Categories
Diari

Masalah Kereta

Hmmm…

Tengah pening kepala…

Kereta bermasalah…

1. Hos Air cond bocor sampai bertakung air dalam kereta sebelah tempat duduk pemandu.

2. Semalam bila saya di trafik light. Saya masukkan ke Gear ‘N’ dan tarik handbrake.

Untuk makluman kereta saya adalah Proton Waja 1.6 Auto tahun 2001.

Masalah bermula bila lampu hijau. Saya masukkan kembali ke gear ‘D’ lepas turunkan handbrake tetapi tak jalan macam biasa. Jadi saya tarik pulak ke gear ‘3’ baru jalan macam biasa. Bila dah mula jalan, saya tolak semula gear ke ‘D’ dan ia bergerak seperti biasa.

Selepas dari itu, saya kena mula gerak dengan gear ‘3’ bukan ‘D’ seperti kebiasaannya.

Apa masalahnya?

Adakah gear box kereta saya rosak? atau masalah lain?

Thanks atas respon…

Adoi, pening kepala fikirkannya…

Categories
Jenaka

Jenaka: Siapa Layak?

sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. pas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.

kadi tanye kat pompuan tu… . “kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?

pompuan tu jawab… “saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya.”

si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh… sudah… mende aku nak goreng kadi ni… .

kadi pun tanye si jantan… “hah… kamu… .bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela”

“tuan kadi… kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya ‘masukkan’ dalam vending machine, pas saya ‘tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. saya nak tanye tuan..air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?”

jawab kadi..”hak kamu le..”

jantan tu kata lak..”hah… sama le kes ni pun. Kan tuan… kan… kan “

Kadi..”Haru biru betul….”

Categories
Diari

Cerita Apa?

Semalam, Syasya bercerita kepada isteri saya… (sila baca dalam pelat kanak-kanak)

“Kaki atashhh, jatuh, potong-potong, darah, mati, kaki tak dak, mata tak dak, telinga tak dak”

Wife saya hairan, apa yang diceritakan oleh Syasya. Siap Syasya boleh ceritakan dalam bentuk lagu lagi!

Nak tahu apa ceritanya?

Sila tekan CTRL + A (Kalau Tak Nampak).

Syasya ceritakan kisah dia pi tengok Tok Wan Sembelih lembu. Waktu nak jatuhkan lembu sebelum disembelih, kaki lembu ternaik ke atas, kemudian jatuh dan Tok Wan sembelih lembu keluar darah dan mati. Mata tiada dan telinga tiada tu masa proses melapah.

Itu yang sebenarnya Syasya nak ceritakan. Hehehe… Memang seronok tengok keletah si comel ni!

Categories
Diari

Blur & Pening

Adoi, selepas lima hari bercuti, masuk sahaja kerja jadi blur dan pening sekejap. Hehehe… Dah lah sampai lambat sebab motor dah dekat seminggu tak start buat hal, sampai-sampai terus kena masuk meeting. Dah lah mengantuk + penat tak habis lagi. Sepanjang bercuti saya just tidur dalam lebih kurang 4 jam sahaja sehari.

Hmmm… Kemudian tengok berlambak surat + aduan + tugasan yang perlu dilakukan. Esok pulak ada presentation. Adoi! Memang kelam kabut jadinya. Nampak gaya malam ni kena berkampung di Pejabatlah nampaknya.

Adoi… Awat banyak sangat kerja ni…

Categories
Diari

Blur & Pening

Adoi, selepas lima hari bercuti, masuk sahaja kerja jadi blur dan pening sekejap. Hehehe… Dah lah sampai lambat sebab motor dah dekat seminggu tak start buat hal, sampai-sampai terus kena masuk meeting. Dah lah mengantuk + penat tak habis lagi. Sepanjang bercuti saya just tidur dalam lebih kurang 4 jam sahaja sehari.

Hmmm… Kemudian tengok berlambak surat + aduan + tugasan yang perlu dilakukan. Esok pulak ada presentation. Adoi! Memang kelam kabut jadinya. Nampak gaya malam ni kena berkampung di Pejabatlah nampaknya.

Adoi… Awat banyak sangat kerja ni…

Categories
Diari

Ditemuramah RTM

Malam semalam, kira-kira jam 12.15 pagi, saya dikejutkan oleh satu panggilan telefon. Bila saya lihat, nombor area KL dan saya pun menjawabnya. Rupanya wakil RTM yang nak interview untuk rancangan Wisel Penamat. Saya dimaklumkan untuk bersedia pada jam 12.40 pagi.

Selepas memberi persetujuan, saya bertanyakan tentang apa yang akan ditanya, dan saya pun prepare sahajalah jawapan. Namun apabila ke udara secara langsung soalan lain pula yang ditanya oleh pengacara iaitu Zainal Abidin Rawop dan Ismadi Abdul Manap (Senior saya di MRSM PDRM).

Alhamdulillah saya dapat menjawabnya secara spontan. Kalau sesiapa nak tengok kena cari rakaman Wisel Penamat semalam… Saya mewakili Kelab Penyokong Kedah dan turut dihubungi adalah wakil Penyokong Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perak.

p/s: Saya jarang berbicara bab bola dalam diari saya, kebanyakan bicara bola saya adalah di HKC.

Categories
Diari

Batu Jatuh

Hmmm… Maaf tak dapat update seperti biasa kerana bercuti di kampung ketika ini. Tengahari tadi saya bertolak dari Penang ke Alor Setar. Sebelum persimpangan Sungai Petani Selatan, saya mengekori sebuah Naza Citra. Di depan Naza Citra tersebut ada sebuah kereta Proton Wira. Di depan Proton Wira tersebut adalah sebuah Treller yang membawa muatan batu bata.

Mulanya semuanya ok sampailah tiba-tiba batu sebesar saiz bata dari atas treller tersebut jatuh tapi nasib baik tidak kena Proton Wira tersebut tetapi Naza Citra tersebut gagal mengelak dari melanggar batu tersebut dan batu tersebut berpusing-pusing ke arah kereta saya.

Saya cuba mengelak tetapi gagal dan terlanggar batu tersebut. Alhamdulillah semuanya terkawal dan mujur tayar saya tidak apa-apa dan memang mencemaskan. Kemudian saya terus memintas treller tersebut dan selepas agak lama dan pulih dari kejutan tersebut barulah saya teringat nak ambil nombor pendaftaran treller tersebut tapi dah terlewat.

Selalunya saya memang jarang mengekori treller tapi tadi saya ingatkan ada dua biji kereta di depan, tidak berlaku keadaan yang tidak diingini, rupanya agak bahaya jugak. Lepas ni memang kena lebih jauh dari treller!

Categories
Jenaka

Jenaka: SEX budak tadika

Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.. ‘Mummy, mummy? sex tu apa Mi?’..

Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.

Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat. Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu..

Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak… Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dalam tangisan.. Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni…seraya menyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..

NAME:………..
SEX:…………
Class:……….
Subject:……….

Sumber: GelakGiler

Categories
Diari

Dengar Laungan Yahoo!

Ringkas sahaja catatan hari ni. Anda buka laman Web Yahoo (www.yahoo.com). Kemudian anda kuatkan sound speaker anda dan klik pada tanda seru (!) pada perkataan YAHOO! di atas sekali tu. Anda akan dengar bagaimana Yahoo Dilaungkan.

Selamat Mencuba !

Categories
Diari

Sesekali Teringat: Perjalanan Hidup

Sekolah Kebangsaan Tunku Raudzah (SKTR)
1987-1992

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Omar (SMKDSO)
1993 (Sehari sahaja)

Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH)
1993 (Sebulan sahaja)

MRSM PDRM
1993-1995

Sekolah Menengah Teknik Lebuhraya Sultan Abdul Halim (SMTLSAH)
1996-1997

Pusat Matrikulasi UUM (PMUUM)
1998-1999

Universiti Utara Malaysia (UUM)
1999-2002

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
2004-kini