Hmmm… Maaf tak dapat update seperti biasa kerana bercuti di kampung ketika ini. Tengahari tadi saya bertolak dari Penang ke Alor Setar. Sebelum persimpangan Sungai Petani Selatan, saya mengekori sebuah Naza Citra. Di depan Naza Citra tersebut ada sebuah kereta Proton Wira. Di depan Proton Wira tersebut adalah sebuah Treller yang membawa muatan batu bata.

Mulanya semuanya ok sampailah tiba-tiba batu sebesar saiz bata dari atas treller tersebut jatuh tapi nasib baik tidak kena Proton Wira tersebut tetapi Naza Citra tersebut gagal mengelak dari melanggar batu tersebut dan batu tersebut berpusing-pusing ke arah kereta saya.

Saya cuba mengelak tetapi gagal dan terlanggar batu tersebut. Alhamdulillah semuanya terkawal dan mujur tayar saya tidak apa-apa dan memang mencemaskan. Kemudian saya terus memintas treller tersebut dan selepas agak lama dan pulih dari kejutan tersebut barulah saya teringat nak ambil nombor pendaftaran treller tersebut tapi dah terlewat.

Selalunya saya memang jarang mengekori treller tapi tadi saya ingatkan ada dua biji kereta di depan, tidak berlaku keadaan yang tidak diingini, rupanya agak bahaya jugak. Lepas ni memang kena lebih jauh dari treller!