbair Ibnu Awwam, Taman Tenaga, Cheras. Kebetulan Seri Padukan Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menunaikan Solat Jumaat di Masjid yang sama. Apa lagi, saya terus ambil kesempatan untuk bersama-sama ribuan jemaah yang lain bersalaman dengan Agong.

Ketika waktu World Congress on Information Technology ( WCIT 2008 ) di KLCC pada tahun lepas, saya tak sempat nak bersalaman dengan Agong walaupun saya yang jaga booth sewaktu Agong melawat Booth PPUKM. Cuma my Boss ja yang sempat salam dengan Agong ketika itu Dalam gambaq kecik sebelah, saya berbaju merah hati/putih terlindung dengan boss saya.. SPB Yang Dipertuan Agong Sebelum ni pun pernah bersolat Jumaat di Masjid Taman Tenaga yang ada saya tulis dalam diari versi lama saya sebelum ini. 

Yang seronoknya tadi tengok gelagat kanak-kanak yang bersolat Jumaat semua berebut-rebut dapatkan sampul duit raya dari Agong. Depa semua seronok dapat RM4 dalam sampul kuning. Tetapi yang paling menarik perhatian saya ialah gelagat dua kanak-kanak yang pada jangkaan saya berusia 9-10 tahun yang mencabar Polis Trafik agar bawak motor Trafik yang berkuasa tinggi tu. Selamba ja budak-budak tu. Hehehe… Polis trafik tu jeling semacam ja kat budak-budak tu.

Sebelum balik, saya tertarik kepada kereta peronda polis yang baru yang menggunakan kereta idaman saya Volvo S80! Bila lah saya nak dapat pakai Volvo S80…

Categories
Rencana

Statistik & Fakta Menarik Muslim vs Yahudi

Dengan sendirinya ia menyatakannya secara jelas kecuali kita gagal ‘mendengarnya’.

Sebahagian isi diambil dari ucapan Hafez A.B Mohamed, Pengarah Umum Al-Baraka Bank, Afrika Selatan.

Demografi

Populasi Yahudi Di Seluruh Dunia

– 7 juta di Amerika
– 5 juta di Asia
– 2 juta di eropah
– 0.1 juta di Afrika 

Keseluruhan = 14.1 juta

Populasi Muslim Di Seluruh Dunia

-1,000 juta di Asia
-400 juta di Afrika
– 44 juta di Eropah
– 6 juta di Amerika 

Keseluruhan = 1,500 juta

– Setiap 5 populasi manusia di muka bumi bermakna terdapat seorang Muslim (20%)
– Setiap orang Hindu Terdapat dua Muslim (1:2)
– Setiap orang Buddha Terdapat dua Muslim (1:2)
– Setiap orang Yahudi Terdapat 107 Muslim (1:107)

14 Juta Yahudi lebih berkuasa daripada keseluruhan 1,500 juta Muslim.

Mengapa? 

Berikut adalah beberapa sebab

Sejarah Pendatang Yahudi

• Albert Einstein – Yahudi
• Sigmund Freud – Yahudi
• Karl Marx – Yahudi
• Paul Samuelson – Yahudi
• Milton Friedman – Yahudi

 Penemuan Perubatan

• Vaccinating Needle – Benjamin Ruben – Yahudi
• Polio Vaccine – Jonas Salk – Yahudi
• Leukaemea Drug – Gertrude elion – Yahudi
• Hepatitis B – Baruch Blumberg – Yahudi
• Syphilis Drug – Paul Ehrlich – Yahudi
• Neuro Muscular – Elie Metchnikoff – Yahudi
• Endocrinology – Andrew Schally – Yahudi
• Cognitive Therapy – Aaron Beck – Yahudi
• Contraceptive Pill – Gregory Pincus – Yahudi
• Understanding Of Human eye – G. Wald – Yahudi
• Embryology – Stanley Cohen – Yahudi
• Kidney Dialysis – Wilem Kloffcame – Yahudi 

Pemenang Hadiah Nobel

Sejak 105 tahun lepas, 14 juta Yahudi telah memenangi 180 hadiah Nobel manakala 1,500 juta Muslim hanya menang 3 Anugerah Nobel yang kesemuanya warga Mesir.

Inovasi Yang Mengubah Sejarah

– Micro-Processing Chip – Stanley Mezor – Yahudi
– Nuclear Chain Reactor –  Leo Sziland – Yahudi
– Optical Fibre Cable – Peter Schultz – Yahudi
– Traffic Lights – Charles Adler – Yahudi
– Stainless Steel – Benno Strauss – Yahudi
– Sound Movies – Isador Kisee – Yahudi 
– Telephone Microphone – Emile Berliner – Yahudi
– Video Tape Recorder – Charles Ginsburg – Yahudi

Bisnes Global Berpengaruh

– Polo – Ralph Lauren – Yahudi
– Coca Cola –    – Yahudi
– Levi’s Jeans – Levi Strauss – Yahudi
– Starbuck’s – Howard Schultz – Yahudi
– Google – Sergey Brin – Yahudi
– Dell Computers – Michael Dell – Yahudi
– Oracle – Larry Ellison – Yahudi
– DKNY – Donna Karan – Yahudi
– Baskin & Robbins – Irv Robbins – Yahudi
– Dunkin Donuts – Bill Rosenberg – Yahudi

Ahli Politik / Intelek Berpengaruh

→ Henry Kissinger -US Sec of State – Yahudi
→ Richard Levin – President Of Yale University – Yahudi
→ Alan Greenspan – US Federal Reserve – Yahudi
→ Joseph Lieberman – – Yahudi
→ Madeline Albright -US Sec Of State – Yahudi
→ Casper Weinberger – US Sec of Defense – Yahudi
→ Maxim Litvinov – USSR Foreign Minister – Yahudi
→ David Marshal –  Singapore Chief Minister – Yahudi
→ Isaacs Isaacs – Gov-gen Australia – Yahudi 
→ Benjamin Disraeli – British Stateman – Yahudi
→ Yevgeny Primakov – Russian PM – Yahudi
→ Barry Goldwater – US  Politician – Yahudi
→ Jorge Sampaio –  Portugal President – Yahudi
→ Herb Gray – Canadian Deputy PM – Yahudi
→ Pierre Mendes – French PM – Yahudi
→ Michael Howard – British Home Sec. – Yahudi
→ Bruno Kriesky – Austrian Chancellor – Yahudi
→ Robert Rubin – US Sec of Treasury –  Yahudi

Media Global Berpengaruh

– Wolf Blitzer – CNN – Yahudi
– Barbara Walters – ABC News – Yahudi
– Eugene Meyer – Washington Post – Yahudi
– Henry Grunwald – Time Magazine – Yahudi
– Katherine Graham – Washington Post –  Yahudi
– Joseph Lelyeld – New York Times – Yahudi
– Max Frankel – New York Times – Yahudi

Philanthropists Global

◊ George Soros – Yahudi
◊ Walter Annenberg – Yahudi

Mengapa Mereka Sangat Berkuasa? 

Jadi mengapa Muslim tidak berkuasa? Di sini ada beberapa sebab. Kita sudah ketinggalan dari segi kapasiti menghasilkan ilmu.

↔ In seluruh Negara Islam (57 Negara) terdapat hanya lebih kurang 500 Universiti.
↔ Di US sahaja terdapat 5,758 Universiti.
↔ Di India sahaja terdapat 8,407 Universiti.
↔ Hanya ada beberapa Universiti dari Negara Islam yang mendapat Ranking 500 Universiti Terbaik  Dunia.
↔ Literasi di Negara Kristian – 90%
↔ Literasi di Negara Islam – 40%
↔ 15 negara Majoriti Kristian mencatatkan Literasi 100%
↔ Tiada Negara Majoriti Muslim mencatatkan Literasi 100%
↔ 98% di Negara Majoriti Kristian berjaya melengkapkan pengajian di Sekolah Rendah.
↔ Hanya 50% di Negara Islam berjaya melengkapkan pengajian di Sekolah Rendah.
↔ 40% di Negara Majoriti Kristian Mendapat pendidikan Universiti.
↔ Di kalangan Muslim terdapat 230 Saintis per sejuta Muslim.
↔ Di US terdapat 5000 Saintis per Sejuta. 
↔ Di Dunia Kristian terdapat 1000 Juruteknik per sejuta. 
↔ Di seluruh Arab Hanya Terdapat 50 Juruteknik per sejuta. 
↔ Negara Islam membelanjakan 0.2% untuk penyelidikan dan pembangunan daripada Keluaran Negara Kasar.
↔ Negara Kristian Membelanjakan 5% daripada Keluaran Negara Kasar untuk Penyelidikan dan Pembangunan.
 

Kesimpulan

Muslim kekurangan kapasiti untuk menjana ilmu pengetahuan. Jalan lain untuk menguji darjah pengetahuan ialah darjah menyebarkan pengetahuan.

↔ Pakistan Mempunyai 23 pembaca Akhbar Harian per 1,000 rakyatnya
↔ Singapore mempunyai 460 pembaca Akhbar Harian per 1,000 rakyatnya
↔ Di UK 2,000 tajuk buku per sejuta
↔ Di Mesir Hanya 17 tajuk buku per sejuta.

Kesimpulan

Muslim gagal menyebarkan ilmu pengetahuan.

Mengaplikasikan ilmu pengetahuan merupakan satu lagi Ujian

↔ Eksport produk berteknologi tinggi dari Pakistan ialah hanya 0.9% daripada keseluruhan eksport dan Arab Saudi 0.2% manakala Kuwait, Maghribi dan Algeria 0.3% sedangkan Singapore sahaja 68%.

Kesimpulan

Muslim gagal mengaolikasikan ilmu pengetahuan.

Apa Yang Perlu Disimpulakan?

Tidak perlu dinyatakan kerana statistik dan Fakta di atas dengan jelas menyatakannya kecuali kita gagal mendengarnya.

Nasihat Saya 

Sama-samalah memberi pendidikan kepada diri sendiri dan anak-anak dan menggalakkan pendidikan. jangan berkompromi dalam soal ini dan jangan biarkan anak anda daripada tidak mendapat bimbingan dan galakan dalam pendidikan (dan tolong jangan gunakan kabel, rakan untuk menaikkan anak anda dalam pendidikan demi kebaikan anak anda. Jika mereka gagal biarkan mereka belajar bagaimana untuk lulus. Jika mereka gagal lakukan sekarang, mereka akan dapat lakukannya nanti)

Kita adalah Populasi terbesar dunia dan terkuat dan apa yang perlu kita lakukan ialah mengenalpasti dan menerokai kekuatan kita. Kejayaan kita adalah ilmu Pengetahuan kita, kreativii kita, literasi kita dan tiada yang lain. 

Tolonglah Wahai Muslim. Bangunlah… Masih tidak terlalu lambat.

Diterjemahkan oleh Saiful Azrul Che Lah (saifulazrul.wordpress.com)
Sumber: http://www.scribd.com/doc/7965788/Why-the-muslims-of-the-world-have-been-left-behind (18/01/2009) 

Nota:  Jika terdapat perbezaan antara teks Berbahasa Inggeris dengan terjemahan, teks Berbahasa Inggeris adalah lebih tepat.

p/s: Kerana Membudayakan Ilmulah Kaum Yahudi berjaya menakluki dunia. Sayangnya kita kini termasuk diri saya sendiri amat leka terhadap hiburan dan lain-lain hingga Yahudi bermaharajalela di dunia ini. Krisis Gaza menyaksikan sehingga kini lebih 1,200 rakyat Palestin dibunuh.

Marilah kita sama-sama membudayakan ilmu sesuai dengan Ayat Pertama Al-Quran, “Iqra'” yakni bacalah yang memberi interprestasi kepada pembudayaan ilmu. Ilmu Suluh Kehidupan!

Categories
Berita

Alor Star dieja “Alor Setar” semula

14/01/2009

5:23pm ALOR SETAR 14 Jan. – Ejaan rasmi nama bandar Alor Star diubah balik kepada ejaan asal iaitu Alor Setar mulai sekarang.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata mesyuarat Exco yang berlangsung di Wisma Darul Aman di sini hari ini meluluskan perubahan ejaan itu atas permintaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ejaan asal Alor Setar diubah kepada ’Alor Star’ semasa Datuk Seri Syed Razak Syed Zain menjadi Menteri Besar Kedah pada lewat 1990-an dan ia dikekalkan sehingga Barisan Nasional (BN) Kedah kalah pada pilihan raya umum 8 Mac lepas. – Bernama

source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_11.htm  (14/01/2009)

p/s: Alhamdulillah… Anda boleh baca semula keluhan hati saya dalam entry kira-kira dua bulan lepas. Akhirnya ia kembali seperti yang sepatutnya! Tahniah Kerajaan Kedah! – Baca sini… Alor Setar vs Alor Setar.

Categories
Diari

Selamat Menyambut Ma’al Hijrah 1430

maalhijrah1430
Credit to iluvislam.com
Categories
Diari

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun

Barang siapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: “Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

DOA AKHIR TAHUN

doa_akhir_tahun

 

 Maksudnya:

 

   Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

DOA AWAL TAHUN

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara oleh Allah SWT daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

doa_awal_tahun

 Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.